Dia tidak tahu nama apatah wajah lelaki itu. Kadang-kadang dia sentiasa mimpi wajah lelaki itu namun hanya samar-samar tapi sempat juga dia ingat kata-kata yang muncul dari mulut lelaki itu sebelum dia terbuai dalam dunianya sendiri.

'My Dahlia Flower'

Itu je yang dia sempat dengar dan akhirnya dia tidak sedarkan yang dia sudah membuat sesuatu yang berdosa bersama lelaki yang dia tidak kenali.

Dahlia berakhir dengan melihat sekeliling bilik VIP itu. Takut ada benda-benda yang tidak tersusun tapi melihat semua tersusun dan kemas jadi Dahlia membuat keputusan ingin keluar dari bilik itu.

Namun langkahnya terhenti apabila dia merasakan ada sesuatu yang berada di belakangnya dengan nafas yang hangat bermain pada lehernya itu walaupun jauh tapi cukup dia boleh merasa nafas hangat itu.

Tambahan pula, bau itu membuat dia terfikir. Dia pernah bau minyak wangi itu tapi dimana. Jap takkan lelaki yang tidur dengannya beberapa bulan lepas itu berada di belakangnya sekarang.

"Yes, it's me...angel" bisik Xavier pada telinga Dahlia yang sudah merah.

Dahlia dengan laju berpaling menghadap Xavier itu sehinggakan hidungnya bersentuh pada dada bidang lelaki itu berlapik baju T-shirt hitam itu.

Baru sahaja dia ingin menjauhi dari lelaki itu namun Xavier dengan cepat memeluk Dahlia dengan erat seperti tidak mahu lepaskan Dahlia.

Lebih kurang beberapa saat Dahlia berasa leka apabila menghidu haruman minyak wangi lelaki itu. Dia tersedar yang bahawa mereka berdua bukan mahram.

"Lepaskan saya, encik. Kita bukan mahram" kata Dahlia yang cuba merenggangkan pelukan itu.

Xavier akhirnya melepaskan dakapan itu lalu menatap mata sea green eyes. Baru sekarang dia sempat melihat mata sebenar Dahlia itu dengan lebih jelas. Mata itu membuat dia tertarik dengan Dahlia itu.

"Encik boleh lah guna bilik ni. Saya keluar dulu ye" Dahliaahu keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu duduk berdua-duaan dengan lelaki apabila teringat kisah silamnya yang baru itu. Cukup lah dia dah trauma dengan itu.

Namun baru sahaja dia melepasi dari susuk Xavier itu langkahnya terhenti gerangan Xavier yang memegang tangannya tanpa berlapik. Dahlia cuba menarik tangannya yang dipegang itu namun apa kan daya dengan kudratnya yang lemah itu tidak mampu berlawan dengan lelaki dihadapannya sekarang.

"Duduk. Aku nak cakap something dengan kau" arah Xavier dengan nada yang lembut untuk menenangkan Dahlia. Dia lalu melepaskan pegangan itu apabila merasa getaran dari tangan Dahlia lalu melabuhkan punggungnya di birai katil kerana tiada sofa di dalam bilik itu.

"Takpe lah encik, lagipun saya ada kerja lagi ni" ujar Dahlia. Ingin saja dia mahu lari dari bilik itu tapi dia harus hormatkan pelanggan di situ agar tidak dimarahi oleh Puan Aira lagi.

"Don't make me repeat my words" tegas Xavier menyilang tangan pada dadanya sambil mata memandang tajam pada Dahlia yang tidak mahu mendengar arahannya.

"Tapiii...."

"Aku dah bayar kau so kau kena ada dengan aku" sinis Xavier.

Dahlia akhirnya melabuhkan punggung di hujung katil cukup lah dia menjaga jaraknya antara Xavier itu. Tapi apabila dia duduk di katil itu kejadian itu membuatkan dia teringat kembali tambah pula dengan badannya yang mula menggigil kecil. Sejuk campur dengan takut.

Xavier membuat jaket yang dipakai olehnya lantas meletakkan pada atas bahu Dahlia apabila melihat Dahlia yang menahan sejuk di bilik itu.

Dahlia tersentak dengan tindakan Xavier itu tapi dia terima sajalah pemberian apabila melihat pandangan yang tajam oleh Xavier itu.

"Encik nak apa dari saya dan tolong jangan apa-apa kan saya" getus Dahlia menunduk ke bawah sambil kaki bergoyang-goyang di awanan. Kenapa. Sebab kakinya terlalu pendek dan tambah pula katil ini tinggi baginya.

"I want you, Angel" guman Xavier dengan nada yang berbisik cukup lah hanya dia yang mendengar itu sambil melihat gerak-geri Dahlia itu. Cute.

"Kau just duduk je berehat dekat sini. Jangan risau aku takkan apa-apakan. Aku akan duduk pada kerusi itu" arah Xavier yang menginginkan Dahlia berehat.

"Ta-"

"No excuse just do my command" tegas Xavier berlalu bangun dan duduk di satu kerusi yang berada di hujung meja kecil itu. Lalu dia menyeluk seluar slacknya mengambil telefonnya dan matanya mula fokus pada telefon itu.

Dahlia akhirnya angkur sahaja arahan Xavier. Dia tidak kenal lelaki itu. Lantas dia membaringkan dirinya pada katil yang bersaiz king itu kerana dia berasa mengantuk.

Ya, sejak dia mengandung dia selalu ingin saja tidur tapi gerangan dia bekerja pada malam dan balik pada pagi jadi sukar lah dia ingin tidur. Kadang-kadang tu ada juga dia terlelap di kaunter minuman itu tapi selamat Reya yang menegurnya kalau Puan Aira nahas dia kena marah pula.

Setelah beberapa saat dia akhirnya terbuai dalam mimpi yang indah itu dan tidak sedar bahawa Xavier sebenarnya hanya memerhati gerakannya dari tadi. Telefon itu hanya taktiknya agar Dahlia berasa semasa dan tidak segan dengannya.

Xavier bangun lantas melangkah ke arah Dahlia yang nyenyak tidur itu lalu dia menarik selimut yang berada dibawah kaki Dahlia dan dibawa naik sehingga menutupi bahu Dahlia yang dalam kesejukan itu.

"Cute" gumannya melihat Dahlia yang tidur seperti bayi yang baru terlahir itu. Mesti anak mereka akan bertambah cantik dan handsome nanti.

"Rehat secukupnya, angel. Nanti aku datang lagi ye. I love you my Dahlia" bisik Xavier lalu mencium dahi Dahlia itu.

Lalu Xavier berlalu pergi meninggalkan Dahlia yang terbuai mimpi. Sempat dia mengerling pada Dahlia lalu menutupi pintu bilik VIP itu dengan perlahan itu agar Dahlia tidak terjaga.







jangan lupa vote and share

My Dahlia [SS] | OGWhere stories live. Discover now