• 34 | BYD •

52 8 12
                                    

"Who's Rauf?" terus menerus dia menggesa Haura dengan soalan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Who's Rauf?" terus menerus dia menggesa Haura dengan soalan itu. Haura sudah naik rimas dengannya tapi mulut tetap juga membisu.

"Kenapa kau susah sangat nak cerita dekat aku? Rahsia sangat ke tentang lelaki tu?" soal Erdyna lagi. Menghempap tubuh ke katil. Haura sedang membuka tudung sekaligus purdah di hadapan meja cermin.

Kedua matanya mengecil merenung tajam. "Aku tengah tanya kau ni, Esha!" Suka sangat buat-buat tak dengar. Pekak betul nanti tahulah dia.

Haura mengeluh panjang seraya menggantung tudungnya di kerusi. Merenung cermin yang memantulkan wajahnya. "Kawan childhood aku. Nenda yang suruh aku kawan dengan dia. Aku tak tahu kenapa. Tua setahun. Baik. Dah bertahun tak jumpa dia. Dan aku hampir lupa aku pernah kawan dengan dia. Mak ayah dia ada syarikat besar dan mereka selalu tolong keluarga aku dulu dalam hal-hal perniagaan. Sebab itulah keluarga aku rapat dengan keluarga dia." jawabnya mendatar. Ringkas dan kurang padat. Haura membawa langkah kearah katil. Baring bersebelahan Erdyna.

"Hah?" Mulutnya melopong, mata berkerdip beberapa kali. "Nyembang apa kau ni?"

Anak mata Haura memutar keatas. "Tadi kau suruh aku cerita pasal Rauf, aku cerita lah."

Erdyna terus bangun dari pembaringan. Duduk bersila menghadap Haura. "Okay..okay.. Jadi kau memang dah lama kenal dengan Rauf lah?"

"Yes." Wajah tak berperasaan.

"Tapi kau dah lama tak jumpa dia?"

"Yes."

"And suddenly your lovely grandmother beritahu kau esok Rauf dan keluarga datang and she is remind you not to 'terkejut' dengan tetamu esok?" terangkat kedua-dua belah keningnya.

"Yes.." Haura merenung siling. Sudah itu fakta.

"Girl, kau tak rasa suspicious ke, relax betul aku tengok. Kalau aku jadi kau, aku dah debar-debar dan curious gila nak mati tak boleh tidur sampai esok. Especially, bila nenda betul-betul fokuskan dekat kau. Then, aku of course risau. Iya lah mana tau esok tu tiba-tiba dia dengan family bawa dulang ke kan, nak tunang. Eh orang arab ada dulang hantaran ke? Ah nantak situ. Tapi yang aku tahu aku akan risau. Ini pula bila jadi kat kau. Dah lah kau tu dah 'ada'." Erdyna sudah membebel dan beri pendapat tak bertauliah dia. Haah. Dia ni kalau bab membebel memang layak dapat piala juara. Lagi-lagi bebel dekat Haura.

Sedari tadi, Haura sudah menekup telinga dan wajahnya dengan bantal. Bantal kecil yang ada di atas katil tadi Haura ambil lalu tekup telinganya kuat-kuat, walaupun dia tahu tak ada gunanya dia buat begitu tapi apakan daya, itu je termampu.

Pantas tangan Erdyna merampas kedua-dua bantal itu. Automatik Haura mendengus dan cemberut. "Kau dengar kan, Esha?"

"Orang kurang upaya yang pekak pun boleh sembuh lah dengar suara kalah microphone kau." Dia duduk lalu rambut yang serabai dibetulkan. Wajah tetap cemberut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now