Special 1

219 19 0
                                    

Widad memejamkan mata menahan rasa. Suara Heidi yang sejak tadi merengek mula mencabar kesabarannya.

Kisahnya, Heidi Niyaz itu tengah demam. Jadi, Widad telah mengambil cuti kecemasan untuk menjaga anak sulungnya itu.

Sudahlah tengah mengandung. Jaga anak kecil yang sedang demam. Emosi ibu mengandung bersama emosi anak kecil bersatu cukup membuatkan otak Widad rasa nak pecah.

Di mana Uziel? Uziel ada mesyuarat penting di pejabat. Jejaka itu mahu mengambil cuti tetapi dihalang oleh Widad.

Hal ini kerana, mesyuarat kali ini adalah untuk menentukan pembukaan anak syarikat untuk Ukma Sdn.Bhd.

Jadi, kehadiran Uziel sangat diperlukan dalam membuat keputusan serta perbincangan. Sebab itu Widad tidak membenarkan Uziel untuk mengambil cuti.

Tapi, keadaan sekarang cukup membuatkan Widad rasa menyesal.

"Mama, didi wan Abi. (Mama, Heidi nak Abi.)" Heidi Niyaz meletakkan kepalanya di peha Widad.

Mata si kecil tidak henti menghamburkan air mata. Tangan Widad naik mengesat sisa air mata yang sudah kering di pipi Heidi.

"Iya sayang. Abi kan tengah work. Heidi sabar boleh?" Soal Widad lembut. Rambut hitam Heidi diusap kasih.

Belakang telapak tangan diletakkan di dahi Heidi untuk memeriksa suhu badan. Panas, namun tidak terlalu teruk. Cukup membuatkan si kecil itu lemah dan kurang selera makan.

"Mama..." Heidi merengek buat sekian kali. Mukanya disembam ke perut boyot si ibu.

Widad tarik nafas sebentar lalu dihembus. Satu idea menjengah kepala. Namun dia rasa ragu-ragu.

"Jom. Kita jumpa abi." Ujar Widad ringkas. Cukup membuatkan satu senyuman kembali terlakar di wajah si kecil.

"Tapi." Tingkah Heidi Niyaz yang baru ingin bersorak terbantut. Bibir kecil itu memuncung cebik.

"Bagi mama tukar baju dulu boleh? Heidi pun kena tukar baju dulu." Ketawa kecil Widad terletus melihat perubahan wajah Heidi.

"Jom mama!" Tangan si ibu dipimpin sambil mereka menaiki tangga menuju ke bilik.

Maternity dress berwarna hitam menjadi pilihan Widad. Shawl iron less berwarna hitam turut dikenakannya.

Usai itu, baju tshirt milik Heidi yang setona dengan pakaiannya turut diambil dari almari baju si kecil.

Baju itu kemudiannya dipakaikan kepada si kecil yang setia menunggu di atas katil.

"Dah siap! Jom sayang." Kali ini, giliran Widad yang memimpin tangan Heidi menuruni tangga.

Telefon pintar miliknya dikeluarkan untuk memeriksa lokasi grab yang dipesannya tadi.

Disebabkan perutnya yang kian membesar, Widad tidak dapat memandu kereta dengan sendiri. Ketika dia hendak pergi ke kolej, Uziel sendiri yang akan menghantarkannya.

Apabila lokasi grab semakin hampir, barulah Widad keluar dari rumah. Pintu dikunci dengan kemas lalu mereka bergerak masuk ke dalam kereta grab yang baru sahaja tiba.

♡ʕ•ᴥ•ʔ♡

Bangunan tinggi yang gah itu dilihat Widad bersama perasaan gugup.

Jujur, ini kali pertama Widad menjejakkan kaki ke syarikat Encik Ukasyah setelah perkahwinan mereka. 4 tahun. Dan dia tidak pernah langsung datang ke syarikat ini.

Alasannya? Dia kurang gemar dengan suasana pejabat. Bising. Toksik.

Dengan lafaz Bismillah, Widad memimpin tangan Heidi lalu masuk ke dalam bangunan itu.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now