PHEA | BAB 3

56 7 0
                                    

SATU per satu Fillea menceritakan kembali apa yang berlaku antara dia dan gadis itu. Memang jelas bukan salah Fillea. Gadis itu yang melanggarnya dahulu. Lama Haedar diam. Mungkin cuba untuk memahami cerita.

"I will pay on her behalf. How much is it?" Dengar sahaja Haedar kata begitu terus gadisnya menghalang. Tiba-tiba saja hendak memberontak.

"No way. It's her fault. Patutnya you kena saman dia sebab dah langgar I."

"You're not even hurt, Qayla. After all, you are the one who violated her. So why should I sue this beautiful young lady?" Auch! Kembang semangkuk Fillea apabila dipuji cantik. Penuh aura suara Haedar. Macam manalah gadis bernama Qayla itu boleh berani bercinta dengan Si Haedar ni? Kalau perempuan lain mesti dah macam tikus.

  "But..."

  "Stop making trouble, Qayla Sofea. I warn you." cantas Haedar. Qayla terus diam. Tidak ada suara yang berani melawan Haedar. Fillea? Dia seperti orang tengah dalam drama percuma ini. Setelah beberapa minit barulah selesai drama pukul 4 petang itu tadi. Hati gembira kerana air yang tidak sempat dihirup akhirnya diganti semula. Fillea mengucapkan terima kasih kepada Haedar dan gadisnya lalu melangkah keluar dari tempat bernama Tealive itu.

HAMPIR 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Masih juga tak sampai-sampai. Rancangan nak elak dari late night driving hanya sekadar rancangan. Akhirnya dia terpaksa lalui juga. Fillea mengeluh. Matanya hampir tertutup akibat terlalu mengantuk. Sambil itu dia melihat Gemoy yang sedang lena tidur di tempat duduk sebelahnya. Jari-jemari menggomol perlahan bulu-bulu tebal dan lembut itu.

  Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam. Suasana di sekeliling sangat sunyi sepi. Automatik kepala Fillea terlintas beberapa wajah menggerunkan. Astaghfirullahalazim... Cepat-cepat Fillea mengucap. Jangan difikirkan perkara begitu.

  Untuk mengelakkan dari suasana bertambah seram, Fillea membuka lagu untuk menenangkan fikirannya. Harap-harap tak mengantuklah kalau dah buka lagu. Lagu yang berkumandang melalui speaker keretanya menarik perhatian Fillea untuk ikut menyanyi sekali.

  "Ku putar mesin waktu... Ke saat kita masih tertawa... Ku terus hentikan pita... Seakan bisa kembali lagi..."

  Sakan Fillea melayan jiwanya. Asal buka lagu sedih mesti terasa nak ikut sedih sekali. Pelik tapi normal untuk seorang perempuan yang mudah berubah mood.

  "Masih di bawah langit yang sama... Tetap merenung bulan yang sama... Walau menatap langit yang lama... Namun kita tak lagi berdua..."

  Automatik kepala teringatkan kisahnya bersama Laith. Macam manalah dia hendak mengawal perasaanya di hari perkahwinan Laura dan Laith? Sebak? Pasti ada. Menangis? Kalau boleh Fillea hendak kuatkan diri tidak mahu menitiskan air mata dramanya.

  "Masih berharap aku kau cinta... Tetap membawa harapan kita... Walau berharap seberapa lama... Nyatanya kita tak lagi sama..."

  Fillea masih meneruskan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Dalia Farhana itu. Lagu yang related dengan kisah kita, mestilah kita akan dengar sampai habis kan?

  "Ku ditemani bintang dan rintik-rintik hujan... Kau ditemani dia... Yang mampu mengganti... Tempatku yang kau simpan..."

  Fillea sedar dirinya tidak sedarjat dengan Laith. Mungkin dia harus terima kenyataan. Terima apa yang ditakdirkan oleh Allah. InsyaAllah akan ada lelaki yang lebih baik dari Laith buatnya. Aaminn.

TEPAT pukul 12 malam, Fillea sampai dihadapan rumah kampung moden milik Aunty Lufiya. Walaupun suaminya punya banyak harta dan wang, Aunty Lufiya tetap mahukan kehidupan yang sederhana, tidak riak, tidak sombong dan tidak bongkak. Tetapi Laura sebaliknya.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now