6

260 17 0
                                    

Bunyi loceng yang bertalu-talu membuatkan Widad bergegas untuk membuka pintu sambil menyarung tudung.

Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka,  wajah Uzair dengan mata yang merah menghiasi pandangan.

Widad jadi bingung.

"Uzair? Kenapa ni? Dengan mata merah-merah." soal Widad risau. Uzair diam.

"Masuk la, Along ada dekat library dia." pelawa Widad. Seperti tahu yang Uzair ingin berjumpa dengan Uziel.

Uzair Zikri masuk tanpa bersuara. Sebak yang dirasa ditahan sehabis baik. Kaki diatur ke arah tangga untuk pergi ke mini library milik abangnya.

Sesampainya dia di hadapan perpustakaan milik Uziel, pintu itu diketuk.

"Masuk." laung Uziel dari dalam. Menjangkakan wajah Widad, namun wajah adiknya yang kelihatan.

Uziel kerut dahi pelik. Mata Uzair kelihatan merah dan berkaca. Buku di tangan ditutup sebelum diletakkan di atas meja.

Kaki diatur menghampiri adiknya.

"Why?" soal Uziel sepatah. Tegang nada suaranya ketika itu. Tak suka melihat wajah muram Uzair.

Pantang Uziel Zuhaily jika adik-adiknya menangis atau bersedih.

"Talk!" tekan Uziel apabila adiknya masih mendiamkan diri.

"Dia curang dengan aku along. Dia suruh aku tunggu, aku setuju. 3 tahun, along. 3 tahun! Bila aku ajak kahwin, dia tak nak. Kata nak bagi stabil ekonomi dulu. Aku sabar dan tunggu." Uzair meluah.

Air mata yang ditahan gugur satu per satu. Terhinjut-hinjut bahu Uzair ketika menangis.

"Tadi, aku pergi rumah dia sebab nak bagi makanan. Dia kata dia sakit. Bila aku ketuk pintu, lelaki yang buka along. Dengan tak pakai bajunya. Kau boleh bayang tak apa aku fikir." sambungnya lagi. Air mata yang jatuh dikesat kasar.

"Tapi aku cuba husnuzon. Fikir positif." Uziel diam. Setia mendengar.

"Tapi bila aku mula nak percaya, aku dengar dia panggil lelaki tu 'sayang'. Aku tak bodoh la along. Aku tak bodoh!" teresak-esak Uzair meluah.

Sakit yang amat apabila kekasih hati yang ditunggu menikam belakangnya. 3 tahun menjalin hubungan, ini yang Uzair dapat!

Uziel mengepal tangannya. Wajahnya tak usah dicakap, tegang habis!

Widad yang ingin menghantar minuman itu juga mengalirkan air mata apabila mendengar luahan adik iparnya. Siapa saja yang tidak menangis bila dicurangi.

Widad berazam. Andai dia jumpa wanita itu, akan dilumat-lumat hingga hancur. Sampai hati buat adik iparnya menangis! Dia saja yang boleh!

Lama Uziel menunggu untuk tangisan Uzair reda. Perlahan dia berjalan menghampiri Uzair sebelum tubuh itu didakap. Tangan kanan naik untuk mengusap belakang Uzair tanda memujuk.

Tangisan Uzair yang baru ingin berhenti kian mengalir saat dirinya dipeluk oleh Uziel. Pelukan Uziel dibalas.

"Don't cry. Hodoh." Uzair tertawa kecil. Pelukan itu dileraikan. Tangan naik mengesat air matanya.

"Jangan bagitahu Uwais. Nanti dia bahan aku." gurau Uzair. Padahal dia risau Uwais cari bekas kekasihnya hingga dapat.

Seorang Uwais Zaidan itu tidak peduli dengan jantina jika ahli keluarganya diganggu. Lelaki mahu perempuan semua dia sebat!

Uziel anggukkan kepala.

Tok tok

Bunyi ketukan membuatkan Uziel dan Uzair menoleh ke arah pintu.

His Hyper Wife [Complete] ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora