3: Tidak berjodoh

Start from the beginning
                                    

Beg darah turut disambungkan ke iv drip oleh Fiena. Jasmine segera bersuara mengkhabarkan, "tekanan darah stabil."

Pesakit terlepas dari saat kritikal. Syafa pun bersuara, "buat angiorafi. Bersihkan dan buat tu." Tiub kecil kateter dimasukkan. Pewarna masuk melalui kateter untuk pengimejan x-ray.

"Laporan akhir, aneurisme arteri hepatif," ujar Syafa. Doktor yang menulis laporan sepanjang pembedahan mencatit.

Sebulan kemudian,
Kem Sungai Udang, Melaka

Usai menyempurnakan tugas, masing-masing berborak rancak.

"Sebulan ujian pemilihan, tiga hari saja kita bercuti. Tak puas aku nak gomoi baby aku." Emir meluahkan sedikit rasa kesal.

"Tuan!" Pelatih yang bertembung Emir yang berpangkat Sarjan itu menegur. Emir membalas dengan anggukan. Emir, call sign: Gagak.

Brandon segera membalas, "yeah untunglah... anak aku.. dedua takut nampak bapak dia." Brandon dan Edward, Dua lelaki berpangkat Staf Sarjan itu masing-masing mengangguk bersetuju. Brandon call sign: Tiger. Edward call sign: Jerung.

"Kau... dua Jerung, aku tiga-tiga ignore bapak sendiri." Brandon turut berkongsi rasa. Sudah menjadi sesi bapak-bapak separuh usia meluahkan isi hati. Padahal masing-masing berumur dalam lingkungan 20-an.

Tika itulah Edward mengulum senyuman menemui akal untuk mengenakan ketua mereka.

"Yeah, kau tiga. Aku dua,  Gagak satu. Zero tu lima dah. Ketua kita tu... Bunga pun tak mekar-mekar lagi." Brandon dan Emir bantai ketawa besar dengan kata Edward.

"Eh, eh.. aku tak terlibat!" Firash mengelak dari cuba menyakiti sesama kamu. Malaikat Atid sedang mencatat di sebelah. Leftenen muda, call sign: Zero memilih untuk tidak ikut campur.

"Mekar apanya Jerung. Tumbuh pun tidak. Baru nak try awek. Sebulan sudah kena panggil latihan. Aku memang ditakdirkan bujang selamanya kut." Aqil berpangkat Leftenan, call sign: Cobra turut berkongsi isi hati.

"Usahalah bruh. Tak ada perempuan yang dipos sampai depan rumah. Usaha, doa, tawakkal."

Kata-kata Zero itu disokong.

"Syafa apa cerita?" tambah lelaki itu

Syafa?

Aqil terus menukar plan destinasinya sebelum ke Mahkota Charity. Ada bunga perlu dipetik di taman .

Aqil masuk ke lobi dengan langkah kemas disusun satu persatu. Kasut bootnya menjadi latar bunyi menyatu lantai. Tap! Tap! Berpakaian jacket denim hitam dipandankan jean biru muda berlubang sana sini membuatkan Aqil menjadi tumpuan seorang mak cik. Ruangan lobi dlihat lenggang dek berikutan kes covid-19 yang belum sifar sepenuhnya.

"Samseng mana pulak tu?" bisiknya.  Tetapi masih jelas pada pendengaran Aqil. Kaca mata ditanggalkan.

"Noh, Rokiah... tanjat kite." Hampir pengsan makcik cleaner itu melihat  muka baby face Aqil. Anak kelahiran Taming Sari itu dilahirkan pada tahun 93, bertarikh 30 Disember.

"Boleh buat menantu... hensem," puji Makcik tersebut. Aqil berdehem bersuara sopan membalas, "sorry kak, tengok isteri bersalin kejap." Terkubur hasrat mak cik tadi. Lega Aqil, lalu kaunter dihampiri.

"Maaf cik, tapi boleh saya nak jumpa Doktor Syafa?" Aqil tersenyum. Nama itu masih kekal segar dalam ingatan walau hampir sebulan lamanya berpisah. Wajah wanita itu sering bertamu dalam kotak ingatannya. Aqil sering memandang bulan dan bertanya, "apa dia tengah buat agaknya sekarang?" Aqil menampar pipinya cuba menyedarkan. Zina hati!

Kembali ke alam sedar, wanita itu membalas disebalik mask biru. "Encik ada buat temu janji ke?"

"Belum... boleh aturkan satu?" Wanita itu mengangguk faham mendengarkan kata Aqil. Satu panggilan disambungkan ke bahagian kecemasan. Sementara itu Aqil mengambil peluang menatap sekeliling. Besar dan mewah juga hospital private itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Sebaik talian diputuskan wanita berkacukan Chinese-America itu menegur, "maaf encik. Cik Syafa tak ada sekarang. Dia ambil emergency medical leave."

Raut wajah Aqil berubah. Dia bertanya, "boleh saya tahu atas urusan apa? Bila dia akan kembali?"

"Maaf, kami tak boleh kongsi maklumat lebih lanjut. Encik boleh jumpa dia lain hari atau hubungi rakan terdekatnya."

Lelaki itu terus berubah hampa. Aqil menghela nafas berat.

"Apa kita tidak berjodoh?"

Tbc...

COBRA: SPECIAL FORCE [OG]Where stories live. Discover now