Romantis

14 1 0
                                    

Tuhan,

Hanya Tuhan.


Yang manusia sering palaukan apa pada sedar yang belum kunjung 

Atau asa yang kian putus

Atau sombong pada gah.


Biarpun begitu, 

Tuhan paling romantis.


Dialah juga,

Yang mencintai tanpa syarat,

Yang memberi tanpa minta,

Yang melindung tanpa sedar,

Yang merindu tanpa batas.

Yang cemburu paling kuat.


Yang wujudnya paling dekat.

Yang mendengar paling tulus,

Yang mengetahui paling dalam,

Yang menatapmu paling setia,

Yang ingatmu paling peka.

Yang menciptakanmu kerana cinta.


Walaupun tak bersua kecuali di syurga,

Semoga namamu terpilih jua.


Buat bertemu Dia yang selama ini kau niat akan nama-Nya.

    - ﺵ

Seusai Senja Engkau PergiWhere stories live. Discover now