Dalam gelap gelitanya malam, bintang masih setia menemani bulan. Bait-bait puisi disusun merungkap akan sketsa cinta manusia. Tanpa sedar cinta itu terlalu berkuasa hingga membodohkan yang cerdik, membutakan yang celik. Sekalipun diheret luka perit cinta. Memberi trauma meracun segenap jiwa. Namun, masih ada bebenang harapan diminta untuk kembali semula, masih berangan untuk terikat semula tanpa sedar tali sudah teruarai dek kecewa. Lelah akan silam jasad benafas tetapi jiwa mati. Berpaling kebelakang masih tidak terima akan takdir, paksaan realiti jiwanya meronta. Memohon dia pergi malah masih dihantui bayangnya.
Maka terwujudlah tulisan sederhana ini menukilkan tentang patah dan memujuk untuk tumbuh bertemankan secebis harapan yang tinggal.
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...