Layla terkejut dengan Malik yang tiba-tiba muntah di dalam sinki itu. Wajah suaminya merah padam seperti tidak cukup nafas dan Layla bertindak mengusap belakang Malik perlahan.

"Awak kenapa? Mengandung?" Tanya Layla selamba dan Malik menggeleng. Tiba-tiba saja dia loya.

"Mana boleh mengandung," jawab Malik polos dan Layla tahan hati dari ketawa.

"Dahtu, tiba-tiba muntah kenapa? Aish, buat orang risau," keluh Layla dan Malik rasa terhiris sangat dengan riak acuh tak acuh isterinya itu.

Layla dah bosan dengan dia dah ke? Layla nampak seperti tidak sudi lagi mahu melayan Malik seperti dulu.

"Sorry buat Layla sayang risau. I pun tak tahu apa masalah I sekarang. I naik atas nak rehat sekejap, kepala I pening. Nanti pengsan dekat dapur ni satu hal pula. Sorry again," selepas menjawab begitu, Malik terus pergi.

Layla terngadah. Dah terbalik code pula. Dia yang patut merajuk sekarang berpindah kepada Malik. Ada orang baru yang berjauh hati nampaknya.

"Awat tu? Muka chom semacam. Hang marah dia ka?" Sampuk Tok Yah yang baru lepas bertembung dengan Malik.

"Mana ada, entahlah. Tiba-tiba muntah lepastu buat sentap macamtu. Ish, kita yang merajuk kita juga nak kena pujuk" Layla naik ke atas juga mahu melihat keadaan Malik yang tiba-tiba berubah pe'el itu.

"Hang okay?" Tanya Tok Yah yang sempat tarik tangan cucunya itu.

"Okay ja tok, hok kat ataih tu yang k-o" Ujar Layla dan Tok Yah geleng kepala sambil senyum. Apa-apa je lah cucu-cucu oi. Jangan bergaduh sakan sudah.

Malik duduk di birai katil merenung nasib diri yang tidak sudi lagi dimaafkan Layla. Tanpa sedar, ada air mata yang bertakung di tubir mata. Dia tak minta pun rumah tangganya jadi begini. Dia sayang dan cintakan Layla sepenuh hati dan Layla pula nampak macam dah bosan dengan dia.

"Alalala, emosi tak stabil. Tadi muntah lepastu menangis pula baby saya ni. Saya minta maaf baby, takmau lah sedih-sedih," Layla kalut menyelit di celah ketiak Malik untuk berbaring di ribaan suaminya itu.

"Tak apa, you tak ada salah pun. I yang salah sebab dah marah you. I susahkan you. I'm so sorry," ujar Malik perlahan tanpa memandang Layla.

"Tu dah lama saya maafkan. Tak sekarang kenapa sedih sangat ni? Rindu saya ke? Saya pun rindu baby saya ni," Layla duduk semula dan memeluk Malik dari sisi. Dia cium pipi Malik geram kemudian tangan berurat Malik dicapai.

"Saya minta ampun, saya tahu ada perbuatan dan kelakuan saya buat baby terasa hati. Tapi saya jujur, saya sendiri tak faham dengan diri saya sekarang. Sayang sayang baby, saya bukan nak merajuk sangat tapi hm entahlah. Rasa nak perhatian lebih. Maafkan saya, baby" Layla kucup tangan Malik.

Bila Malik diam, Layla muncungkan bibir. Malik yang beku dah kembali nampaknya. Lelaki itu kaku tanpa riak.

"Thankyou sebab sanggup nak mengatasi semua tu demi saya dan untuk kebaikan awak juga. Saya bangga dengan awak," ucap Layla dan Malik mula senyum secebis.

"I ingat I sorang yang saja tak faham dengan kehendak diri I. I pun sama sayang, I rasa tak menentu. Kadang I excited, kadang I rasa tak larat dan tiba-tiba I jadi sedih. Kecelaruan identiti?" Tanya Malik dan Layla sembur tawa.

Ivy Layla  [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora