2 tahun kemudian...

"Adeeb makan lah jom. Jangan lah merajuk dengan babah." pujuk Zarith. Dia mahu menyuap nasi tetapi anaknya merajuk. Taktahu apa yang dirajukkan oleh budak ketot ni.

Adeeb memandang kearah babahnya. "Babah kalau nak ela ambing oleh?" soalnya dengan pelat. Berkerut dahi Zarith.

Bela? Kambing? Bela kambing? Dejavu~

Zarith meletakkan nasi yang ditangannya semula didalam pinggan. Dia menatap wajah anak bujangnya itu.

"Allah siapa ajar Adeeb ni? Mama ke hm? Mesti dulu mama nak bela tapi tak boleh. Sekarang mama suruh Adeeb mintak nak bela, ingat babah taktahu ke? No no tak boleh, cakap dengan mama tak boleh." kata Zarith.

Ya dia tahu ini angkara si isteri. Dulukan dia mengidam mahu bela kambing tetapi tidak boleh, jadi sekarang dah ada Adeeb dia suruh pula Adeeb yang mintakkan. Bijakkan seorang Areysa Medina?

"Cakap dengan mama, babah tak kasik bela kambing. Kalau mama nak juga, meh sini babah ngandungkan mama lagi." bebel Zarith pada anaknya. Manakala Adeeb sudah terkebil-kebil memandang babahnya.

Kau fikir apa Zarith? Ingat anak kau ni faham ke? Adoi.

"Dah sekarang ni Adeeb makan dulu." suruh Zarith. Adeeb nak taknak kena makan juga. Sebab perut dia dah lapar!

Dia bangun je dari tidur tengok ada babah je, mama sudah pergi shopping dengan aunty Fin. Beli barang baby untuk anak aunty Fin yang ke 3.

Adeeb membuka mulutnya. Zarith tersenyum. "Good boy, macam ni lah anak babah. Nanti babah belanja Adeeb toys nak?"

Laju sahaja Adeeb menganggukkan kepalanya dan tersenyum. "Kalau nak toys, kena makan. Sian Adeeb kena tinggal dengan mama. Takpe, nanti kita pergi healing tinggalkan mama tau." tutur Zarith sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut Adeeb.

Zarith mencubit lembut pipi anaknya. Memang copy paste pipi Areysa. Pipi jelah ikut si Areysa, yang lain ikut Zarith.

Jadi takyah buat DNA memang dah tahu anak Zarith. Haha.

Zarith mencari dimana keberadaan anaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zarith mencari dimana keberadaan anaknya. Ya anaknya buat hal pula masa mahu mandi. Memang ada masanya kot anaknya meragam tak mahu mandi.

"Adeeb Zahran! Jom mandi! Nanti kalau tak mandi, mama balik, mama bising tau!"

"Nanti bisingnya bukan dekat awak, tapi babah." beritahu Zarith lagi.

Ya, Areysa memang suka salahkan dirinya sekarang. Sekarang Areysa pun dah jadi mummy singa. Salah sikit je, mengaum satu rumah.

Zarith berjalan kearah ruang tamu apabila dia mendengarkan ada suara. Dia menggelengkan kepalanya sahaja.

Dia melihat Adeeb yang sedang menonton cartoon tanpa memakai baju.

Sebenarnya tadi time Zarith sudah membuka baju si budak ketot tu, dia ada panggilan jadi dia tinggalkan lah si ketot ni kejap. Bila dah habis call dia datang balik, ketotnya hilang.

MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now