Special : Uzair Zikri ♥️ Nur Ilayna

244 17 0
                                    

Uzair Zikri yang baru selesai bertemu dengan klien syarikat mula bergerak menuju ke kereta miliknya.

Mereka baru sudah mengadakan perbincangan tentang majlis makan malam yang akan diadakan bagi menyambut kejayaan kolaborasi antara syarikat mereka.

Tangan menyeluk masuk ke dalam poket seluar untuk mengeluarkan kunci. Sebaik sahaja kunci diambil, punat ditekan untuk membuka pintu kereta.

Pintu di bahagian pemandu dibuka dan Uzair memboloskan diri ke dalam Audi A5 miliknya.

Beg bimbit yang berisi kertas kerja diletakkan di tempat pemandu di sebelahnya.

Usai itu, enjin kereta bersama penghawa dingin dihidupkan. Uzair menyandarkan dirinya ke seat kereta sambil memejamkan mata. Nafas diatur dan dihela.

Letih. Tapi Uzair tidak merungut kerana ini pekerjaan yang digemarinya selain menjadi punca pendapatan keluarga kecilnya. Keluarga.

Uzair senyum kecil apabila teringat akan isterinya. Alhamdulillah, sepanjang perkahwinan mereka Uzair rasa bahagia. Ilayna itu tidak ada kurangnya.

Tak lama, Uzair kembali mencelikkan mata. Ingin pulang. Tangan naik memegang stereng kereta. Namun, perbuatan untuk memulakan perjalanan terbantut tatkala dia melihat isterinya di seberang jalan. Dengan seorang lelaki.

Uzair terpaku. Ingatan tentang bekas teman wanita yang curang dibelakangnya mula bermain di minda.

Uzair memejamkan mata sambil menggelengkan kepala. Tidak. Ilayna bukan macam tu.

Mata kembali dihala ke arah sang isteri. Dilihat Ilayna menepis tangan jejaka yang cuba memegang tangan wanita itu dan berlalu pergi.

Uzair tersenyum. Yup! That's my wife. Usai itu, dia terus memulakan perjalanan.

ִֶָ 𓂃˖˳·˖ ִֶָ ⋆★⋆  ִֶָ˖·˳˖𓂃 ִֶָ

           

Jari-jemari milik Ilayna dimain Uzair. Cincin silver yang tersarung di jari manis wanita itu dipusing-pusingkan. Sekali-sekala kekura tangan itu turut dikucupnya.

Perhatian Ilayna mula terganggu. Mata yang sedari tadi menonton drama China di televisyen kini beralih kepada Uzair.

"What's wrong?" Soal Ilayna lembut.

Dia perasan dengan sikap Uzair yang sering mengelamun sejak pulang ke rumah.

"What?" Uzair menyoal kembali. Mata light brown miliknya kini menatap wajah Ilayna tanpa segan.

"You seem distracted since you're home. You've been quiet and looking lost." Setiap butir kata itu diungkap dengan nada risau.

"Not to say that you'll play with my hand and fingers when something is bothering you. When you're thinking about something. You'll be like this too." Uzair yang mendiamkan diri itu mula tersenyum.

Tak sangka Ilayna cakna dengan tingkahnya. Rasa terharu pula.

"Tell me." Ilayna menggenggam tangan Uzair dengan erat.

"Nothing. Just something stupid." Dalih Uzair.

"Bagi tahu la. Saya risau tahu tak bila awak jadi macam ni." Tubir mata Ilayna mula berkaca.

"Hey, don't cry sayang. Don't cry." Uzair mula gelabah.

"Fine. Okey, I will tell you. So, don't cry." Uzair mula mengalah apabila melihat Ilayna begitu.

"So, saya ada meeting dekat luar tengah hari tadi and I saw you. With a man." Ilayna yang ingin mencelah itu ditahan Uzair.

"I know. I know. Saya nampak awak tepis dia. That's why I'm being like this. Overthinking." Ilayna terdiam.

"I've lost someone I loved before to someone else. I can't lose you to. Allah, please. Not you too." Suara Uzair bertukar serak. Sebak.

Ilayna yang tahu apa yang berlaku maju untuk membawa Uzair ke dalam pelukan.

Uzair menurut. Pelukan itu dieratkan.

"I'm afraid. What if you're going to him. What if you doesn't love me. What if you gonna leave me like she does. What if-" Kata- kata Uzair terputus apabila Ilayna mengucup dahinya. Pegun. Terkedu.

"No. I'm not her. I'm your wife. I'm not going anywhere. I'm staying here with you." Satu per satu fikiran negatif Uzair cuba dihalang oleh Ilayna.

"That guy. Dia bekas teman lelaki Ana. I left him cause he's cheating on me. So, no. Saya tak akan tinggalkan awak. Saya tahu rasa sakitnya dicurangi." Uzair diam sambil mendengar Ilayna bercerita.

Dia tidak pernah tahu tentang cerita itu. Rupanya mereka berdua berkongsi luka yang sama.

"Dia nak apa dengan awak?" Soal Uzair merujuk kepada perkara siang tadi.

"Dia ajak saya get back. Saying he's regret about what happened in the past. Stupid. So, saya cakap la yang saya dah kahwin and I'm happy with my husband." Semakin Ilayna teringat tentang perkara itu, semakin dia rasa geram.

Uzair tersenyum sendiri. Lucu.

"And when he tried to hold you, you push him and walk away. Good." Uzair menghabiskan cerita Ilayna bersama senyuman.

Ilayna terkejut sebentar lalu kembali tersenyum.

"Yup! I push him and walk away like a god damn queen." Ilayna tersenyum bangga sambil menganggukan kepala. Rambut paras bahunya turut diflip.

Uzair ketawa kecil.

"That's my wife." Tangan kanan naik mengusap kepala Ilayna dengan lembut.

E N D

                       

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now