Lepaskan nafas perlahan, wanita itu hanya terima sahaja alasan yang diberikan tanpa sebarang pertanyaan lanjut.

"Baik lah. Biar saya perkenalkan diri saya dahulu."

Rayya beri perhatian. Buku notanya diambil begitu juga dengan pennya. Tika itu, baru dia perasan. Rakan sekerjanya yang lain semua keluarkan gadjet masing-masing.

Seketika, Rayya rasa sedikit kecil.

"Saya Salima, pengurus butik ini. Pertama sekali, saya ucapkan selamat datang ke Made. Kedatangan anda semua sangat dialu-alukan oleh kami." Usai kata, Salima menepuk tangannya.

Rayya, Intan dan dua lagi perkerja baharu ikut sama menepuk tangan. Menyambut perlakuan Salima tadi.

'Salima. Dah macam mak cik pula.'

Bila teringatkan Salamah, mula lah Subhi pun masuk dalam kepala sekali. Dan itu buat Rayya sedikit jengkel.

Baru aje hilang rasa sebal kepada lelaki itu tadi. Kenapa lah kepala kena bawa sekali lelaki itu masuk dalam gambaran. Huh!

"Baik. Perkenalkan diri kalian. Bermula dari kamu." Lurus jari Salima tunding kepada Intan.

Menyambut arahan itu dengan baik, Intan mengangguk kecil sebelum dia tersenyum.

"Saya Intan Dahlia. Umur saya 24 tahun. Terima kasih atas peluang pekerjaan yang diberikan. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk Made!" Semangat Intan memberi pengenalan diri.

Rayya senyum kekok. Aduh! Rasa sedikit terbeban pula.

"Good spirit. Keep it up. Next!" Salima pandang Rayya pula.

Rayya telan liur. Dalam hati dia baca bismillah dahulu sebelum mulakan bicara.

"Saya Rayya Riyana. Umur saya 23 tahun. Sila berikan tunjuk ajar." Akhir kata, Rayya sedikit menundukkan kepala beberapa kali.

"Nama yang unik. Nak panggil apa? Rayya? Riyana?" Salima menyoal.

"Rayya, puan." Rayya senyum sambil beri jawapan.

"Okey, Rayya. Seterusnya." Si lelaki dipandang semua.

Faham gilirannya dipilih, lelaki itu luruskan tegak.

"Hi. My name is Riyaz Hazrin. Please take a good care of me." Lelaki bernama Ryaz itu memperkenalkan diri.

Rayya mencatit nama rakan sekerjanya itu di dalam buku. Bila angkat wajah, hairan dia bila lihat tatapan Riyaz tertumpu kepadanya. Siap ada senyum pula menempel di bibir.

Anggap itu sebagai salam perkenalan, senyuman Riyaz dibalas kecil sebelum mata jatuh pada gadis di sebelah Riyaz. Rakan sekerja mereka yang baharu!

"Hello. Nama saya Camelia, with C. Camelia." Pendek Camelia memperkenalkan diri.

Salima mengangguk. Wajah-wajah baharu di hadapannya ini dipandang satu-persatu.

"Baik lah. Habis tentang pengenalan diri, sekarang kita lanjut terus dengan pengenalan Made. Listen carefully, fellas!"

Rayya angguk. Pen dipegang erat dan kemas. Semangat berkerja mula membara-bara dalam diri dan Rayya suka akan perkara itu.

Go, Rayya! You can do it!

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

KEPALA diletakkan di atas meja. Mata dah terpejam separuh. Rayya penat! Tak sangka hari pertama sudah lalui orientas seperti ini. Nasib baik lah sudah selesai. Lega!

Lihat Rayya begitu, Intan lepaskan tawa kecil. Kerusi ditarik merapat kepada Rayya sebelum duduk dia labuhkan.

"Penat dah ke Rayya?" Intan bertanya, sekadar berbasa-basi. Walhal satu tubuh Rayya dah tunjuk rasa penat yang dihadapi gadis itu sekarang.

LUCKY Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ