"Kenapa gelak?" Tanya Malik bingung. Tadi serius, lepastu manja dan sekarang Layla terhibur pula.

"Habistu kita dua ni ada masalah kecelaruan identiti ke sekarang?" Malik geleng pula.

"Entahlah, I tak tahu," Berat juga masalah mereka berdua. Malik takut kalau ianya akan mengeruhkan keadaan.

"Tak ada apa-apa lah. Mungkin mainan emosi je tu. Kita berdamai okay?" Layla sua tangan tanda pemdamaian dan Malik membalas dengan hati yang terbuka.










MALIK menggamit Layla duduk di sebelahnya. Layla menolah tidak mahu mengganggu kerja si suami yang sedang bermesyuarat secara maya. Malik tutup kamera dan menarik Layla duduk di sebelahnya, barulah Malik buka semula kamera dan mikrofon.

"Inilah isteri kesayangan yang banyak menyokong saya selama ini doktor. Dekat rumah dia lah therapist saya sebelum saya berjumpa dengan doktor," Malik pamdang Layla sambil senyum saat memperkenalkan isteri sendiri pada Dr Jasmyn.

Layla ukir senyum manis dan melambai mesra. Padahal malu pun ada juga sebab cemburukan suami sendiri. Rupanya Dr Jasmyn tu dah lebih kurang sebaya ibu dah. Mujur Malik tidak berkata apa-apa.

"Minggu lepas last session Malik missed appointment. Malik pergi mana ya?" Tanya Dr Jasmyn lembut persis ibu-ibu.

"Oh, erm saya ada hal sikit. Sorry doctor," balas Malik bersama senyuman kecil.

"Nampak gayanya, Malik dah semakin okay. Andai kata Malik didatangi lagi oleh mereka itu semua, dan dapat mimpi buruk tu lagi, jangan takut untuk berjumpa saya ya," Dr Jasmyn berpesan dan Malik angguk faham.

Lepas habis sesi bersama Dr Jasmyn, Malik letak ipadnya ke tepi. Dia nak fokus pada Layla pula. Layla senyum ceria dengan pemcapaian suaminya sekarang. Malik dah nampak lagi sempurna tiada langsung celanya.

"Cemburu lagi tak?" Malik selit rambut Layla ke belakang telinga.

"Tak! Mana pernah cemburu," Layla menafikan. Malik senyum senget. Konon...

"Tak cemburu, cuma tak ada mood nak bercakap dengan I aje kan? Faham..." Layla menampar dada Malik kerana malu.

"Saya dah siap, jom pergi klinik" ajak Layla.

Semalam dah berjanji dengan Malik untuk teman suami tercintamya itu pergi klinik mendapatkan rawatan. Malik kerap sangat pening kepala dan cepat penat. Risau pula Layla dibuatnya. Sekarang orang sihat pun boleh kena macam-macam penyakit.

Malik duduk dengan wajah 'blur' tak berkesudahan dia. Layla pula yang berdebar menanti keputusan doktor.

"Kenapa dengan suami saya ni doktor? Dia sakit apa? Bukan yang serius kan?" Tanya Layla risau. Ditambah pula dengan wajah doktor yang mendebarkan itu. Lagilah Layla rasa sedih.

"Encik, saya minta izin periksa nadi isteri boleh?" Tanya doktor lelaki tua itu. Sarung tangan klinikal disarung dan Malik mengangguk meskipun wajahnya tak berapa nak rela sangat.

"Puan berdebar ke?" Tanya doktor dan Layla sengih cuak. Boleh pula tanya...

"Tak apa, relax. Saya tak buat apa pun. Sekejap ya," borang diambil dari dalam laci dan doktor itu menconteng apa pun Layla tak tahu. Huruf O dan G saja yang Layla dapat baca pun.

"O&G? Suami saya je yang sakit kepala. Saya tak sakit," Layla menjawab cuak. Apahal dia pula yang dapat surat ni?

"Kalau macamtu, puan cuba buat test ni" satu kotak berisi alat ujian kehamilan disua dan Layla pandang Malik.

"Kenapa? Doktor, wife I sakit apa sebenarnya?" Tanya Malik terus kerana dia tidak faham sangat apa yang sedang terjadi sekarang.

"Tak apa, encik teman isteri buat test ni dulu. Saya rasa puan tak sakit apa pun cuma sakit buatan encik sendiri ni," dahi Malik berkerut.

Tak sukalah doktor klinik ni, macam tak boleh dipercayai sangat. Ada pula cakap sakit Layla buatan dirinya sendiri. Malik yang sakit kepala ini pun datang jumpa doktor, bila masanya nak cipta penyakit sendiri pula. Terkena pada Layla pula tu. Tak patut sungguh.

"Aw-awak..." Layla keluar dalam keadaan menggigil lalu menyua alat ujian tersebut pada Malik.

Malik lihat dua garis merah yang tertera di plat putih itu tanpa riak. Malik peluk Layla mahu kurangkan sikit ketakutan yang dirasai isterinya.

"Kenapa ni? Layla sayang, cakap dengan I you baik-baik saja kan? Ini tak menakutkan I kan?" Tanya Malik blur tahap langit ketujuh.

"Saya rasa ini bukan menakutkan. Tapi ini buatkan saya rasa lebih dari gembira. Baby, I'm pregnant," bisik Layla perlahan.

"Hah? Layla sayang...be-betul ke ni?" Malik tidak tahu mahu beri riaksi yang bagai mana. Bila Layla angguk dengan tersenyum lebar, Malik tak rasa Layla tengah takut dan berdukacita sekarang.

"There's a baby? In you?" Tanya Malik lagi memegang perut Layla.

"Ya baby, ada baby kita dalam ni. Awak yang bagi pada saya," Nak saja Layla terkam Malik seperti di rumah, tapi ini klinik. Layla kena jaga diri.

"Whoah, seems like mine is the winner and we are the champion Layla sayang. Ada babylah dalam perut you, kita yang usaha kan?" Layla angguk sebak kerana Malik pun sedang tahan diri daripada menangis.

Hebatnya kuasa Yang Maha Pencipta...

Alhamdulillah.


















TBC.



Jumpa last chapter nanti okie😘

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now