• 19 BYD •

207 23 4
                                    

"Bonda, ada apa-apa yang ByCha boleh tolong?" Haura menegur bondanya yang berada di dapur

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

"Bonda, ada apa-apa yang ByCha boleh tolong?" Haura menegur bondanya yang berada di dapur.

Kata bonda, bestfriend nya mahu datang rumah. Siapa lagi kalau bukan aunty Jannah.

Ada lah tu yang mahu dibualnya.

Al-maklumlah, waktu majlis hari tu tak puas bersembang agaknya kerana bonda punya ramai tetamu yang perlu dilayan.

Alang-alang aunty Jannah mahu datang, anak perempuannya juga tak lepaskan peluang.

Budak bertuah yang bernama Aarya itu juga mahu mengikut sekali. Untuk apa lagi kalau bukan semata mahu berjumpa dengan kakak angkat kesayangannya ini.

"Tak ada. Bonda dah nak habis masak dah pun." balas bonda sebelum dia menatang dulang berisi jag dan cawan ke meja ruang tamu.

Haura hanya mengangguk sebelum dia juga melangkah ke ruang tamu.

Membantu bonda menyusun hidangan apa yang patut.

"Assalamualaikum." tiba-tiba ada suara yang memberi salam daripada luar rumah sebelum pemberi salam menekan loceng sekali.

Cepat-cepat Hadeeya pergi ke pintu utama. Haura pula sudah berlari-lari anak masuk ke dapur bagi mendapatkan tudung.

Namun belum sempat Hadeeya menekan punat untuk buka, pintu sudahpun terbuka.

Tak pasal-pasal orang yang baru hendak melangkah masuk ke rumah itu mendapat jelingan dari bonda.

Berkerut dahi Raeed. Apa pula salahnya ni?

Baru buka pintu rumah tiba-tiba bonda terus menjeling.

Dipandangnya pula Haura yang baru keluar dari dapur dengan wajah tertanya.

Haura membalas pandangan dengan wajah yang menahan tawa.

"Kenapa bonda jeling Eed?" bingung.

"Bonda ingatkan Jannah yang sampai. Rupanya orang lain." Menceber tidak puas hati.

Raeed hanya memandang bondanya sambil tersenyum tipis seraya menggeleng.

Lalu dia terus membawa langkah ke dapur. Haura yang sedang duduk di kerusi dapur menjadi tujuanya.

Raeed mengambil tempat di hadapan Haura.

"ByCha free sekarang?"

"Free je. Kenapa?" Haura masih melihat kearah telefon pintarnya.

"Abang nak tanya sesuatu ni."

Haura memandang Raeed. Serius semacam wajahnya.

Lantas Haura meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Lalu fokus pada Raeed.

"Soalan yang tergantung waktu di dapur hari tu ya?"

Raeed mengangguk.

Haura juga membalas dengan anggukan dan kening yang terangkat. Meminta Raeed meneruskan kata.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora