ILYMC : 49

4.6K 205 13
                                    

Raja Dylan memegang tangan Dahlia. Dikucup tangan kecil itu bertalu-talu lalu menghidu bauan wangian yang terbit dari tangan Dahlia.

Sesekali pasti mata Raja Dylan mengerling memandang isterinya yang lena di sebelah.

Raja Dylan perlu fokus pada pemanduannya. Tetapi, Dahlia sentiasa mencuri perhatian dia seperti sekarang. Tengah tidur pun tetap comel.

Raja Dylan selalu jatuh ke dalam sangkar cinta yang dicipta Dahlia. Dahlia adalah wanita yang selalu buat dia rasa gugup dan berdebar. Dahlia segala-galanya bagi dia. Dia sayang akan Dahlia sangat-sangat.

Lena Dahlia tidur. Al-maklum lah.. semalam dia tak dapat tidur dengan lena. Ada kerja kena buat. Kerja apa? Shhh..🤫

"Cantiknya isteri aku." Puji Raja Dylan sambil tersenyum. Matanya sekejap pandang jalan, sekejap lagi pandang Dahlia.

Sungguh dia cakap yang dia memang tak dapat nak fokus memandu sekarang. Terlebih lagi bayangan aktiviti panas mereka malam tadi bermain di kotak fikirannya.

Dahlia yang seksi. Dahlia yang manja. Dahlia yang menggoda. Dahlia yang panas. Dahlia yang ganas. Dahlia yang nikmat. Segala-galanya hanya Dahlia.

Fikirannya hanya tentang Dahlia. Tiada tentang perkara lain. Dahlia sudah mendominasi kotak fikirannya serta hatinya.

~~~~~~~~~~

Berdebar Sarah sambil menunggu kedatangan Emir. Mereka ada janji untuk berjumpa di kafe pada waktu tengah hari. Itu pun atas permintaan Emir. Katanya ada perkara yang mahu dicakapkan. Sudah hampir 10 minit Sarah menunggu.

Tetapi Emir masih lagi tidak kelihatan. Tadi Emir ada menghantar mesej padanya. Katanya tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Sedang elok Sarah menunggu sambil bermain handphone untuk menghilangkan perasaan gemuruhnya. Tiba-tiba kerusi yang berada di hadapannya ditarik. Lantas Sarah mengangkat kepalanya memandang gerangan tersebut.

Rupanya Emir. Hensem lah Emir dengan berkemeja putih sambil lengan baju disingsing sehingga ke siku. Dua butang baju teratas dibuka. Wow.

Emir ni tak kalah hot dari Raja Dylan juga. Sama-sama hot. Termasuk Fahrin. Cuma Fahrin tu periang orangnya. Emir ni pula separuh periang, separuh pendiam. Kalau Raja Dylan memang pendiam.

Cuma bila dengan Dahlia saja lah dia keluarkan perangai sebenar. Perangai gatal, perangai manja, perangai gedik dan semuanya hanya pada Dahlia.

Untung Dahlia kan? Hm..

"Sorry, aku lambat. Lama tunggu?" Ucap Emir selari bertanya. Dipandang wajah cantik Sarah.

Bila dilihat-lihat, kulit Sarah putih kemerahan.  Cantik. Emir suka tengok kulit Sarah. Nampak halus saja. Selalu tengok Sarah, Emir akan tengok kulit muka Sarah. Dia suka.

"Baru sepuluh minit." Jawab Sarah ringkas.

Mengangguk Emir tanda mengerti. Dia berdehem sekejap dan memandang ke arah lain. Kenapa dia tengok Sarah hari ini extra cantik?

Mungkin sebab Sarah pakai baju kurung moden warna merah jambu dengan corak bunga-bunga kecil warna putih dan merah. Itu yang menyebabkan seri pada Sarah naik. Dan juga Sarah mengikat rambut dengan gaya ponytail.

"Dah order makan?" Tanya Emir memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Menggeleng Sarah sebagai tanda belum.

"Kita order lah." Angguk Sarah. Tiba-tiba saja jadi manusia senyap. Kebiasaannya Sarah banyak cakap.

Setelah itu, Emir memanggil seorang pelayan lelaki mengambil pesanan mereka. Selesai sahaja, Emir dan Sarah saling berdehem untuk menghilangkan rasa debaran di hati.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now