SEMBILAN🤍

11 3 0
                                    

Botol air mineral yang tersusun atas meja dicapai laju. Diteguk habis-habisan. Selepas tekak dah rasa lega baru lah tangan menurunkan air mineral tersebut. Noah lebih gemar minum air kosong daripada minum air manis-manis ni. Takut kena penyakit diabetes waktu masa muda. Baik kita cegah lebih awal sebelum terlambat. Penutup botol diputar-putar dan tertutup rapat. Kotak baju seterusnya ditarik. Pita pelekat dicabut sekali percubaan.

Kedengaran pintu dikuak dari luar. Tersembur wajah Tuan Daniel bersama-sama di sebelah pintu. Mereka saling berpandangan sebelum Puan Linda melangkah masuk dahulu.

"Noah tengah buat apa tu?" Soal mama basa-basi. Kepala didongak. Wajah Tuan Daniel dan Puan Linda ditatap sekilas. Menyambung kerja melipat baju terhenti tadi.

"Tengah kemas semua barang Noah." Jawab Noah dengan nada biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

"Nak papa tolong ke?" Pelawa Tuan Daniel. Alang-alang kerja rumah dah selesai semua. Tak salah kan saling tolong-menolong.
Kita kan duduk satu bumbung rumah yang sama. Ringan bahu masing-masing.

"Tak apa pa, tinggal dua kotak je." Tolak Noah, lembut.

"Noah. Noah. Noah." Panggil mama. Mesti ada sesuatu nak tanya kalau dah tiga kali panggil nama aku.

"Dah...buat kawan dekat sini?" Hati-hati Puan Linda menyoal. Mama duduk bersimpul di sebelah Noah manakala papa duduk bersila menghadap Noah. Setia mendengar perbualan anak dengan isteri nya.

"Ada, seorang." Tanpa ragu-ragu Noah menjawab. Di hujung bibir ditarik. Ya, kawan.

"Wah, kawan lelaki ke perempuan? Nanti jangan lupa ajak dia datang rumah kita." Niatnya nak berkenalan lebih rapat. Boleh eratkan hubungan sesama jiran tetangga. Saling beramah mesra. Noah tidak membalas sebaliknya diam tak terkutik. Fikiran dia hanyut di lautan asing. Tidak menjumpai satu pulau pun. Dia dah tersesat!

Tiba-tiba mama merait tangan Noah yang baru nak mengambil helaian seluar. Tangan Noah digengam lembut.

"Noah perlu tahu yang mama dengan papa selalu bagi sokongan dari belakang." Lidah terkelu. Macam tahu-tahu je Noah nak dengar motivasi daripada mama tercinta.

"Walaupun sampai Noah kena pindah sekolah?" Pipi Noah diusap-usap penuh kasih sayang. Noah masih menunggu balasan mama. Dah besar dah anak dia yang satu ini.

"Walaupun sampai Noah pindah sekolah." Jawab Puan Linda dan Tuan Daniel, serentak.

"Tapi Noah dah kecewakan mama papa..."

"Tak apa. Mama tahu Noah dah belajar sehabis tenaga nak banggakan kami berdua. Kalau Noah jatuh sekalipun, jangan lupa untuk bangkit semula. Tidak apa gagal berkali-kali asalkan Noah tidak pernah berputus asa." Motivasi mama tidak pernah mengecewakan dirinya. Selalu tepat dan penuh makna yang tersirat.

"Papa bangga dengan Noah." Bahu Noah ditepuk-tepuk siap menayangkan ibu jari.

"Mama sayang Noah." Pipi Noah dicubit manja. Noah terjerit kecil.

"No...Noah pun sayang mama papa ketat-ketat." Kata Noah, tak kalah ayat dia. Mama menoleh ke arah suaminya. Bunyi saluran hidung ditarik. Kenapa tu?

"Eh awak, kenapa nangis?" Terkedu si isteri melihat si suami sudah mengalir air mata. Ada sesuatu terlepas ke sampai terguris hati nya.

"Terharu lepas dengar motivasi sayang." Bahu suami m dipeluk sekali. Alahai, berasa seperti ada dua anak lelaki pula.

Pelukan terlerai sejenak. Wajah Noah ditenung. "Lupa pula mama nak tanya. Kawan Noah tu lelaki ke perempuan?"

Noah tersentak. "Err perempuan."

"Kenapa pandang Noah macam tu?"

"Apa benda yang dah merasuki Noah kami ni?" Kini giliran papa pila bertanya. Lama diam membisu sahaja. Baik tak payah ada dekat sini. Gurau-gurau.

"Hah?" Dua kening Noah bertembung. Tuan Daniel gelak berdekah. Macam hagemaru anak lelaki dia. Comel sungguh.

Melihat raut wajah mama membuatkan Noah tertunduk pasrah. Tidak jadi nak lipat baju. Faham sangat dengan pandangan mama itu.

"Kenapa? mama nak kata dekat Noah yang Noah tak boleh nak berkawan berlainan jantina juga ke?" Nada suara Noah semakin rendah. Noah mencebik sedih. Cemas wanita tua itu hendak membetulkan ayat dia lontarkan tadi.

"Bukan macam tu. Boleh, mama tak kisah pun tapi...Noah dah..." laju Noah mengangguk sampai tidak sempat mama nak menghabiskan ayat noktah.

"Sebenarnya, belum sepenuhnya tapi sampai bila Noah nak jadi macam ini." Pantulan dirinya melalui cermin besar dipandang lama. Tiada senyuman menghiasi wajah kacak Noah. Seolah-olah terus lupa bagaimana nak tersenyum dengan betul. Selama ini dia hanya tersenyum palsu. Semua orang berfikir, Noah mesti sentiasa berasa gembira dan tenang menghadapi masalah walhal hanya mama dan papa sahaja tahu apa yang bermain di otak Noah.

Aku lemah. Aku tak sekuat apa yang kau orang sangkakan dan kerana itu lah satu persatu kawan-kawan yang aku anggap macam seorang kawan sejati akan lesap begitu sahaja sekiranya aku ada buat satu kesalahan sahaja. Tidak langsung memberikan aku peluang untuk aku terangkan hal sebenar.

"Noah, jangan paksa diri kalau dah tak boleh."

Noah tersenyum kelat. Dua kotak pakaian yang belum dibuka disusun dalam almari baju. Pintu almari itu ditutup. Belakang tapak tangan menutup mulut yang terbuka sedikit. Noah buat-buat menguap panjang.

"Noah nak tidur." Ringkas Noah bersuara. Tubuh direbahkan atas katil berlatarkan tema serangga rama-rama bersinar dalam kegelapan. Mereka berdua berjalan merapati katil Noah. Ubun-ubun rambut dicium.

"Selamat malam, baby Noah."

"Selamat malam, Dear Noah." Ucap mereka berdua serentak namun memanggil nama panggilan Noah berbeza. Selimut tebal lantas ditarik menyelimuti tubuh anak lelaki mereka.
Noah baring membelakangkan pintu bilik dan Tuan Daniel dan Puan Linda. Berbaring menghadap dinding berwarna putih. Kepala Noah diusap-usap seolah-olah cuba menenangkan jantung Noah yang sudah bergelora kuat. Menahan sebak di dada. Bingkai gambar yang terpapar dua figura dia kenali lalu dipeluk erat.

Suiz lampu ditekan serentak pintu bilik ditutup. Bunyi tapak kaki melangkah semakin menjauh dan akhirnya tiada kedengaran suara tapak kaki berjalan menandakan tiada siapa berada di hadapan biliknya. Baru kelopak mata dikatup. Telinga Noah tergerak-gerak kerana mengesan suara asing di tingkap, betul-betul di atas bilik, berada di tengah. Terdapat satu lagi bilik kecil di sana. Siap ada satu tangga dan ada telescope lagi. Mata dipejam, rapat. Memaksakan diri tidur lena dan cuba menghiraukan bunyi mencurigakan itu. Kucing kot.

-TBC-

I'm not Naila [on going]Where stories live. Discover now