PHEA | BAB 21

55 9 2
                                    

  PAGAR rumah banglo yang berwarna putih dan hitam itu terbuka luas sebaik sahaja Sportbike R15 berhenti di hadapan. Pak Sapri yang membuka pintu pagar itu tersenyum lebar apabila melihat anak sulung Tan Sri dan Puan Sri akhirnya pulang.

  Haedar membalas senyuman Pak Sapri dengan anggukan. Bukan nak kurang ajar tapi cuaca panas sangat. Outfitnya pun serba hitam lagilah panas berkuap.

  Haedar memang jarang pulang ke rumah orang tuanya. Dia pulang pun ikut pada kemahuannya sendiri. Tapi bukan bermakna dia tidak ingat pada kedua orang tuanya itu. Kadang-kadang 2 bulan sekali dia akan pulang. Ataupun kalau ada majlis tertentu.

  Harini entah kenapa terdetik dalam hatinya ingin pulang dan menginap sehari dua dirumah ini. Rasa macam rindu pula nak berkumpul bersama keluarganya.

  Sportbike diparkir di sebelah kereta GTR berwarna hitam dan kuning. Setelah itu dia berjalan perlahan menuju ke hadapan pintu besar banglo. Tombol pintu besar banglo itu dipulas dan ditolak perlahan. Kosong. Mana semua orang?

Haedar memberi salam lalu kaki kanan mula melangkah masuk dan memijak lantai banglo itu. Kalau dekat ruang tamu takde orang, mesti semua orang ada di taman belakang rumah. Bisik hati Haedar.

Lantas dia menuju ke arah belakang rumah. Benar sangkaannya. Puan Sri, Haezar dan Haider ada di taman ini. Tapi, mana ayahnya?

Kehadiran Haedar disedari Puan Sri Haura. Bersinar mata wanita separuh umur itu melihat anak sulungnya pulang ke rumah. Bunga mawar berwarna putih yang dipetiknya terlepas dari tangan dan gugur ke tanah.

"Dadar!" Puan Sri Haura berlari anak menuju ke arah anaknya. Haezar dan Haider hanya lihatkan saja mummynya itu.

Tubuh Haedar dipeluk erat oleh Puan Sri Haura. Jarang sekali anaknya ini hendak pulang ke rumah. Rindu sungguh!

"Dadar dah makan? Mummy ada masak makanan kegemaran Dadar. Nak makan tak? Mummy ambilkan," nampak gembira wajah Puan Sri Haura. Kegembiraan yang terserlah itu mula mengundang riak wajah yang masam mencuka dari Haider. Namun, tidak seorang pun yang perasan.

"Mummy, stop calling me Dadar. Dah besarlah," rengek Haedar. Puan Sri Haura hanya tersengih melihat anaknya itu.

"Anak mummy bertiga ni selamanya nampak kecil dimata mummy. Mummy tetap akan panggil Dadar, Zazar dan Deder. Faham?"

Masing-masing menepuk dahi. Ni kalau panggil depan awek confirm malu punya. Hahaha. Tiba-tiba Haezar mencelah ingin buat Haedar rasa lebih malu.

"Mummy, kalau dulu-dulu masa kitaorang kecil tengah bertaktih tu, macam mana mummy panggil kitaorang?" Haezar senyum sengih melihat Haedar yang sedang menjeling ke arahnya. Jelingannya pula seakan sedang mengatakan 'Kau memang tak guna, Haezar.'

Lama Puan Sri Haura mengimbau kenangan yang lama. Akhirnya dia sudah ingat zaman anak kembarnya hendak belajar berjalan dahulu.

"Dulu masa kecil Dadar dulu yang dapat berjalan baru Zazar," beritahu Puan Sri Haura.

"Mummy cakap macam mana?" Teruja Haezar ingin tahu. Tak sabar dia hendak gelakkan abangnya itu.

"Dadar sayangggggggggggg. Meh sini meh datang dekat mummy. Alololo Dadar sayang bucuk mummy ni. Comelnya dapat berjalan." Terus gelak terbahak Haezar mentertawakan abangnya. Haedar yang sedang melihat Haezar yang sakan gelakkan dirinya terus mengetap rahang dengan kuat. Kurang ajar punya budak.

"Mummy, why?" Haezar meraup wajahnya perlahan. Tak pasal-pasal aib waktu kecil tersebar. Si Haezar pula tidak habis gelak lagi. Sampai senak perutnya itu kerana gelak.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now