14

358 19 0
                                    

La-la-la-la-la-la-la
La-la-la-la-la-la-la
Oh, cinta

Uziel yang sedang tidur itu tersentak tatkala bunyi muzik yang sangat kuat menerpa pendengarannya.

Matanya dikalihkan ke sebelah untuk mencari wajah si isteri. Namun hampa, ruangan sebelahnya itu kosong tanpa penghuni.

Aku seorang lelaki, ku mahu dicintai
Sepenuh hatimu tuk diriku
Dan aku tak mahu kehilanganmu
Tak mahu kau curiga dengan cintaku ini
Kan ku pastikan kau bahagia 

Lagu itu masih kedengaran. Uziel hela nafas. Mula dah. Telefon bimbit disebelah diambil lalu dihidupkan.

3.00 pagi.

Allahuakhbar Widad Hafsya! Pagi-pagi buta kau buat konsert! Dengan langkah yang perlahan, Uziel turun dari katil lalu menuju ke ruang tamu.

Percaya, percayakan diriku
Jangan kau bilang 'ku tak cinta dirimu
Dengarkan apa yang 'ku ingin katakan padamu, oh-oh-oh

Sosok belakang Widad yang sedang khusyuk menyanyi itu ditatap Uziel. Dengan senduk kayu dijadikan sebagai pengganti mikrofon. Baju tshirt milik Uziel elok tersarung menutup perut kebesaran wanita itu.

Ibu mengandung itu semangat buat konsert pagi-pagi buta ni. Menari-nari di tengah-tengah ruang tamu. Langsung tak perasan akan kehadiran Uziel di belakangnya.

"Ehemm. Ehemm." Jeda. Tiada tanda Widad mendengar.

Cinta, kan ku pastikan kau bahagia bersamaku
Kan ku berjanji padamu 'kan setia selalu
Takkan pernah sekali ku menduakan kamu, oh-oh-oh-oh
Cinta, kadang kala ada gembira, ada sedihnya
Kadangkala kita berdua ada sengketa

"Begitu-" nyanyian Widad terhenti apabila dia ternampak kelibat Uziel di belakang.

"Abang." Widad tersengih. Senduk kayu ditangannya terus dibuang entah ke mana.

Remote control diambil dan televisyen itu terus dimatikan.

"What are you doing at this hour? Tahu kan dah pukul 3 pagi?" kening dijongketkan sebelah. Tangan dilipat ke dada.

"Saya tak boleh tidur. Lepastu tiba-tiba rasa nak menyanyi, jadi saya buka la lagu dekat TV." jelas Widad.

"Senduk kayu tu? Buat apa?" tegur Uziel. Ingat dia tak perasan?

"Err, ganti mikrofon?" kepala yang tidak gatal itu digaru. Kantoi!

Tiba-tiba satu idea gila datang kepada Widad.

Uziel yang seperti tahu apa yang Widad fikirkan terus membantah.

"No! Big no! Jangan ajak abang." bangkang Uziel keras.

Wajah Widad yang tadinya ceria terus bertukar mendung.

"But baby want it." Widad cuba memujuk.

"Still no. I'm not gonna sing a song at this hour. Ganggu jiran la sayang." lembut Uziel memujuk. Kaki diatur mendekati Widad di tengah ruang tamu.

His Hyper Wife [Complete] ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora