PHEA | PROLOG

181 12 3
                                    

  SUASANA di sekeliling agak sunyi memandangkan sekarang adalah waktu rehat untuk pekerja yang bekerja di L.K Company. Jadi inilah masa yang sesuai untuk berdua-duaan bersama kekasih hati! Sempat kepala monoleh ke kiri dan ke kanan sebelum pintu kaca lut sinar itu ditutup rapat.

  Tubuh langsing yang dikenakan dengan baju satin berwarna merah itu menarik perhatian Laith. Rambut yang lurus beralun serta tidak diikat dan rupa yang cantik itu seperti magnet yang menarik Laith untuk mendekati wanita dihadapannya.

  Semakin lama semakin dekat. Tiba-tiba kedengaran seperti pintu kaca itu ditolak kasar. Terbuntang mata dua manusia yang sedang sakan berasmara tadi apabila melihat seorang gadis menerjah masuk ke dalam bilik pejabat itu tanpa izin.

"Ini ke sibuk yang awak maksudkan, Laith Mateen? Sibuk melayan sepupu saya sendiri?!" Bergetar sedikit nada gadis itu.

  "Apa kurangnya saya Laith? Awak sedar tak kita ni lagi seminggu bakal bergelar suami isteri? Awak sedar atau tak, Laith Mateen?!" Sambungnya lagi. Laith hanya diam. Matanya tepat memandang wajah gadis di hadapannya itu. Entah kenapa rasa amarahnya membuak-buak. Dia rasa jijik melihat gadis itu.

  Gadis itu berjalan menuju kearah Laura yang berada di sebelah Laith. Lama dia pandang wajah Laura. Rasa kecewa menebal di dalam hati. Dia tidak sangka sepupunya itu sanggup mengkhianatinya.

"Laura, sampai hati kau khianat aku. Aku ni sepupu kau bukan orang asing. Kau tak malu ke rampas hak orang? Tak sangka aku ada sepupu yang murah harga dirinya macam kau." Berkerut dahi Laura apabila dirinya dikata murah. Sebelah tangan ingin singgah ke pipi gadis dihadapannya itu tetapi belum sempat dia lakukan Laith terlebih dahulu menampar gadis itu. Pang! Satu tamparan dihadiahkan buat gadis malang itu.

  "Kau tanya apa kurangnya kau? Cermin diri kau dulu. Kau tilik diri kau dalam-dalam. Apa yang kurang pada diri kau tu bukan sedikit tapi banyak. Banyak sampai aku sendiri pun tak mampu nak terima! Kau nak tau apa?" Laith bersuara penuh amarah. Dia sudah tidak peduli dengan gadis itu. Mahu menangis? Menangis ajelah. Jangan harap dia nak pujuk gadis jijik itu.

Gadis itu masih menanti apa yang bakal Laith beritahu. Apa kekurangannya sehingga Laith tidak mahu menerima dia? Beribu tanda tanya di fikiran gadis itu. Dia tidak sabar menanti jawapan Laith tetapi dalam masa yang sama dia takut. Takut untuk terima jawapan Laith.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now