3

373 26 0
                                    

Uziel menatap tajam wajah pelajar itu.

Ini yang dia tak suka kalau bagi taklimat di luar. Status dirinya selalu disoal! Kalau sebelum ini dia tidak kisah sebab belum kahwin.

Tapi sekarang dah lain. Tak nampak ke cincin yang tersarung elok di jarinya itu! Ke buat- buat tak nampak.

"Sit. I'm not gonna talk about my private life." tegas Uziel berkata.

"I'm sorry sir." ucap pelajar itu. Wajahnya bertukar muram.

Pelajar yang lain turut terdiam saat mendengar ujaran dari Uziel. Tiada siapa yang berani mengangkat tangan lagi.

"Can we start?" soal Uziel dan mendapat anggukan dari mereka.

Widad Hafsya tersenyum tipis. Dia dah lali dengan sikap Uziel. She's not bothered by it at all.

Beg laptop yang berada di riba Lais diambil oleh Uziel. Zip dibuka lalu laptopnya dikeluarkan untuk disambungkan dengan projector dewan itu.

"Our topic for today is "How marketing effects the production."

♡ʕ•ᴥ•ʔ♡

Sejam kemudian.

Lais Syabil sudah terlelap di hadapan. Wajahnya diletakkan di atas meja.

Widad pula tekun mencatit segala maklumat yang dibentangkan oleh Uziel sepanjang sesi itu..

"That's all from me. Any questions? And do know that any questions that related to my privacy are not allowed." tekan Uziel. Tak mahu soalan peribadinya yang disoal.

Sunyi. Tiada siapa yang ingin menyoal kerana pembentangan Uziel terlalu lancar dan jelas. Mereka dapat faham dengan baik sekali.

Namun, seorang pelajar lelaki di bahagian belakang mula mengangkat tangan.

"Ermm, I'm sorry sir. This is not related to our briefing earlier. But!" pelajar itu mula menekankan suaranya apabila Uziel ingin mencelah.

"Saya kesian dengan budak tu. Dah setengah jam dia duduk macam tu. Saya risau dia sakit leher. He's still a kid." ketar ketir pelajar itu bersuara.

Uziel menoleh ke belakang. Wajah Lais yang nyenyak tidur itu dilihat sekilas.

"Thank you for that. I'll manage. Anything else?" para pelajar di situ menggelengkan kepala.

"Okey. Awak boleh bersurai." macam cacing kepanasan para pelajar di situ menyimpan barang mereka.

Hanya Widad yang mengambil masa. Dilihat Uziel sedang mengemas bahan pembentangannya tadi. Penuh tangan.

Beg belajarnya digalas sebelum dia melangkah ke arah Uziel. Ingin membantu.

Baru sahaja dia ingin menegur, sudah ada pelajar lain yang memotongnya.

Pelajar perempuan yang sama! Yang tanya tentang status Uziel awal kelas tadi.

"Boleh saya tolong?" pelajar itu cuba beramah. Dia sangat berminat dengan jejaka di hadapannya ini. Handsome and gentle with kids!

No need!" tegas Uziel berkata.

"Tapi tangan sir penuh. Macam mana nak dukung budak tu? Biarlah saya tolong." Anis ataupun pelajar tadi masih tetap ingin membantu.

Widad yang melihat Uziel seperti mahu meletup itu mula mencelah. Kakinya diatur ke arah Lais yang sedang tidur.

"Hey!" Anis memanggil widad garang. Kenapa budak nerd tu menyibuk. Nadanya naik seoktaf membuatkan lena Lais terganggu.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now