9

239 15 0
                                    

Finally, after 3 years! Widad going to have her graduation day!

Disebabkan dia terlalu teruja, sesudah Subuh dia mula bersiap. Dari tudung hingga ke baju. Pastel blue!

Olesan terakhir pada bibir melengkapkan wajah Widad. Wajahnya diperhati dengan teliti supaya tiada kesan comot di mana-mana.

Telefon diambil lalu aplikasi kamera dibuka. Beberapa keping gambar ditangkap untuk dijadikan kenangan.

Sebaik sahaja dia menurunkan telefon, dia terkejut saat melihat pantulan Uziel dari dalam cermin.

"Abang! Terkejut la." ujarnya sambil mengusap dada.

"Beautiful." puji Uziel sepatah. Wajah Widad nampak berseri pagi ini.

"Terima kasih." Widad jadi tersipu malu mendengar pujian itu.

"Baju abang saya dah gosok. Warna biru juga. Tak apa kan?" soal Widad. Tangannya mula dimainkan. Tabiat apabila dia berasa gementar.

"It's fine." balas Uziel membuatkan Widad hela nafas lega.

"Cepat lah siap. Nanti lambat sampai." arah Widad apabila berasa tidak senang duduk dengan pandangan Uziel. Dia malu!

"Abang!" panggil Widad dengan nada geram tatkala Uziel masih belum bergerak dari tempatnya.

Jejaka itu masih tenang bersandar di dinding. Tangan dilipat ke dada. Kening dinaikkan dengan senyuman senget. Mahu mengusik.

"Uziel Zuhaily!" tawa Uziel mula terlepas saat mendengar nada suara Widad yang kedengaran geram.

"Okey, okey." Uziel mengalah apabila melihat wajah Widad yang seperti mahu menangis. Sensitif betul sejak kebelakangan ni.

"Cepat sikit mandi!" laung Widad kepada Uziel yang berada dalam bilik air. Setelah itu, dia mula meletakkan pakaian Uziel di atas katil.

Usai memastikan semuanya lengkap, dia mengambil barangnya lalu dibawa keluar dari dalam bilik. Kaki diatur ke ruang tamu.

Barang-barang itu diletakkan di atas sofa. Kemudiannya dia mula bergerak ke dapur. Ingin menghidangkan sarapan.

♡ʕ•ᴥ•ʔ♡

Nervous! Itu yang dirasakan Widad sejak dia beratur di sebelah pentas. Matanya meliar untuk mencari sosok Uziel.

Senyuman mula terukir sebaik dia menjumpai wajah suaminya. Di sebelah kanan Uziel pula ada mama dan walidnya. 

Matanya kembali beralih ke arah pentas. Gilirannya semakin dekat. 

"Seterusnya, Widad Hafsya binti Wahid." Widad menghela nafas pendek sebelum menaiki pentas. Senyuman ditampalkan ketika menaiki pentas.

Klik. Klik. Bunyi kamera kedengaran sepanjang perjalanannya. Puan Asma juga tidak ketinggalan untuk mengambil gambar anak tunggalnya itu.

Setelah mengambil sijil, Widad kembali mengatur langkah menuruni pentas utama. Dada yang berdegup kencang mulai reda tatkala dia hilang dari perhatian tetamu.


"Tahniah anak mama." ucap Puan Asma seraya memeluh tubuh Widad. Pipi kiri dan kanan anak perempuannya itu turut dikucup.

Mereka berada di luar dewan kerana majlis penyampaian sijil telah selesai. Banyak ahli keluarga yang mengambil gambar di hadapan dewan itu. 

Widad yang menerima kasih sayang dari ibunya mula tersenyum manis. Gembira. Perjuangannya berakhir dengan cemerlang.

Dia masih memikirkan sama ada mahu menyambung ke peringkat Phd atau tidak. Dia perlu berbincang dengan suaminya dahulu. Segala keputusan Uziel akan Widad terima dengan hati yang terbuka.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now