LAPAN🦋

13 3 0
                                    

"Kalau bukan sebab kau Naila, memang tak lah aku berlakon pura-pura baik hati depan mak cik tak sedar diri tu." Viera geli geliman dengan diri sendiri. Nasib tak kena penumbuk aku. Viera melepaskan geramnya dengan cara menyepak semua batu kecil yang ada di sekitarnya. Batu anak kecil ingin menyepak batu juga pun Viera nak rampas.

Anak kecil itu memandang Viera dengan mata berkaca-kaca lantas Viera membuat muka hodoh. Meraung anak kecil itu. Mak dia tengah membayar makanan laju menoleh ke arah anaknya. "Eh Binbin kenapa nangis? Lapar? Nah, makan ayam gunting ni dulu. Shhh...jangan nangis dah. Nanti hilang kecomelan Binbin." Rambut anaknya diusap lemah lembut. Alololo.

Viera selamba berpindah ke satu gerai tepi jalan yang lain. Dasar anak mak. Kutuk Viera dalam hati.

Bibir bergerak membaca harga makanan.  Cukup-cukup duit Naila bawa. Viera membuat keputusan untuk membeli nasi ayam. Makanan kegemaran Naila. Dompet merah jambu dikeluarkan. Viera mengeluh. Kalau boleh semua barang dia nak warna merah jambu. Motorcycle ni pun Viera yang tentukan nak warna apa. Kalau Naila yang pilih...

Viera menggeleng laju. Tak nak, tak nak!

"Eh tak jadi nak beli nasi ayam kah?"

"Tak bang. Saya jadi beli. Saya nak satu nasi ayam, kuah sos nak lebih." Pinta Viera, penjual nasi ayam itu langsung bergerak mengerjakan kerja dia. Seekor ayam siap dipanggang mula dipotong satu demi satu. Bergegar meja gerai dia.

Dompet digengam dari arah belakang tubuh. Tanpa Viera sedari, sudah ada sepasang mata tajam memerhati dompet merah jambu milik Naila. Kiri, kanan dipandang. Bimbang ada sesiapa melihat tindakan akan dia laksanakan sebentar nanti.

Dia melintasi jalan sambil memasukkan tangan kiri di dalam kocek seluarnya. Berlagak seperti pelanggan biasa yang ingin membeli sesuatu. Anak mata dia tidak lepas dari memandang dompet gadis itu.

Cuai betul dia tu. Tak apa lah, rezeki aku hari ini. Jangan salahkan aku pula.

Dia mula mengambil langkah pertama iaitu mendekati gadis itu senyap-senyap sebelum...

"Terima kasih bagi!" Pantas tangan lelaki itu menyambar dompet itu lalu melarikan diri tanpa menoleh belakang dah. Suka sangat hasil tangkapan dia. Abang penjual di hadapan Viera dah cuak gila namun boleh pula Viera tenang semacam sahaja. Benda dah selalu dah kena, buat apa nak panik?

"Eh awak ni tak cuak ke? Dompet awak baru lepas kena rompak tau." Celah penjual nasi ayam itu.

"Alaa itu dompet kawan saya, bukan saya punya." Omel Viera. Ceh, gurau jelah!

Kasut ditanggal. Posisi tubuh Naila dibetulkan. Sebelah lengan diluruskan. Lagaknya seperti pemain lontar peluru yang handal. Selepas kiraan ketiga terus kasut tersebut dibaling sekuat hati. Encik angin mula datang menyerang rambut panjang Viera sekelip mata.

Perompak itu tertawa riang.
"Untung aku hari ni, lambat betul tindak balas budak itu...Ah!" Kasut itu tepat mengena bahagian belakang tubuhnya. Jatuh menghentak jalan tar yang keras. Dah lah jatuh depan orang ramai berkumpul. Semua di situ peka dengan situasi sekarang laju menghempap tubuh lelaki itu. Siap tolongkan ikat tangan lelaki itu lagi. Terbaik lah!

"Kau bernasib baik aku baling pakai kasut sekolah aku, kalau aku pakai helmet ni memang hancur kepala kau!"

"Ha jalan, jalan!" Arah salah satu yang memegang tali itu. Dah lah tolak pakai kaki.

"Tak payah lah tolak-tolak, aku bukannya lembu!" Bidas perompak itu.

"Ini duitnya. Sama-sama!"

-TBC-

I'm not Naila [on going]Where stories live. Discover now