"Jodoh kot." Sengaja aku menuang minyak dalam api yang membara. Ayesha ni memang anti gila dengan Ajwad.Hahaha. Ibarat Tom & Jerry. Entah macam mana dorang boleh  bergaduh pun aku tak tahu.

Juries Ajwad bin Emran. Nama segak seperti tuannya. Ada rupa. Tinggi. Berkerjaya. Perempuan kat luar sana bukan main jaga perilaku supaya dapat mendekati Ajwad. Tapi Ayesha? Pantang berjumpa Ajwad, mesti bergaduh mulut. 

"Jodoh tengkorak kau. Masa kat tempat parking, aku usya la kereta siapa sebelah aku. Ferrari Roma kot! Punya curious kereta siapa, lepastu selamba badak mamat tu masuk dalam kereta tu. Kaya jugak mamat tu. Takkanlah askar bolh pakai kereta jenama international. " Panjang lebar Ayesha membebel. 

Lupa pula yang Ayesha tak tahu Ajwad tu owner hotel. Setakat kereta macamtu celah gigi dia je. Yang patut curious ialah laki aku. Askar je tapi ada kereta Nissan GTR. Tu belum termasuk nombor plat kereta. 49. Dua angka je mat! Aku terfikir juga dari mana dia dapat duit banyak-banyak. 

Tengok! Alih-alih Muqris juga yang dikaitkan.

"Taufiq beritahu aku,mamat tu dah masuk kem. Alhamdulillah aku takkan terserempak dengan mamat tu."

"Yeke alhamdulillah? Ke sebenarnya kau rindu dia." Aku mengangkat kening. Manalah tahu hati dia melekat dekat Ajwad, kan? Boleh aku kenenkan.  Mulut kata benci tapi hati kata sayang.

"Pale otak kau! Ni laki kau balik kem bila?"

"Hari khamis."balasku malas.

Punyalah banyak topik nak dijadikan bahan perbualan tapi topik Muqris jugak minah ni nak sentuh. 

"Ooo...esok."

Yeke esok? Bukan lusa ke? 

"Hari khamis lusa kan. Hari ni hari selasa."

"Bodoh simpan sikit Timoh. Esok hari khamis." bidas Ayesha.

Dengan malas aku mencapai telefon di atas meja. Screenlock telefon dilihat.  Betul la esok hari khamis. Sekejap je masa. Nanti dia pergi tinggalkan aku. Marah- marah pun still sayang tau!

Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka dari luar setelah diberi keizinan. Tersembul wajah Sarah, pekerja baruku. Aku mengambil dia sebagai pengganti aku untuk menjaga kaunter hadapan. Manis orangnya. Aku mengambilnya atas cadangan Raudah yang recommend rakannya mencari kerja. 

"Ada apa-apa masalah ke Sarah?" Terlebih dahulu aku bertanya. Wajah Sarah tampak pucat. Seperti ada sesuatu sedang berlaku.

"Puan Ashal, ada pelanggan mengamuk kat luar. Puncanya kerana dia nak claim minuman percuma untuk hari lahir. Bila saya minta kad pengenalan sebagai pengesahan, dia tak nak bagi dan marah-marah," cerita Sarah.

Sebelah keningku terangkat. Orang macam ni pun ada ke? Nampak sangat penipu.

 Seperti yang dikata Sarah, kafe aku memang menawarkan minuman percuma bagi sesiapa yang menyambut hari lahir. Untuk menebus minuman percuma itu haruslah menunjukkan kad pengenalan kepada staf yang menjaga kaunter sebagai pengesahan. 

Tanpa sebarang kata, aku keluar dari pejabat. Ayesha dan Sarah mengikutiku dari belakang. Dari jauh aku dapat mendengar bunyi jeritan yang kuat. Sampai sahaja di ruangan hadapan, beberapa pelanggan yang sedang beratur menjauh dari kaunter. 

Lelaki dan perempuan berdiri di hadapan kaunter. Lelaki itu sedang menempik marah sambil menunding jari ke arah Raudah. Raudah pula kekal tunduk memandang lantai. Keadaan semakin kecoh apabila lelaki itu membaling wireless calling system yang berada di atas meja kaunter. Satu persatu dihempas kuat.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now