17

357 26 0
                                    

Widad yang sedang santai melayan drama Korea di televisyen itu mula berasa tidak selesa di bahagian perut.

Memandangkan due datenya makin dekat, Widad sudah membuat permohonan cuti kepada pihak kolej.

Alhamdulillah, cuti Widad diluluskan. Jadi dia berehat di rumah sambil-sambil mengemas barang bayi.

"Abang!" Widad memanggil Uziel dengan cemas.

Perut yang berasa sakit itu dipegang. Kain batik yang dipakainya turut berasa basah.

Sejak-sejak perut dah membesar dengan jaya ni, Widad rajin memakai kain batik ketika berada di rumah. Senang katanya.

"Muhammad Uziel Zuhaily!" Nama panjang Uziel dipanggil apabila sosok suaminya itu masih belum dilihat.

"Ya!" Tergopoh-gapah Uziel mendekati Widad.

Dia yang sedang mengemas perpustakaan mininya itu tersentak apabila mendengar suara Widad.

Bingkas dia meninggalkan segala buku-bukunya lalu keluar dari bilik itu.

Wajah Widad yang berkerut sakit menjengah mata Uziel apabila dia sampai di ruang tamu.Hal ini turut membuat Uziel tak senang duduk.

"Hospital." Cukup sepatah perkataan itu membuatkan Uziel sepantas kilat mendapatkan segala barangan yang berada di bilik kerjanya.

Segala barangan bayi serta keperluan Widad sudah diasingkan olehnya terlebih dahulu. Barang-barang itu diletakkan di bilik bawah. Mudah nak angkut.

Selesai meletakkan semua barang ke dalam kereta, Uziel mula memanaskan enjin. Kaki yang baru ingin jejak ke dalam kereta terhenti.

"Ya Allah. Bini aku." Rasa nak tepuk dahi sendiri apabila dia terlupa nak bawa Widad keluar dari rumah.

"Jom." Tudung sarung yang berada di sebelah Widad diambil dan disarungkan ke kepala isterinya.

"Boleh jalan tak?" Soalnya risau.

"Boleh." Jawabnya perlahan sambil menahan sakit.

Pinggang rasa nak putus!

Dipimpin Widad dengan berhati-hati ke arah kereta. Pintu bahagian penumpang dibuka untuk Widad. Setelah itu, dia mula berlari anak ke bahagian pemandu. Minyak ditekan dan Audi R7 Uziel mula meluncur keluar dari perkarangan rumah mereka.

♡ʕ•ᴥ•ʔ♡

Uziel melabuhkan duduk di kerusi kosong di hadapan dewan bersalin.

Widad sudah dimasukkan ke dalam dewan bersalin sebaik mereka tiba tadi. Kata jururawat di situ, bukaan Widad sudah cukup. Jadi dia dimasukkan serta merta.

Telefon di dalam kocek seluar dikeluarkan. Ingin memaklumkan berita ini kepada keluarga.

- Widad dah masuk dewan bersalin. Pray for them.

Tak sampai 5 minit, bertalu-talu mesej dari ahli keluarga masuk mendoakan Widad. Puan Akma memaklumkan bahawa mereka tidak dapat datang sebab Encik Ukasyah ada urusan di pejabat.

Kemudian, mesej dari Encik Wahid dibuka.

Walid
- InsyaAllah Widad dengan baby tak apa-apa. Nanti dah selesai Uziel bagitahu ya.
- Walid tak dapat pergi melawat sekarang. Ada outstation seminggu. Mama kamu pun sibuk dengan budak-budak nak periksa.
- Nanti dah lapang, kami pergi melawat.

Me
- Baik Walid.

Hampir dua jam menunggu, pintu dewan bersalin itu dibuka. Mata Uziel terus naik melihat jururawat itu.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now