"Sedap, alhamdulillah kenyang. Terima kasih ibu," jawab Malik bila dah selesai makan.

"Sama-sama, nanti Eid dengan Layla tidur lah sini ya" pinta Puan Sri Aaliyah yang kerinduan anak-menantunya. Ada mereka berdua tidaklah dia sunyi sangat.

"Layla boleh je, baby?" Layla intai wajah Malik dan Malik pun angguk. Tidak kalut, kerana baju mereka ada diletakkan di sini juga.

Senyum lebar Puan Sri Aaliyah tika itu. Layla pun sama, dia tahu ibu mertuanya itu pasti merasa sunyi duduk seorang di dalam rumah yang mewah begini. Kalau nak borak pun dengan Mak Yam saja, selaku pembantu rumah yang tinggal bersama dengannya.

Sementara menunggu suaminya itu siap mandi, Layla duduk meniarap di atas katil. Iphone 13 pro milik Malik yang ada di atas katil, Layla ambil dan membukanya. Ada password, tapi Layla tahu.

Mulanya Layla membuka galeri, tidak ada apa yang menarik kerana kebanyakkan gambar adalah gambar kerja dan juga gambar Layla. Tapi cantik jugalah Malik ambilkan gambar. Ada bakat!

"Huh?" Kening Layla mula berkerut bila ada notifikasi yang baru masuk.

Semangat inkuiri dalam diri semakin mendesak Layla untuk membuka whatsapp suaminya. Layla tahu itu adalah privasi Malik, tapi tak salahkan kerana Layla isteri. Tidak wajar ada rahsia antara mereka kan?

"Ivy Layla!" Tempik Malik dan disebabkan terkejut, Layla terus melempar telefon ke tepi dan terduduk. Malik sedang berdiri di hujung katil dengan wajah yang tegang mencerlung tajam ke arahnya.

Air liur Layla tersejat. Malik datang padanya dan merampas kasar telefon membuatkan Layla terkesiap. Tegangnya keadaan mereka sekarang. Malik marah? Jawapannya ya, dan Layla pula benar-benar terkejut.

"You pandai-pandai buka phone I dah kenapa? Boleh tak, bagi sedikit je privasi pada I? Takkan semua benda you nak ceroboh?" Suara tegas Malik melintas sekali lalu sahaja di pendengarannya. Otak Layla masih kosong kerana terkejut dijerkah Malik.

"Okay...maaf," Layla turun dari katil dengan keadaan tubuh yang menggigil lalu keluar. Tak mahu seruang dengan si suami buat masa sekarang.

Tak pernah-pernah Malik tinggikan suara, dan malam ini, lelaki itu benar-benar buat Layla terasa hati. Kali pertama sepanjang perkahwinan rasanya dia dimarahi. Air mata Layla mengalir sepi.

Puan Sri Aaliyah nampak cemas di hujung tangga. Dari bawah dia boleh dengar suara tengkingan si anak. Riaksi Layla saat keluar dari bilik pula agak merisaukan. Layla menangis dengan badan yang terhincut.

"Sa..saya yang salah...." Layla geleng kepala dengan wajah yang basah dengan air mata.

Lihat Layla capai beg tangan dan telefon di meja depan, Puan Sri Aaliyah dah tidak sedap hati. Nak pergi mana pula menantunya itu.

"Layla nak pergi mana sayang? Kenapa Eid marah-marah? Ya Allah..."

"Saya yang salah...saya nak balik ibu, sorry..." ujar Layla yang mengulang ayat yang sama mengaku dirinya bersalah. Puan Sri Aaliyah buntu dan masih tercengang dengan apa yang berlaku.

Malik keluar dari bilik dengan wajah yang serius semacam. Dia mencari kelibat Layla di dalam rumah namun tidak ada.

"Ibu, Layla mana?" Tanya Malik dengan riak yang kosong tidak bernada.

"Layla balik, kenapa ni? Apa yang jadi? Layla buat apa sampai Eid jerkah dia macamtu sekali hm?" Tanya Puan Sei Aaliyah buatkan Malik mengeluh berat.

Salah diri sendiri kerana bertindak melulu dan tidak reti kawal kemarahan. Menyesal pun ada juga bila jadi macamni.

Telefon di tangan berdeting, Malik pun membukanya.

Maaf, saya yang salah. Izinkan saya balik kampung.

"What?! No..." riak wajah yang tegang tadi terus berubah risau. Malik berjalan mundar-mandir di hadapan Puan Sri Aaliyah membuatkan si ibu itu pening. Malik urut dada yang terasa seperti mahu pecah.

Apa kau dah buat ni Syed Malik Eidrus?

"Kenapa ni Eid?" Tanya Puan Sri Aaliyah yang mahukan jawapan dari Malik.

"Ibu, Layla lari balik kampung. Salah Eid...Eid marahkan dia tadi," mata Malik merah menjelaskan hal sebenar pada ibunya.

"Ya Allah, sorang ke? kenapa sampai macamni?" Terkejut, baru sejam yang lepas Layla keluar dan Malik bagitahu yang Layla balik kampung. Risau jadinya.

"Eid, Eid gagal kawal rasa marah bila Layla buka telefon Eid senyap-senyap tadi. Eid..." wajah Malik nampak serabut. Terbayang wajah merah Layla yang nampak terkejut tadi. Sumpah Malik rasa menyesal.

"Kenapalah Eid buat isteri macamtu. Layla pun ada trauma dia juga. Dia mana boleh orang tengking dia tiba-tiba, nanti Layla jadi kosong dan asyik salahkan diri sendiri. Eid marah dia buka phone Eid kenapa? Ada rahsia sangat ke?" Tegur Puan Sri Aaliyah.

Ah sudah, apa yang dia baru tahu dari ibunya itu semakin menekan. Malik rasa bersalah teramat sangat sehingga mengalir air mata keluar dari tubir mata. Bodohnya kau Malik...

Naik semula ke bilik, Malik ambil dompet dan kunci kereta. Dia nak minta maaf sangat-sangat pada Layla.

"Dah nak pergi mana pula? Jangan kata kamu nak balik Kedah jugalah, malam-malam macamni. Ibu tak harap Eid drive sorang," halang Puan Sri Aaliyah yang bertindak melelar lengan Malik.

"Tak boleh. Eid salah, Eid nak minta maaf pada Layla ibu. Eid kena balik Kedah juga," wajah Malik nampak serabut.

"Kalau macamtu biar ibu ikut. Kita balik dengan abang Zul," Puan Sri Aaliyah memberi kata putus dan Malik akur.

Hempas punggung di sofa, Malik mengeluh berat sambil mengusap dada yang terasa sendat semacam. Rasa nak meraung pun ada, rasa nak pukul diri sendiri pun ada juga. Memikirkan Layla seorang diri di luar sana lagilah Malik risau. Semoga Layla selamat dan dilindungi sentiasa tidak kira lah di mana isterinya itu berada. Malik titipkan doa.

"Sorry sangat-sangat Layla sayang," Malik picit tulang hidungnya cuba untuk bertenang walaupun dia tidak boleh.





















TBC.

Ivy Layla  [C]Where stories live. Discover now