ENAM BELAS🦋

25 1 0
                                    

Tubuh bergulung-gulung di atas tanah rata. Mengelak dari pelbagai serangan pisau dapur yang tidak tahu bila akan berhenti disertai jeritan panik milik Noah dan juga bebelan daripada Viera. Habis tanah berlubang-lubang begitu juga baju t-shirt lelaki itu. Eh, bukan berlubang tapi dah penuh dengan tanah. Sudahlah mengenakan baju berwarna putih.

Bagaimana semua benda ini boleh berlaku? Tidak silap, dua jam kemudian Noah baru sahaja pulang dari kelas tambahan di luar sekolah seisi waktu malam. Bukan selalu dia lalu sini. Itu pun sebab kawasan berbukit inilah satu-satunya jalan pintas yang Noah tahu. Tak sia-sia tersesat dua tahun lepas, sewaktu hendak mencari rumak mak ayahnya selepas lima belas tahun duduk dengan atuk dan nenek di kampung.

Kalau ikutkan jalan sebenarnya siap kena seberang jalan raya besar lagi. Tak rela nak masuk semula kawasan sesak asap motor dan kereta. Percuma je aku hirup udara kotor mereka. Lantas pegangan beg pada bahu kanan dibetulkan. Turun naik turun naik dada mendaki bukit serupa seperti gunung dah.

"Papa!" latah Noah serentak mematikan langkahnya. Bukan sebab ada seekor kambing terlepas sedang meragut seluar hijau dia dari tepi namun sebab figura sungguh misteri itu tiba-tiba muncul di atas dahan pohon secara terbalik. Betul-betul di hadapan dua biji mata uniknya.

Dia mari dengan jump scare pula. Dahlah rambut panjang hitam itu menutupi seluruh wajahnya. Dia nak cosplay jadi kak ponti? Dia fikir aku tak boleh cam ke apa? Apa susah. Senang nak cam sebab dia seorang sahaja suka buat gaya seperti ini.

Terundur langkah. Memberi ruang Noah untuk bertenang. Tangan naik memicit dahi yang berdenyut-denyut. Manusia di atasnya kekal tersengih mesra. Dalam posisi duduk menghayunkan dua belah kaki pendek. Noah kembali mendongak.

"Hei. Berapa kali aku dah pesan. Jangan buat gaya macam tu...Kalau aku terlanggar kau tadi, Nai..." Sekejap. Tak jadi Noah nak teruskan menyebut nama gadis tersebut. Nampaknya, jejaka itu masih tak faham-faham. Dengan siapa dia sedang bercakap sekarang ini.

Naila atau Viera. Tolonglah aku!

"Tak payah mengelak lah!" terbang bebas lamunan panjang lelaki itu. Nasib lamunan itu tidak mempengaruhi pergerakkan dia sekarang. Banyak tenaga kau. Aku nak main tikam-tikam kau pun susah.

"Kalau aku tak mengelak, dibuatnya aku terkena mata pisau kau tak ke aku masuk hospital!" herdiknya. Viera tergelak sinis. None of my business. Bukan aku yang jadi pesakit.

"Ak...Aku ada bawa hadiah untuk kau!" elok sedap bergolek tu, terlintas idea asalnya. Tangan yang memegang sebilah pisau berhenti seketika. Terjungkit sebelah kening gadis itu.

"Hadiah apa?" kotak besar yang mengikut tergolek dengan dia tadi segera ditayangkan.
Buka sahaja kotak itu terus isi dalam terkeluar satu kepala badut terjelir lidah bersama senyuman berdarah.

Viera terjerit besar. Mata terpejam sesaat. Lambat-lambat kelopak matanya terbuka. Kiri dipandang. Kanan dilihat. Wajah Noah dibawah, ditenung. Sebelum dia kembali menjerit lebih kuat. Tercampak jauh pisau di tangan. Mengena pada dahan pokok.

"Saya ada kat mana?"

"Nya...ris-nyaris saya ke...na bunuh dengan Vi...era tau. Kalau sa...ya mati tadi? Si..apa nak jaga ma...ma papa saya?" hampir kesukaran untuk bernafas dengan betul. Terbaring lemah atas tanah yang diratakan sempurna itu.

"Jangan takut. Saya kenal sangat Viera tu macam mana. Dia tak akan berani bunuh kesayangan saya ni." Ajaib. Jantung Noah bergelora hebat penuh cemas serta merta hilang. Kini dua belah pipi Noah sedikit memerah sebelum menunduk ke bawah.

Aku percayakan kau, Naila. Aku cuma tidak percayakan si Viera tu. Sejak dari awal, memang dia tidak suka aku. Tolong faham situasi kita bertiga ini.









"Tak boleh! Aku nak beli dekat kedai sana," laju Naila membantah. Siap geleng-geleng kepala lagi. Siapa jaga siapa ni?

"Alaaa kau janji nak belikan pisau baru untuk aku. Jangan cakap kau dah lupa?" nada Viera bertukar kasar namun lebih ke merengek.

"Tak. Aku tak lupa...tapi bagilah aku pergi beli barang aku dulu," pujuknya.

"Tak nak! Beli barang aku dulu." Viera meronta-ronta. Aduhai...

"Ish, fine!" tanpa sengaja mata Naila bertembung mata Farhat yang kini sudah tercegat lama di situ. Kedudukan mereka tidak adalah jauh sangat. Mata lelaki itu tidak berkelip walau sesaat pun. Beg kertas di kiri kanan jejaka itu jatuh ke bawah. Tangan dikepal naik menutup mulut terlopong. Kalau boleh disumbat terus tangan dalam mulut.

"Tolong abaikan otak kau berbicara tu. Aku bukan orang gila!" Aku tak ada penyakit langsung.

"Kenapa? kau..." belum apa-apa jejaka itu sudah mengangkat kaki terlebih dahulu. Lari sekuat hati walaupun dalam hati masih terkesima melihat kejadian yang susah dia nak percaya. Kenapa Naila tu? Kenapa boleh sampai cakap sesama sendiri? Aku tetap tak faham?

"Farhat." Panggil Naila, bergema suara. Naila berlari anak menuju ke arah dua beg kertas sudah tentu milik si Farhat. Dia tinggal macam tu je barang dia? Tangan baru hendak mencapai beg kertas tersebut tiba-tiba Farhat berpatah balik lalu merampas semula kepunyaannya.

"Tunggu Farhat. Saya boleh explains!"

"Sorry, can you show me where the museum is?" celah satu suara lunak dari arah belakang siap memegang hujung baju Naila. Ikutkan hati hendak sahaja mengejar bayangan Farhat tidak beberapa jauh itu tapi tidak sampai hati pula melihat pelancong asing ini dalam kesusahan.

"So easy. You just turn right, left, right, left and go straight almost like 15 minutes..."

"...I will see the museum?" potongnya, laju.

"Definitely... not. You will see a police station. Don't worry! They are kinder than me. One of them will show you where you want to go...Thank you for using my service!" 

Lancar Naila bertutur sehingga membuatkan minah salleh di hadapan Naila itu tergelak tak henti-henti sambil memegang perut sendiri. Terhibur benar. Lawak aku hambar kot.

"Wow. I almost believe it. You are good at making jokes too," puji gadis bertopi pantai itu kepada Naila. Air mata dilap menggunakan jari penunjuknya.

"Really? Thanks!"  balas Naila singkat bersama senyuman manis.

"If you don't mind, can I have your number? I like the way you speak our language. We can be friends!" tawaran yang menarik. Tidak boleh aku lepaskan peluang keemasan ini. Bukan senang nak dapat kawan dari luar negara. Eleh, si Noah pun bukan orang sini juga tapi dia fasih berbahasa melayu. Akibat duduk terlalu lama dekat kampung keluarga dialah.

"Nice to talk to you. See you next time!" ucap Hawa Amanda iaitu kawan baharu Naila. Nama macam orang arab kan. Mereka akhirnya saling bertukar nombor telefon masing-masing selepas berpamitan di perhentian bas.

-TBC-

I'm not Naila [on going]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon