Jika diberi peluang untuk kembali akan masa lalu
Adakah masih ingin dihempas perit dahulu
Atau sudah siap menyambut pedih yang sama
Dek rindu hati akan kenangan lama
Tidak pernahkah serik wujud nya dia bagai mimpi ngeri
Mengapa masih menganggap dia sang puteri
Sehabis hati kau hancur dibuatnya
Terlalu taksub sehingga sudi dimamah racun menelan duri
Semudah helaan nafas diganti hembus
Begitu juga engkau diganti terus
Lelaki hebat sudah muncul buatnya
Sedangkan engkau masih mohon dibuai mimpi yang sama
Sedar diri
Jika benar dia sang puteri
Kau hanya hamba abdi
Darjat tidak sama
Citarasa bukan engkau orangnya.
-shah
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...