"Kenapa? School work banyak sangat sampai tak boleh nak mengaji ke Sharifah Malika Al-Hamra?" Pulang Malik semula dan Malika hanya mampu tersengih tidak boleh mengelat lagi.

"Okay, ayah!" Malika galas beg smiggle yang besar dari tuan itu naik ke bilik dia dan juga adiknya, Syed Leis Al-Hamza. Adik lelaki Malika baru nak masuk 8 bulan dan kini dijaga oleh Kak Dewi.

Malik jeling Layla yang tersengih-sengih sedari tadi seperti kerang wangi. Ada lah tu akalnya. Layla tarik lengan Malik dan seperti biasa bicep Malik yang menjadi mangsa.

"Ha, lepastu kalau anak buat benda yang sama sayang runsing tak tahu anak ikut perangai siapa. Ni, dah ibu dia ni kuat gigit sangat, anak pun ikut lah," Malik jentik dahi Malik perlahan.

"Jadi, tak boleh cuddles dah ke? Tak sayang saya dah ke?" Layla silang tangan dengan wajah yang muram.

Dulu boleh saja dia bahasakan 'love language' mereka dengan menyerang Malik begitu. Sekarang Malik sibukkan anak pula. Tak ada Layla tak ada tau dua makhluk penambah kesabaran, perangarang jantung Layla dan Malik itu. Hmmph!

"Bukan tak boleh sayangku Layla sayang...Cuma anak-anak tengah membesar. Diorang tengah develop ssesuatu yang baru setiap hari. B taknak kakak tu terikut cara kita bermanja dan buat pada kawan di sekolah. B tak kisah kalau sayang nak gigit B sampai berbekas pun, nak cium sampai berdarah bibir ke, cuma biar kita-kita je. Boleh faham kan apa yang B cakap ni?" Jelas Malik dan Layla diam.

Ya tak ya juga. Apa yang suaminya katakan benar. Anak sulungnya itu dah la cepat tangkap kalau belajar. Cuma cakap saja ada lagi bunyi-bunyi pelat tu.

"Okay," jawab Layla perlahan.

"Good," ubun-ubun Layla diusap menyalurkan rasa kasih dan sayangnya pada si isteri.

"Nak cuddles jom masuk bilik, sementara anak-anak ada dengan Kak Dewi. Sekejap lagi B nak ajar kakak mengaji pula," ajak Malik lembut dan Layla peluk leher Malik mahu dimanjakan.

Malik pun tidak banyak kata, mendukung Layla naik ke atas. Mujurlah, dah dua orang anak ni tetap Ivy Layla yang berada di carta teratas paling manja. Malika setakat mewarisi perbuatan nakal ibunya sahaja. Minta dimanjakan kurang sikit melainkan nak bodek beli itu-ini saja dia akan datang menyendeng.

Syed Leis Al-Hamza tu tidak tahu lagi. Baru lapan bulan. Tapi rasanya ikut karenah Malik. Sebab dari lahir tak banyak bunyi. Menangis dan merengek bila lapar dan mengantuk saja. Kalau tidak selesa pun Leis akan diam cuma menendang-nendang sahaja.

Berdebar juga Malik saat Leis pertama kali melihat dunia. Doktor jenuh buat macam-macam untuk bagi anaknya itu menangis kerana takut Leis ada komplikasi takpun lemas. Mujur nyaring suara anak jantannya itu. Pengalaman yang tidak akan Malik lupakan.















RUMAH Syed Aqmar riuh dengan sura budak yang sakan berparty di luar. Yang turut tergolong adalah Malika. Leis pula sudah diculik oleh kakak-kakak sepupunya yang sudah besar dan boleh di harap. Waktu itulah Malik dan Layla boleh mengepakkan sayap besar sikit.

Aqmar senyum suka melihat kemesraan sepupunya itu. Malik sudah senang bergaul dan tidak menyendiri seperti dulu lagi dah. Berborak pun boleh pergi banyak tajuk.

"Senang hati aku tengok kau sekarang Eid, dah bahagia dengan isteri dan anak-anak. Mak ngah pun mesti seronok kan?" Kata Aqmar disamping Aralyn yang sedang mendodoi anak kecil mereka yang baru 3 bulan.

Ivy Layla  [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora