• 15 | BYD •

221 22 2
                                    


"Aku rasa aku tahu sebabnya

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"Aku rasa aku tahu sebabnya." ujar Raeed sebelum menghirup air teh hijaunya. Basahkan tekak dahulu sebelum memberi jawapan buat dua ketul lelaki dihadapannya ini. Anak mata biru mudanya dilarikan ke wajah Nuhaan.

Nuhaan memandangnya dengan penuh minat untuk mendengar dia menyambung bicara.

"Waktu hari ihtifal madrasah hari tu. Kau ada beberapa kali terserempak dengan Raeesha kan?"

Nuhaan mengangguk sekali "Ada lah juga beberapa kali. Tapi ada kena mengena ke?"

"Dan pada hari yang sama. Aku dan Ees ada kenalkan kau pada dia." jawab Raeed tanpa menjawab pertanyaan Nuhaan.

Meluas sesaat mata Nuhaan ketika mendengar jawapan Raeed.

Tak sangka mereka dahulu sudah perkenalkan dirinya kepada gadis itu.

Tidaklah pula dia mahu memotong cerita Raeed. Hanya diam sahaja dan setia menunggu sambungan.

"Pada awalnya, macam biasalah Raeesha memang tak suka dengar cerita tentang lelaki. Tapi sehinggalah aku beritahu dia yang kau adalah lelaki yang sama dia jumpa, sewaktu di dewan madrasah."

"Daripada situ, dia tiba-tiba terkedu and terus berminat pula nak tahu kau siapa." panjang lebar Raeed membuka tirai.

Tidaklah panjang sangat sebenarnya. Tapi baginya, itu sudah cukup memadai untuk memahamkan si Nuhaan ini.

"Berminat. Kenapa kau kata dia berminat pula?" Terangkat kening sebelahnya. Terasa seperti banyak sungguh yang disoalnya kali ini.

Tapi apakan daya, rasa ingin tahu dalam diri dia terlalu tinggi.

"Bagi aku lah kan. Tentang dia berminat tu memang ada. Tapi lebih kepada rasa curious. Betul tak Eed?" Raees menyiku lengan kembarnya.

"Yup. Dan rasa tertanya-tanya tu kadang-kadang berawal daripada perasaan yang ada dalam hati dia." Raeed mendatar.

"Dan perasaan tu hanya dia sahaja yang tahu." Raees menangguk-angguk setuju dengan apa yang di katakannya.

'Huh betul-betul kembar ni. Akal fikiran pun hampir sama aje.' bisik Nuhaan dalam hati.

"Memanglah betul-betul takkan lah palsu-palsu pula." tiba-tiba Raeed membalas. Senyum segaris.

Nasib tidak terteleng sahaja kepala Nuhaan apabila dia berpaling pada wajah Raeed disebelah.

"Kau tahu apa yang aku fikir? Ke aku ada bercakap guna mulut tadi?" Aku rasa aku cakap dalam hati je. Penuh tanda tanya riak wajahnya.

Raeed tertawa kecil. Jelas terlihat gigi putihnya yang tersusun elok.

"Tiadalah. Aku teka saja. Yalah, aku tengok muka kau tu dah macam kagum betul tapi bercampur dengan prasangka."

Nuhaan menggeleng sekali. "Dah macam Qadr yang dapat baca isi hati Lai je." katanya sebelum kembali mengunyah keropok yang entah dari mana di rembatnya.

"Hah? Qadr, Lai? Apa benda kau cakap ni." Raees mencelah. Apa benda pula mamat ni merepek. Tiba-tiba aje disebutnya nama Qadr dan Lai.

"Oh, nothing. Aku teringat novel kat rumah." Tersengih-sengih Nuhaan. Entah apa didalam otaknya.

Terangkat kening Raeed "Kau pun layan novel rupanya?" Raeed menghulur balang biskut red velvet kepada Nuhaan sambil menyoal.

Nuhaan tidak menolak malah lantas mengambil satu.

Dia mengangguk. "Aku memang suka membaca." tersenyum tipis.

"Wah, kuat betul jodoh kau dengan adik aku ni." kata Raees sebelum selamba merampas balang biskut tadi daripada tangan Raeed.

Raeed menjeling tajam.

Malas nak gaduh. Lagipun dia sudah mengasingkan semangkuk untuk dirinya sendiri.

"Kenapa pula kau cakap macam tu?"

"Sebab Raeesha pun suka membaca. Tambah lagi novel." Raeed yang membalas.

"Kalau kau nak tahu. Dalam bilik Raeesha tu dah macam mini library bukannya bilik tidur. Kiri kanan ada buku." Raees mencebik. Tak tahulah apa yang seronok sangat membaca. Baik main gym.

Terletus tawa kecil Nuhaan. Tak sangka minatnya dan gadis yang dikaguminya sama.

Tiba-tiba telefon yang berada didalam poket Nuhaan berdering kuat.

Cepat-cepat dia selukkan tangan lalu mengambil telefon pintar itu. Sempat dia mengerling nama yang tertera di screen telefon sebelum punat hijau di ketik lalu di lekap ke telinga.

"Assalamualaikum, encik Nuhaan. Majlis di sini sudah tamat. Saya pulang dahulu ya." kata si pemanggil.

"Waalaikumussalam. Baik. Hati-hati, Sue. Nanti jangan lupa masukkan gambar kedalam pendrive yang saya bagi semalam."

"Baik. Petang ini juga saya buat." balas pemanggil yang Nuhaan menggelarkannya, Sue.

"Tapi bila dah selesai nanti, jangan terus beri pada Puan Hadeeya. Beri saya dulu. Saya nak cek apa yang patut."

"Baik encik."

"Baik, assalamualaikum." Nuhaan terus mematikan panggilan tanpa menunggu Sue menjawab salamnya.

Selepas beberapa saat jari jemari Nuhaan lincah berlari-lari diatas screen telefon itu, akhirnya dia meletakkan semula telefon pintar berkamera tiga di sisi.

"Siapa call?" soal Raees. Busy body.

"Staff."

"Yang photographer perempuan tadi tu ke?" Raees memandang Nuhaan. Nuhaan juga menyambut pandangannya.

"Ya. Pekerja perempuan pertama yang aku terima."

Raees mengangguk-angguk dengan mulutnya yang berbentuk 'o'.

"She looks matured." respon Raeed tiba-tiba.

"Memang. Dia tua dua tahun daripada kau berdua."

"Kenapa kau ambil yang tua-tua? Dah pupus ke yang muda-muda?"

"Tiadalah. Aku tak kisah pun tua atau muda. Janji boleh buat kerja."

"Tapi kadang-kadang yang muda suka ambil kesempatan. Lagipun Sue tu dah bernikah." keras suara Nuhaan.

Teringatkan dia dahulu mempunyai seorang pekerja perempuan yang muda darinya. Dan perempuan itu lama-kelamaan, seakan mahu mengorat dan menggodanya lalu mengambil kesempatan.

Jadi daripada situ, dia tidak lagi mengambil pekerja perempuan muda. Serik.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 حيث تعيش القصص. اكتشف الآن