Pada gantung yang bersumpah,
Tiada landasan yang mengharamkan kecewa,
kecuali yang sejati berjunjung hakiki.
Setengah mati yang merungkai,
Sepai jua cepisan teka-teki,
Oleh gantung yang belum bersimpul mati.
Demikian itu, silakan taut pada yang berhak
Selagi wujud. Nikmati.
Selagi tidak?
Bersayap iman dan jihad.
Tetaplah terbang seperti burung.
Bergantung benar, menuju langit lepas demi hari berikutnya.
Biar bila mana berakhir selari hendak atau tidak,
Pasti teduh bertoleh tenang
Pabila izin coretan hambar menggambar sempurna
Maka, terlakarlah lukisan takdir agung nan indahnya luarbiasa,
Seindah seluas semesta tak terjangkau akal manusia.
ﺵ -
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...