"Tak berani lah saya. Abang Dylan tu seram." Menggelng Olivia tidak mahu mengikut rancangan dan idea nakal Dahlia.

"Alah.. jangan risau. Saya ada. Abang Dylan takkan berani marah awak." Dahlia menyakinkan Olivia. Dia perlukan Olivia untuk membantu dia menjalankan misi mengenakan Raja Dylan.

Olivia berfikir sebentar sebelum dia mengangguk mahu membantu.

"Cun. Awak memang the best lah, Liv."

~~~~~~~~~~

Laju Olivia berlari menghampiri Raja Dylan yang sedang berbual bersama dengan sepupu yang lain.

"Abang Dylan." Panggil Olivia.

Berpusing kepala Raja Dylan memandang Olivia yang tercungap-cungap berlari mendekatinya. Olivia seperti orang yang sedang cemas.

"Kenapa Liv?" Tanyanya.

"Lia.. huh.." Balas Olivia sepatah. Tak mampu dia nak habiskan ayat sebab penat berlari.

"Kenapa dengan Lia? Mana isteri abang?" Risau pula Raja Dylan dibuatnya. Dah lah Olivia datang dengan berlari macam orang mencari bantuan. Lepastu sebut nama Dahlia.

"Lia.. dia pengsan." Kata Olivia.

"Hah? Pengsan?" Terkejut Raja Dylan mendengar yang isterinya pengsan.

"Dekat mana?"

"Dekat dengan reban ayam." Tanpa banyak kata, Raja Dylan langsung berlari menuju ke reban ayam.

Dia langsung dah tak dapat nak fikir tentang ayam. Apa yang dia fikirkan hanya lah isterinya. Isteri dia lebih penting.

"Liv." Seru Ahmad. Menoleh Olivia kepada Ahmad.

"Kau plan dengan Lia kan?"

"Lia yang minta. Jangan marah Liv, please.." Olivia membuat muka kasihan.

Dari sekarang dia dah fikir apa yang bakal terjadi selepas ini. Mungkin akan dimarahi oleh Raja Dylan. Nak tak nak, dia kena redha dan terima saja.

Huhu..

Seram.

Sementara itu, Dahlia mengintai di sebalik pokok untuk melihat kedatangan suaminya. Selepas beberapa ketika, Dahlia terdengar bunyi tapak kaki datang ke arahnya.

Ternyata Raja Dylan. Tersungging senyuman di bibir Dahlia. Ya, berhasil.

"Sayang!" Jerit Raja Dylan memanggil isterinya bila tidak kelihatan di mana-mana.

Berpusing-pusing Raja Dylan mencari susuk tubuh isterinya. Wajahnya sangat cemas ketika itu.

Dahlia perlahan-lahan berjalan mendekati suaminya dari belakang sambil memegang ayam.

Dalam kiraan satu, dua dan tiga.

BAH!

"Sayang!" Jerit Raja Dylan sambil mengelak terkena ayam.

Galak Dahlia ketawa apabila melihat wajah terkejut Raja Dylan. Raja Dylan masih statik di tempatnya. Tiada sebarang reaksi ditunjukkan. Hanya wajah mendatar.

"Plan sayang?" Terhenti ketawa Dahlia bila mendengar suara serius suaminya.

Dia berdehem seketika sebelum meletakkan ayam ke bawah. Dahlia mengemam rapat bibirnya untuk menghilangkan debaran di dada. Menelan air liur dia melihat wajah tanpa riak suaminya itu.

"Abang tanya. Jawab." Keras nada suara Raja Dylan.

"Ab-abang marah ke?" Gerun Dahlia melihat wajah Raja Dylan. Ini wajah Raja Dylan semasa marahkan Arina malam tadi.

I Love You, Miss Cupcake [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora