ILYMC : 52

3.1K 182 4
                                    

KLIA 2

Erat tangan Dahlia memegang tangan kekar suaminya. Gaya dia macam tak nak lepas. Sebelum ni takda pula rasa macam ni. Tapi sekarang.. lain. Dahlia mula rasa tak nak bagi suaminya pergi.

Dia pula yang tiba-tiba tak nak berpisah dengan suaminya. Aci tak kalau dia minta suaminya jangan pergi? Egois tak dia? Hm..

"Hei." Raja Dylan mencuit dagu Dahlia.

Tersedar Dahlia dari lamunannya. Dia memandang wajah kacak sang suami. Senyum kelat Dahlia kepada Raja Dylan.

"Kenapa ni?" Soal Raja Dylan. Diusap pipi Dahlia bagaikan sedang memujuk.

"Takda apa." Jawab Dahlia seraya menggelengkan kepalanya. Mulut kata tiada apa, tapi dia mengeluh.

Raja Dylan yang melihat kelakuan isterinya begini mula lah timbul perasaan risau hendak meninggalkan isterinya seorang diri. Dia merapatkan jarak antara mereka berdua lalu dipeluk isterinya dengan erat.

"Abang tak tahu sayang kenapa tiba-tiba macam ni. Tapi satu je yang abang nak cakap.. selalu percaya pada diri dan percaya abang. Ingat yang abang selalu cinta dan sayangkan sayang. Sayang sentiasa berada di hati dan fikiran abang. Jangan terlalu overthinking sampai buat sayang penat." Kata Raja Dylan.

Dicium tepi kepala Dahlia selari menggosok belakang badan Dahlia untuk menenangkan isterinya.

Dahlia menyelesakan dirinya di dalam dakapan hangat sang suami. Sebelah telinga dilekapkan di dada sang suami lalu dia mendengar degupan jantung Raja Dylan yang cukup mendamaikan itu.

Setelah agak lama mereka berpelukan. Baru lah Dahlia sendiri yang melepaskan pelukan itu. Dia mendongak memandang suaminya seraya tersenyum manis kepada Raja Dylan. Dia tak nak buat Raja Dylan rasa berat hati untuk meninggalkan dia di sini.

Lagipun suaminya pergi seminggu saja ke Sabah. Bukan sebulan. Lepas seminggu, jumpa semula.

Perasaannya yang tidak enak dan risau tadi. Dahlia buang jauh-jauh. Termasuk dengan fikiran negatif nya. Insya-Allah, Raja Dylan tidak akan ada apa-apa. Suaminya akan selalu dilindungi Allah.

"Dah. Abang dah kena pergi. Jumpa lepas seminggu abang." Ujar Dahlia dengan ceria.

Tersimpul senyuman kecil di bibir Raja Dylan saat melihat wajah ceria isterinya. Tidak lagi seperti tadi yang muram. Sebelah tangannya naik menepuk perlahan atas kepala isterinya. Selepas itu, tangannya turun mencubit perlahan pipi kanan Dahlia.

Memuncung bibir Dahlia apabila suaminya berbuat begitu pada diri dia. Tergelak Raja Dylan melihat reaksi si isteri. Comel.

"Abang pergi dulu. I'm gonna miss you, baby. Lagi satu, jangan makan cupcake banyak sangat. Jaga diri. Nak keluar.. bagitahu abang dulu. Takda lah abang risau. Kalau sayang nak balik kampung tengok abah dan emak. Balik lah. Abang izinkan. Okay?" Mengangguk faham Dahlia.

Dia memberi thumbs-up pada suaminya. Sesudah itu, Dahlia menyalam tangan suaminya lalu dia mencium kekura tangan kekar sang suami. Disalam dan dicium dengan penuh hormat.

Angkat saja kepala, dahinya terus disapa dengan bibir Raja Dylan. Lama suaminya mencium dia.

"Jaga diri. Abang pergi seminggu je. Jangan lupa sentiasa call abang dan chat abang." Pesan Raja Dylan sambil mengusap pipi si isteri.

"Abang pun sama. I love you, my baby husband."

"I love you too, my baby."

Usai itu, Raja Dylan mula berjalan menjauhi isterinya. Tangan Dahlia yang dipegang secara perlahan-lahan dilepaskan. Berat hatinya ingin meninggalkan sang isteri. Ikutkan hati dia, mahu saja dia membawa sekali.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now