19

196 18 0
                                    

3 bulan kemudian

"Dah wangi dah anak mama." Pipi tembam si kecil digomol bertalu-talu oleh Widad.

"Jom sayang." Beg keperluan Heidi Niyaz digalas dan tubuh kecil itu digendong.

Segala suis ditutup sebelum dia keluar dari rumah.

"Duduk diam-diam ya." Tali pinggang dipasang di car seat Heidi. Diperiksa dua kali untuk memastikan klip itu masuk. Usai itu, Widad terus bergerak ke bahagian pemandu.

"Bismillah." Doa membawa kenderaan dibaca sebelum Widad memulakan perjalanan.

Mereka akan ke rumah Puan Akma untuk menghantar Heidi memandangkan Widad sudah mula bekerja semula. Puan Akma pula dengan besar hati menerima untuk menjaga cucunya itu.

Maklumlah, Lais Syabil sudah masuk sekolah. Hanya Lilia Adwa sahaja yang berada di rumah agam Encik Ukasyah.

Selepas 20 minit perjalanan, mereka tiba juga di rumah Encik Ukasyah. Enjin kereta dibiarkan hidup. Pintu penumpang belakang dibuka untuk mengambil beg Heidi.

Kemudiannya, pintu penumpang depan pula dibuka. Klip keselamatan dibuka lalu tubuh kecil itu diangkat keluar dari car seat. Pintu kereta itu kemudiannya ditutup.

Loceng rumah dibunyikan oleh Widad. Tak sampai seminit, pintu itu sudah dibuka dari dalam.

"Assalamualaikum ibu." Sapa Widad sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam." Jawab Puan Akma dengan wajah yang manis.

"Hai sayang tok ibu." Heidi Niyaz diambil dari Widad. Dikucup sekilas pipi kiri si kecil.

"Widad letak beg dekat sini ya ibu." Beg Heidi yang digalas tadi diletakkan di tepi pintu di dalam rumah.

Puan Akma menganggukkan kepala.

"Bye ibu. Bye sayang." Pipi kanan Puan Akma dikucup bersama dengan dahi si kecil. Lantas itu, Widad terus masuk semula ke dalam kereta.

Perbuatan itu jelas membuatkan Puan Akma tergamam. Terkejut.

Hon dibunyikan sekali bersama tangan yang dilambai.

"Bye mama." Tangan si kecil dilambai ke arah kereta Widad yang sudah meluncur keluar dari perkarangan rumah Encik Ukasyah.

"Jom masuk. Ada kakak Lily." Pintu rumah ditutup. Beg Heidi turut diambilnya.

♡ʕ•ᴥ•ʔ♡

"Itu sahaja untuk kelas kita hari ni. Terima kasih." Ujar Widad bersama senyuman untuk para pelajarnya.

"Thank you, madam!" Suara pelajar-pelajar dalam bilik itu bergema.

Widad ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.

Marker bersama pen disimpan di dalam kotak pensel. Komputer riba miliknya turut dimatikan.

"Puan." Panggil seorang pelajar lelaki.

"Yes, Dalen. Anything?" Soal Widad tanpa menoleh. Tangannya cekap menyimpan barang-barangnya ke dalam beg.

"Heidi datang tak hari ni?" Nada suara Dalen kedengaran teruja.

Masuk harini sudah 3 minggu suami pensyarahnya datang mengambil pensyarahnya bersama anak mereka. Ini pun sebab kereta pensyarahnya itu masuk bengkel.

Dan, seorang Dalen Ong sudah tangkap cintun dengan si kecil itu. Wallpaper lock screen remaja itu juga menggunakan wajah Heidi. Semestinya atas usaha dia membodek Widad untuk sekeping gambar Heidi Niyaz.

His Hyper Wife [Complete] ✓Where stories live. Discover now