Meja Akhir

13 0 0
                                    

Mana kau pilih?

Berjalan bawah sedar bahawa itu meja akhir,

Atau menjalani tanpa sedar rupanya itu meja akhir.


Nampaknya,

Beberapa pekan alih-alih bersayap memori,

Dari dua tiga dah jadi satu,

Meja-meja kosong dah kian jadi bukti,

Dah lama dah, dan tak lama dah, kita sama-sama.

Kalaupun kata nanti banyakkan balik masih diizin,

Tetap sampai jua waktu, kata nanti terpaksa putus.


Langkah-langkah ke depan,

Adalah misteri, debar dan teruja yang dialukan,

Namun, jika dipandang seberang,

Ada sesuatu yang harus ditinggalkan.

Sesuatu yang akan kita kenang.


Macam meja yang selalu dengarkan luah dan redakan lelah,

Walau seringkas itu, akan aku kenang.

Kerana mereka yang ditakdir duduk keliling meja itu,

Bukan orang biasa-biasa; tuhan yang pilih.


Biarpun masa dah hampir tiba, anggaplah

Tuhan bawa kita jalan-jalan,

Tuhan bawa kita kenal-kenal.

Kerana seluruh itu, hanya setuduh dari sebuah tujuan manusia.


Usah diresah, usah ditangis; biarlah dirai,

Agar kita tak sia-sia dengan masa yang berbaki.

Ikhlaskan saat itu tiba, menjadi syarat bertemu kembali.

Harapnya.

- ﺵ

Seusai Senja Engkau PergiWhere stories live. Discover now