ILYMC : 56

3.1K 187 13
                                    

Puan Sri Hasrita menguak pintu bilik Raja Dylan dan menjenguk sang menantu yang sedang pulas tertidur di atas katil sambil membelakangi pintu.

Perlahan-lahan Puan Sri Hasrita melangkah masuk dan berjalan menghampiri Dahlia. Dilihat wajah Dahlia yang agak kelihatan sedikit pucat.

Tersenyum Puan Sri Hasrita bila mengingat yang Dahlia sudah pun disahkan mengandung tiga minggu oleh doktor peribadi milik keluarganya. Puan Sri Hasrita melabuhkan punggungnya di sebelah Dahlia.

Diusap puncak kepala Dahlia dengan lembut. Walaupun wajah Dahlia kelihatan pucat, tapi tetap saja nampak berseri.

Tak lama kemudian, handphone Dahlia berdenting tanda ada mesej yang baru diterima. Puan Sri Hasrita melihat gerangan yang menghantar chat tersebut. Ternyata Raja Dylan.

Terbit senyuman Puan Sri Hasrita. Raja Dylan masih lagi belum tahu tentang kehamilan Dahlia. Dahlia sendiri yang minta. Katanya hendak membuat suprise bila Raja Dylan balik dari Sabah.

Tiba-tiba Puan Sri Hasrita teringat dua hari lepas Raja Dylan ada menelefonnya bertanya tentang Dahlia. Tapi Puan Sri Hasrita terpaksa menipu. Dari nada suara Raja Dylan pun sudah dapat di agak yang Raja Dylan cukup khawatir jika Dahlia tidak mengangkat panggilannya.

Serta Raja Dylan sangat mencintai dan menyayangi Dahlia. Bahagia hati seorang ibu bila mengetahui yang anak dan menantunya bahagia.

Puan Sri Hasrita sebagai ibu cukup mendoakan agar kebahagian yang dikecapi anak dan menantunya kekal sehingga ke syurga.

~~~~~~~~~~

Terkedip-kedip mata Dahlia apabila dia terbangun dari lena nya. Perlahan-lahan Dahlia bangun dari baringan lalu menyandarkan badannya ke kepala katil.

Bahu nya yang terasa lenguh diurut perlahan. Walaupun begitu tetap saja Dahlia merintih kerana bila bahu nya diurut, Dahlia dapat merasa sengalnya.

Selepas beberapa minit, Dahlia mencapai pula handphone nya yang terletak di meja kecil sebelah katil. Dibuka dan dilihat banyak panggilan dan chat dari Raja Dylan. Terukir senyuman nipis Dahlia saat membaca setiap chat yang dihantar oleh sang suami.

Hubby🫶🏻
- Sayang, I miss you so much.
- Sayang, what are you doing? Kenapa tak balas chat abang ni?
- Ya Allah.. sayang, jangan buat abang risau macam ni. Please, reply my chat.
- Baby.. jangan diam macam ni. Abang call bonda, bonda kata sayang ada je dekat rumah. Abang call kak Darina pun dia kata sayang ada je. Tapi kenapa sayang tak angkat call abang ni?
- Sayang jangan buat abang balik malam ni juga.
- Seriously Dahlia Zenia? Memang tak nak reply chat abang ke? Tahu tak abang dah separuh mati rindu kan sayang ni? Abang call pun sayang tak angkat.
- Sayang dah tak sayang dan cinta kan abang ke?
- Sampainya hati sayang.. biarkan satu chat abang pun tak berbalas.
- Abang merajuk lah dengan sayang macam ni.
- Baby.. sayang.. jangan lah abaikan abang😭😭😭
- Takpa lah. Mungkin sayang penat. Nanti dah tak penat.. balas tau? I love you and I miiiiissss youuuu sooooo muchhhhhh❤️❤️❤️❤️

Terletus tawa Dahlia membaca setiap chat dari Raja Dylan. Haih lah suami. Tak balas chat pun dia boleh spam nya kita.

Walaupun begitu, tetap saja Dahlia tak balas. Di bluetick saja chat dari Raja Dylan. Ini kalau Raja Dylan tahu.. memang habis lah. Mungkin Raja Dylan akan balik sekarang juga. Tak payah tunggu malam.

Tak lama selepas itu, tangan kanan Dahlia naik mengusap perutnya yang masih kempis. Terbit senyuman manis di bibir tatkala mengingat yang di dalam perutnya sudah pun ada anaknya bersama dengan Raja Dylan.

I Love You, Miss Cupcake [C]Where stories live. Discover now