DUA🦋

20 4 0
                                    

Mulut terbuka. Memperlihatkan deretan gigi Noah. Tak jadi Noah ingin berganjak tatkala mata gadis itu pantas menikam anak mata jejaka itu. Air liur ditelan menandakan Noah begitu gementar. Gadis misteri itu berada di posisi yang sama iaitu duduk bersila berhadapan mangsa nya.

Aku? Sibuk pegang kaki aku daripada bergetar kuat.

"Dia...tak akan mati, kan?" Makin tajam anak mata gadis itu tatkala mendapat soalan seperti itu. Noah mencebik, bibir disengetkan. Tanya sikit pun tak boleh. Tiba-tiba Noah melutut di hadapan nya. Dua tapak tangan bersatu dan digengam. Nak merayu gitu. Bibir gadis itu dikemam.

"Okay, okay. Aku tak buta pun sebenarnya tapi kau percaya je dengan aku. Aku tak akan bagitahu orang lain sebab aku ni kuat pelupa kalah atok aku...please jangan bunuh aku."

"Tunggu aku dapat tengok ending anime one piece dulu baru kau boleh bunuh aku." Dengar sahaja ayat terakhir si Noah terus dia dapat merasakan gadis itu gelak tidak bersuara.

Aku tak buat lawak pun!

Tersentak Noah tatkala gadis mendekatkan diri dia dengan wajah ketatnya. Meninggalkan manusia yang sudah bermandian darah itu. Hujung bibir ternaik. Menarik. Noah terundur ke belakang. Berkerut muka Noah menahan bau darah yang menusuk kuat masuk dalam dua lubang hidung dia. Automatik hidung dikepit Kalau tak tutup, tak semena-mena dengan aku sekali mati malam ni.

"Awak...minat siapa dalam one piece?"

"Err zoro?" Tersenget kepala Noah tatkala melihat rahang gadis itu ternganga seketika lalu tersenyum makna. Lenyap sudah jelingan mengerikan itu. Gadis misteri itu berbalik badan, kembali ke tempat asal dia muncul. Seakan-akan dia tahu yang Noah tidak selesa bau darah segar. Tak apa, lebih baik menjauh daripada mendekati yang tidak tertulis takdir untuk kita. Ceh.

"Saya tak akan bunuh awak tapi...ini kan Naila, mesti lah ada syarat nya." Oh nama dia Naila. Kita berjodoh eh? Kan nama mula dari huruf N juga.

Aduh sempat lagi aku merepek. Kepala Noah tergeleng-geleng.

"Aik, saya tak bagitahu syarat saya lagi awak dah geleng kepala?" Noah kematian kata. Leher digaru. Naila tersenyum manis ketika melontarkan ayat seterusnya.

"Awak kena jadi pembantu peribadi saya." Terus berubah air muka Noah namun cepat-cepat Noah menguntum senyuman ringkas.

"Boleh. Bila aku boleh mula?" Terjungkit sebelah kening Naila. Wow, terus setuju? Bagus. Mudah kerja dia.

"Bila kita berdua berjumpa lagi." Tak lepas mata Naila dari memandang mata Noah. Naik segan Noah dibuatnya.

"Erm...Manusia dekat sebelah tu macam mana?" Noah menukar topik. Naila menunduk. Manusia yang dimaksudkan Noah sudah dibuai mimpi indah. Penat meminta tolong sana sini, sekali semua menghilang selepas nampak si Naila lah punya pasal. Naila menghela nafas.

"Don't worry...ini hal saya, bukan hal awak. Awak boleh lah pergi sambung lari dalam ketakutan." Naila sengaja berkata begitu. Baru Noah teringat dia perlu lari daripada dia. Kenapa aku ajak dia berbual pula?

"Buat apa tercegat lagi? Nak saya pergi sana balik." Naila meluru laju ke arah Noah yang sudah panik semacam. Noah apalagi, berlari tak cukup jalan tar lah. Tak cukup itu lagi, sempat lagi dia mengucap 'bye-bye' ke arah Naila yang sudah menghambur tawa nya.

"saya akan merindui awak." Luah Naila penuh curiga. Susuk tubuh yang terbaring dekat bawah itu diseret ke satu lorong lagi satu. Mati betul-betul baru tahu!

-TBC-



I'm Not Naila [OG]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum