• 27 | 𝐁𝐘𝐃 •

274 23 1
                                    

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

.
.
.

'Buk'

Kepala yang terhantuk pada tingkap kereta membuatkan dia terjaga dari tidur. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata. Cuba mencerna cahaya yang menembusi kornea mata.

"Allah..​Sakitnya." tangan naik mengusap kepala yang berlapikkan tudung. Nasib tak terhantuk kuat. Kalau tidak, tak pasal pasal tumbuh seketul makhluk bulat yang bernama benjol.

Dahinya berkerut aneh. Terasa sudah lama benar dia dalam kereta. Kenapa tak sampai-sampai rumah lagi ni? Kalau tak salah, dari pasaraya ke rumah, tidaklah jauh mana. Lebih kurang sepuluh minit sahaja. Tapi ini rasanya sudah lebih lima belas minit.

Dihalakan pandangan kehadapan, tambah berkerut dia. Jalan raya yang kurang familiar. Ini bukan jalan untuk pulang ke rumah.

"Kita nak pergi mana ni?" disentuh bahu Raeed.

Raeed mengerling kesebelah. "The Candra Studio."

"Apa tu?"

"Studio lah. Bangunan kedai biasa."

Haura mengumam seraya mengangguk kecil.

"Nak buat apa kat sana? Jauh lagi ke?"
Dia sudah bosan duduk dalam kereta lama-lama. Mengantuk pula tu. Tinggal dalam ruang pendingin hawa dengan jangka masa yang lama ini, dapat menjadikan dia sesak. Mahu buka tingkap, hujan pula.

"Ambil album. Nak sampai dah, ByCha. Depan tu je." Raeed menghalakan pandangan kearah sebuah kedai yang tergantung signboard besar yang di tulis 'THE CANDRA STUDIO'.

Kereta langsung diparkir berdekatan dengan kedai itu.

"Ees keluar dulu." lantas Raees keluar dari perut kereta meninggalkan kembar dan adiknya. Apa yang mahu dikejarkan sangat pun tak tahu lah.

"ByCha nak keluar sekali?"

"Boleh juga."

Raeed langsung mematikan enjin kereta. "Jom."

Raeed dan Haura berjalan bersebelahan. Tiba di hadapan pintu kaca studio, langkah mereka terus dibawa masuk.

Angin sejuk yang hadir dari penyaman udara dari dalam ruang studio itu sangat memberi kenyamanan pada manusia yang baru hendak melangkah masuk itu. Bibir Haura automatik tersenyum dek bau semerbak haruman kasturi putih. Mereka bertiga mengambil tempat di atas sofa panjang berwarna krim.

Kening cantik Haura serta merta terjungkit tinggi. Mulut juga sudah melopong tika melihat ruangan dalam studio ini. Terpesona dengan setiap potret gambar yang tergantung elok di setiap permukaan dinding. Warna dinding dan hiasan di dalam studio ini bertemakan ala-ala klasik melayu. Hampir semua kabinet dan bingkai gambar berwarna coklat dan krim. Pada bingkai gambar juga ada bermacam-macam ukiran. Antaranya adalah bunga dan dedaun.

Padanlah nama studio ini 'The Candra', kebanyakan potret yang di gantung pun adalah gambar bulan. Bermacam-macam sudut bulan diambil. Bulan yang tersorok dek awan, lelaki yang sedang merenung bulan, bulan penuh, bulan sabit. Semua lah ada! Semuanya cantik-cantik belaka.

Selain gambar bulan yang diperangkap elok dalam bingkai kaca, ada juga gambar-gambar pengantin yang sedang bersanding, bernikah, suasana majlis kahwin dan macam-macam lagilah yang berkenaan dengan perkahwinan.

Tetapi, kesemua gambar itu hanya menampakkan tubuh atau daripada bahagian belakang sahaja. Wajah tidak dipamerkan. Mahu menjaga privasi pelanggan agaknya.

Mula terbayangkan jika dia berada dalam situasi sedemikian. Berpakaian putih suci dihari pernikahannya. Ditemani bonda disisi sebagai penenang jiwa yang gundah. Melihat abi yang berwajah tegas dihadapan bakal menantu sebelum melafazkan akad. Melihat kesemua ahli keluarga yang turut ceria dihari bahagianya. Bakal suami yang wajah mendatar tetapi hatinya bagai mahu tercabut keluar. Allah.. Macam jauh sangat je fikir ni.

Sedang seronok merenung gambar-gambar yang memenuhi ruang studio ini, ada pula yang menyampuk, memecahkan lamunan indahnya.

"Sukanya dia, merenung gambar orang nikah ya." Raees mencuit hidung mancung Haura yang berlapik purdah. Daripada tadi lagi dia perasan, Haura leka merenung gambar-gambar yang ada di dinding. Pada awalnya seperti riak teruja. Lama-lama, sudah nampak seperti berangan pula.

Langsung Haura mengawal riak wajahnya. Buat tak tahu dengan soalan Raees tadi. Bantal kecil yang ada disebelahnya diambil sebelum diletak atas riba. Mata masih melilau melihat sekeliling.

Sehinggalah secara tiba-tiba muncul lelaki yang tidak diingininya untuk bersemuka keluar daripada pintu bilik yang bernama 'Leader'. Haura automatik menunduk.

"Lama sampai? Maaf lewat, aku ada urusan sikit tadi." Aahil menyingsing lengan kemeja putihnya hingga ke siku. Sudah menjadi rutinnya tika waktu rehat. Langkah terus dibawa kearah Raees, Raeed dan...​Eh Haura?​

Raees dan Raeed langsung bangun menyambut Aahil. Mereka ber-bro-salam sebelum Aahil turut duduk berhadapan dengan mereka.

"Ini." Aahil mengeluarkan sebuah album berkulit putih dari beg kerjanya lalu diletak atas meja kaca yang menjadi pengantara antara mereka.

Raeed mengangguk kecil sebelum mengambil album itu. Dibuka helaian yang ada satu persatu. Raees dan Haura yang ada disebelah kiri dan kanannya juga turut menjenguk.

Ternaik hujung bibir Raeed.

"Perfect. Betul-betul yang macam mana bonda aku harapkan." kepalanya dijatuhkan beberapa kali, tanda berpuas hati.

Riak wajah Haura yang kagum pula tidak dapat dibendung."Cantiknya! Siapa yang buat ni?" Haura tiba-tiba bersuara agak lantang hingga semua mata tertuju kearahnya. Pekerja lelaki yang asalnya duduk diam membuat kerja sendiri pun memandangnya. Senyumannya serta merta mati apabila menyedari dirinya sudah menjadi perhatian semua orang. Oh Allah, Aku bercakap guna mulut ke tadi? Rasanya berniat untuk desis dalam hati je. Kenapa hari ini susah sangat dia nak behave?! Ya Allah malunya!

Situasi yang agak canggung itu dilenyapkan oleh Raees. "Ehem. Thanks ah, Nuhaan. Aku pasti bonda akan suka dengan hasil kerja kau."

Aahil mengangguk sekali. "My pleasure. Kirim salam pada aunty Deeya." sempat dia mengerling pada pergelangan tangan Haura yang terselindung sarung tangan hitam. Pergelangan tangan itu masih belum ada apa-apa hiasan mahupun sesuatu yang menempatkan jarum masa. Hatinya sudah tersenyum. Inilah yang dinamakan, peluang.

"Kami cau dulu lah, Haan. Bonda kat rumah dah menunggu tu untuk bahan masak dia." Raees berura-ura mahu berdiri. Sebenarnya tadi memang niatnya nak singgah sahaja, ini sudah duduk-duduk pula, takut melalut jadinya. Mereputlah bonda nanti. Tak pasal-pasal kena cepuk dengan senduk.

Aahil mengangguk sebelum berdiri. "Baik-baik."

Matanya tertaut seketika dengan mata biru milik Haura. Buat seketika, dia memandang wajah yang tertutup itu dengan pandangan redup.

Aahil dan Raees juga Raeed berbalas salam sebelum beredar keluar dari studio. Haura awal-awal lagi sudah keluar meluru kearah kereta. Nafasnya yang sesak dek situasi tadi kian lapang kembali. Tangan kanannya naik mengurut-urut bahagian dada. Tak tahulah sama ada yang sesak itu kerana rasa malu atau rasa sesak kerana pandangan mata Aahil.

Tapi apapun,

"Ya Allah malunya! Memalukan! Buat malu kaum aje la kau ni Esha! Yang suara kau tiba-tiba kuat tadi kenapa? Aaaaa!" ditekup seluruh wajahnya dengan tapak tangan. Sungguhlah, dia serasa mahu mencari batu belah batu bertangkup untuk menelannya dan tak usah meludahkan hingga keakhirnya.



OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Où les histoires vivent. Découvrez maintenant