• 13 | 𝐁𝐘𝐃 •

226 36 7
                                    

📍MAJLIS KESYUKURAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍MAJLIS KESYUKURAN

Terdapat tiga buah khemah putih yang berada di luar kawasan Villa Ridheeya.

Tetamu yang hadir pada hari ini juga tersangatlah ramai. Padat rumah agam itu dengan tetamu-tetamu Ridhwan dan Hadeeya.

Mana tidaknya, kuantiti yang dijemput pun hampir 500 orang tidak termasuk ahli keluarga.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga Ridhwan yang berasal daripada tanah Arab. Mereka juga turut dijemput dan hampir keseluruhnya hadir.

Semua orang tidak sabar untuk meraikan majlis kesyukuran buat Haura.

Selesai bacaan doa dan ucapan dari pihak keluarga tadi, semua tetamu yang hadir terus mengambil makanan yang diingini dan terus menjamunya.

"Hayden, princess awak berdua mana? Tadi katanya nak naik ke bilik sekejap. Tapi dah nak 10 minit ni tak turun turun pun." Hadeeya menegur dua orang anak lelaki kembarnya yang sedang menyusun bekas buah tembikai di atas meja tetamu.

Mudah kerja nya memanggil dua orang dengan satu nama. Ialah, kedua-dua anak kembarnya itu memiliki nama 'Hayden' dihadapan. Yang pertama Hayden Ar-Raees yang kedua Hayden Ar-Raeed.

Ha kan mudah? Panggil 'Hayden' sahaja. Kedua-dua empunya nama itu pun menyahut.

"Eh? Haah lah bonda, Ees pun tak nampak ByCha." Anak mata biru mudanya melilau mencari susuk tubuh si adik.

"Tadi Eed ada pergi ke bilik ByCha. Dia masih di dalam tandas. Kejap lagi turun lah tu." Lincah tangan Raeed mengelap meja panjang itu.

"Oouh." serentak itu, bonda dan Raees juga mengganguk-angguk beberapa kali.

"OH MAK KAU ABI KAWIN EMPAT!" latah Raees.

Terkejut beruk dia apabila ada yang mencuit pinggangnya daripada tepi.

Sudahlah dia sejenis yang geli-geleman, inikan pula ada yang menggeletek nya secara mengejut. Hilang terus sifat kelakiannya. Heh!

"pfft- HAHAHAHAH." terbahak-bahak Haura ketawa.

Nasib baik tiada orang lain di sekelilingnya. Tidak sangka abang seorang nya ini akan terkejut dan melatah panjang sebegitu apabila dicuit. Dah macam mak nenek!

Bertambah senak perutnya apabila abangnya melatah 'abi kahwin empat'.

'Aih entah apa lah abang aku ni, ada pula dia kata abi kawin lagi? Abi setia okay! Mana boleh kawin lain.' monolog Haura sendiri dari dalam hati. Masih terkekek-kekek mentertawakan abangnya.

"Amboi-amboi Ees, abi kahwin empat pula yang dimelatahnya? Nak kena dia ni." bonda menghadiahkan pukulan terikhlas pada lengan sasa Raees.

Raeed yang berada di sebelah Raees hanya tersengih lucu sahaja gelagat mereka.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now