PHEA | BAB 8

48 5 0
                                    

  LAGU yang berjudul Selamat Pengantin Baru didendangkan saat kedua mempelai sedang menjamu selera. Entah kenapa tekak terasa tidak mampu menelan makanan yang dikunyah. Perut pula seakan tidak dapat menghadam makanan yang sudah ditelan. Anak mata gatal melirik kearah kedua raja sehari. Air liur ditelan kasar apabila matanya bertembung dengan mata Laith. Senyuman dihadiahkan buat Fillea. Langsung Fillea bangun dari tempatnya lalu pergi membasuh tangan.

  Lebihan goodies yang ada di dalam kotak itu diambil oleh Fillea. Bukan sebungkus tapi sepuluh bungkus! Kalau dia tak selera makan nasi bermakna seleranya mesti jajan. Selain greentea Fillea juga peminat tegar makanan manis. Kalau bagi sepotong kek, guarantee tak cukup. Kalau bagi secawan cupcake, pasti berguling-guling di tanah. Sepotong, secawan, sebiji dan seangkatan dengannya tidak akan cukup buat Fillea Elnaura. Begitu juga dengan Puan Fathea tetapi disebabkan faktor usia, Puan Fathea sudah kurang makan makanan yang tinggi gula. Bak kata pepatah buatan sendiri, like mother like daughter.

  Keluhan panjang dilepaskan. Apa yang tak kena lagi? Makan nasi tadi tak habis angkara tak ada selera. Makan jajan pun tak lalu? Pertama kali Fillea rasa tekaknya muak makan makanan manis. Sakitkah dia?

  "Congratulations." Suara itu membuatkan kedua bahu Fillea terjongket kerana terkejut. Fillea pandang belakang. Lelaki berbaju cream di belakangnya itu sedang memandang tepat ke arah anak mata Fillea. Sangkaan Fillea lelaki yang jatuh tadi ternyata bukan.

  "Saya rasa encik salah orang kut. Yang kahwin di bawah khemah sana. Bukan di bawah pokok ni." Fillea tayang gigi sempurnanya. Tetapi selepas melihat muka lelaki itu tidak menunjukkan reaksi apa-apa, terus Fillea tutup mulutnya.

  "Tak salah kan kalau saya nak ucap tahniah dekat perempuan yang sanggup lepaskan orang yang dia sayang demi kebahagian orang lain?" Fillea terkejut. Dari mana lelaki ini tahu? Fillea mula rasa tidak selesa. Wajah Fillea direnung lama oleh lelaki itu. Lagilah buat rasa tak selesa! Rasa macam nak sumbat kepala dekat dalam tanah.

  "Awak okey tak? Kenapa muka macam tikus rayap?"

  "Apa?!" Fillea terjerit perlahan. Nasib baik perlahan kalau kuat agak-agaknya lagu yang sedang dipasang pun boleh kalah. Kalau tadi wajah Fillea seakan takut dan tidak selesa tapi kali ini tidak lagi. Ada ke patut dia cakap muka macam tikus rayap?

  "Suka hati cakap muka orang macam tikus rayap. Kalau tikus makmal bolehlah terima lagi sebab dia putih dan comel." marah Fillea.

  "Jadi awak memang mengaku muka awak macam tikus? Unexpected." Lelaki itu ketawa di hujung ayat. Bertambah geram hati Fillea. Pandai pulak mamat ni belit-belit ayat.

  "Awak siapa? Nak apa datang sini? Banyak lagi tempat lain kan?"

  "Saya rasa tak ada pun papan tanda yang bertulis dilarang masuk dekat sini. Jadi, don't think this place is your place, mouse." Mouse?! Naik darah betul dibuatnya. Fillea cuba bertenang. Dia perlu sabar. Dia perlu tahan amarahnya. Banyakkan bersabar wahai hati.

  "Okay, fine. Awak nak apa sebenarnya?" Kali ini nada bicara Fillea sedikit sopan. Mungkin dengan cara ini lelaki dihadapannya ini juga akan turut lakukan perkara yang sama.

  "Awak tak kenal saya ke?" Terjongket sebelah kening Fillea. Siapa pula lelaki ini? Dari mana pula dia kenal lelaki ini? Dan sejak bila dia ada kenal dengan lelaki dari keluarga Laith? Fillea geleng kepala memandang wajah lelaki itu. Manalah tau kot dia dapat cam siapa lelaki ini.

  "Short memory rupanya. Nevermind, little mouse." Lelaki itu ketawa lagi di hujung ayat. Bengkak hati Fillea. Ya Allah, kalaulah membunuh itu tidak haram agaknya lelaki ini sudah lama jadi arwah.

  "Sudah! Kalini saya tak boleh bersabar lagi dengan awak."

  "Orang comel kena sabar." Fillea tersentak. Bukan kerana dirinya dikata comel tapi dari mana datangnya suara lagi satu itu? Suara lelaki mana pula yang muncul ni? Fillea panjangkan leher ingin lihat ke arah belakang lelaki dihadapannya itu.

  "Haider, mama panggil." Beritahu lelaki itu kepada Haider yang berada di hadapan Fillea. Apa hubungan Haider dan lelaki itu? Adik-beradik? Haider terus beredar meninggalkan Fillea dan lelaki berbaju cream yang jatuh tadi.

  "Orang comel? Saya ke?" Fillea gatal ingin bersuara.

  "Kau comel ke?" Terasa merah pipi Fillea. Bukan merah sebab blushing tapi merah sebab malu yang teramat malu. Malunya kalau lelaki cakap begitu! Kemudian lelaki pusing tubuh kebelakang kerana ingin beransur pergi.

  "Awak abang Haider ke? Apa nama awak?" sekali lagi Fillea gatal bersuara. Langkah lelaki itu terhenti.

  "Haedar." Dengar aje nama itu terus Fillea teringat kejadian di Tealive hari itu. Adakah dia Haedar Raeef? Lelaki yang di Tealive haritu?

  "Awak Haedar Raeef yang dekat Tealive haritu?" Entah kenapa Fillea mengharapkan bahawa Haedar akan jawab 'Ya'. Pelik.

  "Entah." jawabnya sepatah. Lantas Haedar melangkah ke arah khemah. Kenapa sombong sangat? Betulkah dia itu adalah Haedar Raeef yang sudi gantikan air greenteanya yang tumpah haritu? Tapi kalau betul sekalipun kenapa perlu tahu? Kan sudah ucap terima kasih? Kemudian, Fillea pula berjalan masuk ke arah khemah.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now