Tumpul,
Merobek kejam dengan perlahan-lahan
Menembus pembuluh darah tanpa henti-henti
Menyiat isi sungguh-sungguh.
Salah aku.
Yang tak asah, itu aku.
Yang penyebab, itu aku.
Yang meraung, itu aku.
Yang menyalahkan, itu aku.
Yang menipu Tuhan juga aku.
Tuhan tahu biarpun tanpa mengaku,
Itu pasal dia menunda ketenangan
sebelum benar-benar jujur dan ikhlas membenarkan.
ﺵ -
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...