• 22 | BYD •

233 22 6
                                    

Raeed melangkah keluar dari lift

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raeed melangkah keluar dari lift. Langsung dicari wad yang menempatkan Haura. Cari punya cari, tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh Nuhaan. Duduk diatas kerusi besi berhadapan dengan pintu wad yang terbuka. Langkah diorak ke situ. Dikerling pada nombor bilik. Oh ya! Ini lah bilik yang dicarinya daripada tadi.

"Nuhaan." ditepuk bahu Nuhaan yang jelas sedang termenung. Nasib tak tertembus sahaja dinding tu ditenung Nuhaan.

Nuhaan mendongak. "Raeed."

"Apa kau buat di sini? Kenapa tak masuk? Bukan ada Raees di dalam?"

Aneh. Bukan Nuhaan datang kesini untuk melihat keadaan adiknya ke? Kenapa duduk di luar sahaja?

Nuhaan memandang Raeed sekilas. "Tak apa lah. Aku tunggu diluar sahaja."

Raeed berkerut pelik. Pagi tadi bukan main tersenyum lega Nuhaan mendengar berita bahawa adiknya sudah sedar dan keadaan semuanya baik sahaja. Bertambah seronok Nuhaan tika Raeed dan Raees mengajaknya untuk melawat Haura sekali. Ini dah sampai, tak nak jumpa pula.

Apa daaa?

"Tak apa lah kalau macam tu. Aku masuk dulu." Raeed terus masuk. Perkara pertama yang dicarinya sudah tentulah Princess yang satu nya itu.

Tanpa sedar, dia tersenyum. Syukur. Haura kini tetap Haura. Adik perempuan nya.

Baru dia faham mengapa Nuhaan enggan masuk bersama. Rupanya Haura tidak memakai purdah. Tiada sehelai kain pun yang menutup separuh wajah adiknya.

Tersenyum lagi.

Haura yang sedang makan makanan yang disediakan hospital terasa dirinya diperhati. Langsung di toleh kearah itu.

Serta merta tersenyum.

"Abang Eed!" semua kepala tertoleh kearah Raeed.

"Princess," Raeed mendekat. Lalu mendakap tubuh Haura. Mengucup atas kepala Haura yang beralaskan tudung.

"Bila boleh balik?"

"Petang ni."

Raeed mengangguk sekali sebelum duduk di sebelah Raees.

Raees beriak tertanya.

Raeed menjungkit kening. Seolah bertanya 'kenapa?'

"Mana Haan?"

"Ada. Duduk kat bangku luar."

Serta merta tiga pasang mata perempuan yang sedang menjamu sarapan memandang Raeed.

Hadeeya mewakili, "Nuhaan ada sekali? Mana? Mana dia? Kenapa tak ajak masuk?" Hadeeya langsung bangun dan keluar bilik wad. Susuk tubuh Nuhaan menjadi tujuan langkahnya.

Mereka membiarkan Hadeeya keluar. Bersungguh betul keluar demi mencari Nuhaan.

"Ha Eed, asal dia tak masuk?"

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now