ILYMC : 60

4.3K 203 6
                                    

Sarah melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Dilihat keadaan restoran ramai sangat dengan pelanggan. Al-maklum lah sudah masuk waktu makan tengah hari. Memang ramai orang lah.

Sambil itu mata Sarah terus mencari keberadaan seseorang. Bila dia sudah dapat melihat seseorang tersebut. Pantas Sarah membawa langkahnya menuju ke arah seseorang itu.

Dekat saja, terus Sarah memberi salam lalu menarik kerusi yang berada di hadapan jejaka kacak itu.

"Assalamualaikum." Ucap Sarah.

"Waalaikumussalam." Jawab Emir.

Dipandang wajah Sarah yang menunduk. Cantik. Sarah cantik. Cantik sangat. Hampir saja Emir tidak mengenali gadis di hadapannya ini tadi kerana Sarah memakai abaya berwarna mint green.

Emir terpukau melihat penampilan Sarah. Tiada kata yang mampu dan dapat diungkapkan oleh Emir.

Bidadari ke depan dia ni? MasyaAllah.. cantik sangat. Jangan sampai Emir bawa terus pergi jumpa tok kadi. Sekarang juga. Tak payah nak tunggu keputusan Sarah. Lambat. Emir dah tak boleh sabar ni lagi-lagi tengok Sarah cantik seperti sekarang.

Sarah memetik jarinya di hadapan Emir apabila jejaka tersebut hanya diam sambil memandangnya. Tersedar Emir dari lamunan. Dia berdehem sekejap dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Kantoi pula usha awek cantik depan dia ni. Malu.

"Awak apa khabar?" Tanya Sarah saja berbasa-basi.

"Alhamdulillah sihat. Kau?" Jawab Emir selari bertanya.

"Alhamdulillah sihat juga. Kerja awak dekat Sabah dah settle?" Emir angguk. Rindu nya nak dengar suara lembut Sarah. Dan sekarang terubat rasa rindu dia.

Selepas itu, mereka berdua diam. Tiada lagi perbualan. Masing-masing larut dalam fikiran mereka. Emir dan Sarah saling membalas tatapan sehingga Sarah sendiri memulakan semula bicara antara mereka berdua dengan membuka topik utama.

"Saya nak cakap.. tentang lamaran awak." Kata Sarah dan langsung membuat jantung Emir berdegup laju.

Nervous. Takut kalau Sarah akan memberi jawapan lain selain dari jawapan yang sangat Emir harap.

"Okay. Kau nak cakap apa?" Balas Emir sambil cuba berlagak tenang.

"Saya dah bincang dengan abi dan umi saya tentang lamaran awak. Abi suruh awak datang jumpa abi kalau awak betul-betul serius mahu memperisterikan saya. Abi tak nak awak cakap kosong." Beritahu Sarah.

Encik Fadli, abi kepada Sarah sangat lah tegas dan garang. Maklum lah, bekas askar. Pernah berkerja menjadi tentera laut. Encik Fadli bukannya mahu melarang. Tapi Encik Fadli lebih kepada mencabar. Kalau betul Emir anak jantan, datang jumpa dia.

Bukannya lamar anak perempuan orang macam budak tu takda mak bapak. Dan kalau betul-betul mahu, bawa sekali keluarga. Boleh terus bincang ke perkara yang lebih serius.

"Bila abi kau nak jumpa aku?" Tanya Emir mahu tahu.

Emir ni pun bukannya penakut. Kalau Encik Fadli pun dah meminta, dia akan membeli. Dia akan pergi jumpa dengan Encik Fadli.

"Abi tak kisah. Abi cakap kalau awak free, awak boleh datang jumpa abi dan umi. Dan kalau awak nak bawa keluarga awak sekali pun boleh." Kata Sarah selari menyampaikan segala apa yang Encik Fadli katakan padanya tiga hari yang lalu.

Mengangguk faham Emir. Macam dah boleh nampak lampu hijau saja ni.

"Cakap dengan abi kau. Aku akan datang jumpa abi." Kata Emir.

"Baik.." Terpotong kata-kata Sarah apabila Emir mencelah.

"Esok." Ternganga sedikit mulut Sarah. Esok? Emir datang jumpa abi esok?

I Love You, Miss Cupcake [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora