PHEA | BAB 15

60 4 0
                                    

WAJAH Qayla direnung lama dengan kedua mata bengisnya. Daging itik yang tinggal separuh di dalam pinggan itu ditolak ke tepi memandangkan selera makannya telah hilang. Semuanya gara-gara Qayla.

Apa yang gadis ini mahukan darinya? Bukankah dia sudah bahagia bersama adik bongsunya? Apa lagi yang Qayla mahukan? Wang dan harta? Tidak puaskah dia dengan kehidupan mewah yang dihulur oleh bapanya?

Jari-jemari Haedar diulas lembut oleh Qayla. Satu per satu jarinya digosok perlahan. Mungkin baginya dapat meredakan hati yang sedang marah.

"You nak tinggal I ke Haedar?" Soalan Qayla membuatkan seluruh tubuh Haedar mengeras. Sengihan dihujung ayat Qayla seakan memberi maksud sesuatu.

"You rasa you boleh ke tinggal I? You tak takut ke?" Qayla menambah lagi soalannya. Tersenyum Qayla apabila riak wajah Haedar bertukar gelisah. Apakah yang ditakutkan Haedar?

"You tahu kan apa yang bakal jadi pada diri you kalau you tinggalkan I? You dah lupa ke perjanjian you dengan daddy I?" Qayla senyum bangga atas kemenangannya.

Soalan Qayla mengingatkan Haedar pada perjanjiannya dengan daddy Qayla. Haedar sedar apa yang dipersetujui ketika itu mengundang risiko pada dirinya. Tapi demi daddynya, dia sanggup.

  "Apa hajat kau datang ke sini?"

  "Untuk tuntut hak Riyadh Haq semula."

  "Hahaha. Hak? Riyadh Haq dah muflis. Apa lagi hak yang dia ada?"

  "Dia takkan jatuh muflis kalau dia tak ambil kau sebagai business partner. Kau sedar tak business kau maju atas usaha orang lain? Kau hanya menumpang keuntungan orang, Dato' Sayeed Qamari."

  "Kau cabar aku? Kau masih mentah."

  "Mari aku tunjukkan budak mentah macam aku ni akan dapat rampas semua keuntungan yang kau ada. Setuju?"

  "Baik. Aku terima cabaran kau. Tapi dengan satu syarat."

  Syarat yang dipersetujui itu kini menyukarkan Haedar. Dirinya bagai terhimpit ditengah-tengah.

  Haedar pandang Qayla. Lama. Ligat otak memikirkan sesuatu. Qayla adalah syarat yang diletak sendiri oleh Dato' Sayeed Qamari, bapa kepada Qayla.

Bagaimana dia hendak tinggalkan gadis ini tanpa merisikokan dirinya? Lebih-lebih lagi merisikokan perniagaan bapanya. Lama Haedar diam. Akhirnya, mentol otaknya menyala. Dia sudah tahu apa yang dia perlu lakukan.

"Aku yang patut takut atau kau?" Giliran Haedar pula senyum jahat. Wajah Qayla berubah 90 darjah. Berkerut seribu dahi gadis itu.

"Kau tak ada waktu kami buat perjanjian tu. Kau hanya tahu syarat yang bapa kau letakkan tapi kau tak tahu syarat yang aku letakkan pula. Macam mana kau boleh yakin nak kata aku takut?" Haedar sangat berpuas hati melihat wajah Qayla yang sudah pucat itu. Silap orang kau nak mengugut. Haedar lebih arif.

"Aku tahu. Siapa cakap aku tak tahu? Kau letakkan syarat kalau aku tak mampu bertahan semua perniagaan yang daddy ada akan jatuh pada kau. I know."

"Itu je?"

Qayla teguk liurnya. Setahunya itu sahaja yang daddynya beritahu. Apa lagi yang dia tak tahu?

"Aku tahu kau nak belit aku. Aku tak bodoh." Qayla melawan ingin menunjukkan dirinya berani.

"Hahaha. Orang tamak macam kau takkan nampak bijak. Kau selamanya bodoh, Qayla Sofea. Same goes like your father."

"Aku hairan kenapa bapa kau tak beritahu tentang syarat yang ditetapkan hanyalah setahun." Haedar senyum jahat lagi.

Jelas terkejut Qayla saat ini. Dia tidak salah dengar kan? Setahun?! Benarkah apa yang dikatakan Haedar? Ataupun dia saja menakutkan Qayla?

"Jangan tambah cerita!" Marah Qayla. Hatinya sakit melihat Haedar mula naik memijak dirinya. Bagai dirinya kini sangat rendah darjatnya dari Haedar.

"Mulut aku tak kotor macam kau lah, perempuan sial! Aku dah kata, kau selamanya bodoh. Benda macam ni pun tak boleh tangkap,"

"Ini semua cabaran, Qayla Sofea. Perjanjian dan syarat tu hanya selama setahun. Syarat kedua yang aku letakkan adalah kalau aku berjaya bersama dengan anak Dato' Sayeed Qamari selama setahun, semua perniagaan tetap akan jatuh pada aku," Haedar senang hati melihat Qayla yang sudah tidak tentu arah. Say goodbye to your luxury lifestyle, Qayla Sofea. Semuanya sudah tamat.

"Tapi kau tetap tak boleh tinggalkan aku! Kau lupa ke syarat tetap daddy adalah berkahwin dengan aku? Syarat tetap, Haedar Raeef. Bukan kau seorang je yang ada."

"Kahwin dengan kau? Nevermind Qay. Aku masih ada bukti kau tidur sebilik dengan Haider. Jadi, pergi mampos dengan syarat tetap daddy kau tu," Haedar terus bangun dari kerusi yang diduduk lalu beredar tinggalkan Qayla. Sempat pergelangan tangan Haedar dicengkam kuat oleh Qayla. Haedar berdesis tetapi pantas dia merentap lengannya dari cengkaman Qayla.

"I swear to God, I will hunt you!"

LAGU yang berkumandang di dalam kereta milik Dr. Efsar membuatkan mata Fillea ingin tertutup. Perutnya yang penuh dengan makanan lagi membuatkan dirinya ingin tidur lena di dalam kereta itu. Tempat duduk di dalam kereta ini juga sangat selesa. Kalau tutup mata 2 minit takut jadi 2 jam minit nanti. Mengantuk betul!

Dr. Efsar yang sedang memandu di sebelah hanya tersenyum melihat Fillea. Entah macam manalah dia boleh jadi hero pelajarnya hari ini. Silih berganti Dr. Efsar memandang jalan raya dan pelajarnya yang sedang tidur ayam di sebelah. Pasti dia letih akibat bermain kejar-kejar dengan perompak. Hahaha.

Butang hitam yang ada di stereng kereta ditekan. Automatik tempat duduk Fillea turun sedikit ke belakang. Canggih betul kereta Dr. Efsar. Tekan butang je terus tempat duduk turun ke belakang sendiri.

"Tidurlah, Fillea. Nanti dah sampai rumah saya kejutkan," kata Dr. Efsar yang sedang fokus memandu.

"Tak apalah. Saya tak mengantuk pun," balas Fillea.

"Kalau tak mengantuk kenapa mata awak sekejap tertutup sekejap terbuka. Ada suis main mata ke?" Perli Dr. Efsar. Selepas itu dia tetap memaksa Fillea untuk tidur sebentar. Kerana perjalanan mengambil masa lagi satu jam, akhirnya Fillea lena juga di dalam kereta tersebut.

Risau? Sudah pasti dirinya risau. Sebenarnya dia enggan juga tidur di dalam kereta Dr. Efsar tetapi matanya juga tidak berikan kerjasama. Itupun dia cuba tahan mengantuknya tetapi akhirnya tewas juga.

Entah kenapa Fillea rasa tidak sedap hati. Dia kembali membuka kelopak mata. Terbuntang mata Fillea apabila tangan Dr. Efsar ingin datang mendarat ke pehanya. Terus Fillea menepis tangan Dr. Efsar.

"Dr. nak buat apa ni?!" Fillea cemas. Semakin ditepis semakin kasar Dr. Efsar pada dirinya.

"Jangan pegang aku lah! Jangan!" Fillea jerit sekuat hati. Kedua bahunya dicengkam kuat oleh Dr. Efsar.

"Fillea! Bangun!"

Terbuka luas matanya apabila suara Dr. Efsar menerpa masuk ke gegendang telinganya. Tubuhnya juga digoncang kuat oleh Dr. Efsar. Mengucap Fillea sebaik sahaja dia tersedar dari mimpinya.

"Awak okey tak?" tanya Dr. Efsar. Fillea hanya angguk. Sekeliling dipandang. Ternyata dia sudah berada di hadapan rumahnya.

"Betul ni awak okey? Kalau tak sedap badan saya bawa pergi klinik," soal Dr. Efsar prihatin.

"Saya sihat je. Mungkin penat sangat kot sampai mimpi yang bukan-bukan. Saya masuk dalam rumah dululah. Terima kasih Dr." Fillea keluar dari perut kereta dan terus masuk ke dalam rumah tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.

Dr. Efsar hanya diam. Matanya mengekori Fillea sehingga dia masuk ke dalam rumah. Setelah itu, pedal minyak ditekan dan kereta milik Dr. Efsar itu sudah tidak kelihatan lagi di kawasan itu.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now