" Rumah family pula? " Saleema sendiri garu kepala. Peninglah. Banyak betul harta keluarga Grey ni.

" Iya awaknya. Rumah tu tempat semua keluarga Grey berkumpul. Once a year. Nanti aku kenalkan kau dekat sana. Jangan risau. "

" Tapi kan, aku bukan Grey. Alah, kalau macam ni aku balik lah. " Saleema pura-pura gosok tubir mata, kononnya menangis. Tak ingin dia berada di tengah-tengah alam macam tu, lebih-lebih lagi di dalam kerumunan keluarga Grey. Dah kalau dengan yang kenal ini pun dia segan, apatah lagi yang dia tak pernah jumpa.

Boleh pengsan dia di situ! Aura keluarga Grey ini sudahlah kuat. Teringat setiap kali mereka berjalan di sesebuah kawasan, pasti akan ada manusia-manusia yang memandang dan memberi pada mereka. Besar betul pengaruh keluarga itu.

" You will be Grey's. " Helena berkata perlahan dengan tawa kekeknya.

" Apa? " Saleema kecilkan matanya memandang Helena dengan tatapan curiga. Tadi dia rasa Helena ada kata sesuatulah.

" Nothing. " Helena masih mengulum senyum menahan ketawa. Entah kenapa dia rasa kelakar.

" Ish, tak payah tipu! Aku dengar something tadi. Kau kutuk aku eh? " Saleema mendekati Helena. Tangan sedia dengan bentuk ketamnya.

" Mana ada! " Helena geleng kepala laju. Tak baik tuduh tau!

" Ya ke? "

" Tak ada apa-apa lah! " Helena berlari masuk ke dalam bilik air. Tempat selamat! Kalau tidak habis dia kena cubit dengan Saleema.

" Tahu takut. " Saleema pula senyum nipis. Bukannya dia tak dengar apa Helena cakap tadi. Cuma tak berapa jelas.







Mata Saleema dari tadi menjegil Helena yang sudah berjalan di hadapan meninggalkan dia dan Hefzy berduaan di belakang. Bukan dia tak tahu perbuatan Helena itu adalah disengajakan!

Usai sahaja makan tengah hari, mereka semua keluar untuk membeli-belah di bandar Venice. Kecuali Tuan Huzhaid yang agak sibuk melakukan sesuatu. Dia pula meminta isterinya untuk pergi ambil angin bersama anak-anaknya.

Saleema jeling Hefzy disebelahnya sesaat. Diam aje. Kena sampuk ke?

" I'm not sure about everything, Saleema. And that everything is including my feelings... towards you. "

Membesar anak mata Saleema apabila suara itu berada di fikirannya. Laju dia geleng kepala. Astaghfirullah. Kalau iya pun otak nak rewind memory, boleh tak jangan yang pelik-pelik. Buat dia sakit jantung aje.

Sekejap.

Hefzy di sebelahnya kan?

Dup! Dap! Dup! Dap!

Eh, jantung ni pun nak kena ke? Tiba-tiba aje main kompang.

" Why? " Suasana sunyi antara mereka berdua dipecahkan dengan suara garau Hefzy. Ternaik kening dia tadi melihat Saleema tiba-tiba aje geleng-geleng kepala.

Sepantas kilat kepala Saleema menoleh ke kanan. Langkahnya juga berakhir mengikut kaki Hefzy yang berhenti.

Dia diam. Entah kenapa suara tak mahu keluar, menyorok dalam tekak.

" What's bothering you, hm? " Soal Hefzy sekali lagi. Kali ini dengan lebih lembut. Mana tahu suaranya awal tadi itu buat gadis di sebelahnya ini terkejut, kan?

Lidah Saleema jadi kelu. Buat beberapa ketika anak mata mereka bertaut. Mata kelabu Hefzy jauh menikam anak mata hitamnya.

" Saleema? " Hefzy menegur. Macam senyap sangat aje.

" Hah? Ah, ha... ya? " Tergagap-gagap pula dia membalas. Habis merah padam muka dia.

Bunyi seseorang yang menahan ketawa menusuk gegendang telinganya. Saleema gigit ulas bibir bawah. Helena!

" Kau kenapa? "

" Tak ada apa-apa! Mana ada apa-apa, okey aje. Sihat ni hah. " Entah bila pula Hefzy tanya dia sihat ke tidak. Main jawab aje, nampak sangat tak fokus ni.

Saleema lajukan langkah. Tak sanggup dah dia berjalan beriringan dengan Hefzy.

" Saleema, wait. " Hefzy mengejar langkah kecil Saleema. Alah jalan laju sikit dah boleh kejar dah. Bukan Saleema berlari pun.

Saleema tak pandang muka Hefzy.

" Tak lama lagi birthday Lena. Kau bagi hadiah apa? " Hefzy cuba buka topik baru. Dia mahu terus bersembang dengan Saleema, sepi buat dia rasa tak selesa pula.

Saleema panggung kepala melihat Hefzy dengan matanya yang membulat besar. Tangannya laju naik menepuk dahi.

Macam mana dia boleh lupa?!

Hefzy yang memahami perlakuan Saleema hanya mengangguk kecil dan senyum.

" Then let's buy it together. "



" Eh, Hefzy mana? " Hadif toleh ke belakang. Hilang pula adik lelaki dia yang seorang ini. Tadi rasanya ada aje kat belakang.

" Dia pergi dating. " Jawab Helena selamba.

" Dating? " Hifzan mencelah. Dia tadi khusyuk menggunakan telefon terus mengubah fokus.

" Wow, what have i missed? " Ujar Aunty Mariana dengan nada terkejutnya. Semua anak buahnya di situ dia pandang meminta penjelasan.

Heidi berbisik pada Aunty Mariana.

Melopong mulut mak saudaranya itu. Sedikit terkejut juga, sangkaannya betul tentang Hefzy dan Saleema.

" Wah, anak mummy dah ada calon ke? " Puan Dairisya pun sama naik. Dia tahu ada sesuatu antara anaknya Hefzy dan juga Saleema. Naluri seorang ibu katakan.

" Cepat betul mummy ni. " Kata Hadif. Betullah, mummy nya memang tak sabar nak dapat menantu. Anaknya kan semua dah besar panjang, tapi masih tiada yang berkahwin.

" Eh, mestilah! Mummy ni dah lama nak menantu. Anak mummy semua dah besar, tapi lambat sangat kahwinnya. Nak tunggu abang sulung you? Hah Hifzan, mana calon menantu mummy? " Anak Puan Dairisya seorang aje perempuan, mestilah tak sabar nak dapat menantu dari anak-anak lelakinya.

Hifzan garu hujung kening. Macam mana nak jawab eh?

Xayn di sebelah mengemam bibir menahan tawa melihat Hifzan yang gelisah. Disikunya lengan Hifzan.

" Aduh, pergi dating pula dia ni. Bilanya kita nak naik sondol ni? " Keluh Hafiy. Dari tadi lagi dia merancang nak naik benda tu. Nampak macam best aje dia tengok orang naik.

" Sondol kepala otak kau. Kita naik gondola, bodoh. " Sedas Hafhiz bagi. Kalau iya pun nak salah cakap jangan jauh sangat maksudnya. Geram dia dengan Hafiy ni.

" Ah, tak kira. Sekarang ni mana Hefzy? Aku tak sabar dah nak naik gondola. " Hafiy cekak pinggang. Dahi yang berpeluh dia lap sedikit. Malaslah nak tunggu Hefzy. Pakcik yang bawa gondola ini pun dia tahan sebentar. Baik dia naik dulu.

" Nanti ada lah tu. " Ujar Hafhiz. Setakat Hefzy tu, tahu lah dia jalan balik.

" Kita naik dulu lah! " Hafiy melompat naik ke atas gondola yang sudah tersedia. Terkejut pakcik yang bawa gondola tersebut. Bergegar gondola itu dibuatnya.

Yang lain pun tidak membantah. Mereka semua naik ke atas gondola itu. Nak tunggu Hefzy? Lain kalilah. Bukan selalu dapat naik gondola ni. Di Malaysia ada ke gondola?

" Quanto per trenta minuti? ( How much for thirty minutes? ) " Hifzan menyoal. Beberapa keping not euro dikeluarkan dari poket.

" 100 euro a gondola. "

Hifzan menghulurkan 200 euro setiap seorang kepada kedua pakcik itu. Mereka naik dua gondola, jadi bayarannya ialah 200 euro. Manakala 100 euro lagi dia beri sebagai tanda terima kasih.

" Tenga il resto. ( Keep the change.) " Ucap Hifzan bersama senyuman nipisnya.

Tergamam kedua orang pakcik itu. Teragak-agak dia mahu mengambil duit tersebut. Tak apalah, rezeki.




7 DEMONS 1 ANGEL [ HIATUS ]Where stories live. Discover now