Pagi yang diragut renyai,
Bukanlah kejam meragut tenang walaupun hangatnya tak menyelimut,
Bawah mega mendung yang mengajuk celaru,
Tidaklah kejam mencemuh lemah tapi jadi dakap sedia berkawan.
Cuba ditenangkan dengan merdu puji-pujian yang layak mendayu,
Cuba diselaras tebing waras yang meruntuh.
Kisah seorang manusia yang sedang ditakluk makluk asing,
Dijajah minda & jiwa yang baru merasa merdeka.
Dirantai dengan khayal bergagas,
Dikurung dalam ruang kelabu,
Juga digari keterbatasan dan ketidakpastian.
Bertengkar pula sama data; rasa.
Pada logik punya pembuktian yang petah bidas,
Tapi jiwa tak akan berani yakin sepenuh-penuh.
Oleh yang demikian,
Berdamailah jua mereka pada gantung yang sama.
ﺵ -
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...