PHEA | BAB 14

52 6 0
                                    

"OKAY, Qay. I'm sorry. Okay?" pujuk Haedar tak henti-henti. Boleh buat sakit kepala dengan perempuan ini. Nasib baiklah perempuan, kalau lelaki sudah lama ditumbuknya.

  "Sorry? Just that? You ingat I ni senang dibeli dengan perkataan 'sorry' ke?" rambutnya dilibas ke belakang hingga sedikit hujung rambut Qayla terkena wajah Haedar.

  "Dua hari I cari you tak jumpa. Rupanya you lari ke Terengganu. You sengaja nak tinggal I kan?!" Jari telunjuk Qayla menuding wajah Haedar. Berani sungguh! Qayla antara wanita yang paling berani memarahi Haedar. Baginya Haedar tidaklah menggerunkan.

Jari-jemari naik mengurut dahi. Kenapalah dia bercinta dengan perempuan seperti ini. Langsung tak boleh berfikiran rasional. Lama-lama boleh gila! Agaknya kali ini dia harus ikut cakap Haezar.

"Kalau I tinggal you, I takkan balik ke sini. Please Qayla. I'm already sick with you."

"Already sick? Perempuan mana yang berjaya buat you sick dengan I? Selama ni you okey je."

"Boleh tak setiap kali bercakap tu jangan kaitkan dengan perempuan lain? Nampak macam orang bodoh." sembur Haedar. Kali ini dia tidak boleh bersabar dengan perangai Qayla.

"Bodoh?"

"Yes. No one flirting me. I menyampah dengan you sebab perangai bodoh you sendiri. You bukan nak I pun. You just want my money!"

Qayla hanya diam. Dia buntu hendak menjawab apa. Qayla cuma harapkan apa yang ada di kepalanya tidak dapat diteka oleh Haedar.

"And one more thing..." Haedar mengeluarkan telefon bimbitnya. Pantas jari-jemari menggesel skrin telefon.

"Who is this guy?" Automatik mata Qayla meluas apabila Haedar menunjukkan sekeping gambar kepadanya. Gambar dia bersama...

"Haider?" Haedar menjawab soalannya sendiri. Ye, gambar itu adalah gambar Qayla sedang bermesraan bersama Haider. Adik bongsu Haedar.

"Ba...Baby. I can explain to you." Qayla mula gagap.

"Explain what? Sudah terang lagi bersuluh, Qayla Sofea. You just want my money not me."

"But I swear, Haedar. I love you!"

"Love? Hahaha. Love?!" Gambar itu ditunjuk semula betul-betul di hadapan muka Qayla.

"Haedar..." lengan Haedar ditarik perlahan. Dada bidangnya digosok oleh Qayla.

"Don't touch me! Aku jijik. Kau pergilah bermesraan dengan Haider tu. Kau tak puas dengan satu lelaki kan? Malam ni aku tempah hotel untuk kau dengan adik aku. Have a sweet night!" Haedar terus beredar meninggalkan Qayla sendirian.

Perempuan kotor! Sudah banyak kali dirinya dikhianati. Haedar fikir tahun ini dirinya akan jauh dari perkataan 'khianat'. Rupanya tidak.

Haider. Adik kandungnya sendiri. Macam dah tak ada perempuan lain aje. Kenapa mesti haknya dirampas? Perempuan didunia ini sudah pupuskah?

Benar apa yang Haezar kata. Qayla hanya mahukan wang dan hartanya sahaja. Andai satu hari dirinya jatuh miskin pasti ditinggalkan. Dasar perempuan mata duitan.

RESTORAN mewah yang menempatkan beberapa orang pelanggan menjadi tempat untuk Haedar makan tengahari disitu. Suasana yang sunyi tetapi tenang sangat sesuai dengan citarasanya.

Hiasan dan rekaannya yang sangat unik menarik kedua mata Haedar untuk menilik satu per satu. Sangat cantik! Mungkin disebabkan rekaan restoran inilah dapat menarik ramai pelanggan.

Buku panjang yang bertulis perkataan 'Menu' dihadapan kulit buku itu dibuka. Ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang tertulis di dalam buku itu. Antaranya, masakan dari Perancis, Itali dan berbagai jenis negara lagi. Minuman pula terpulang mengikut apa yang pelanggan pesan.

Ralit Haedar membaca satu per satu senarai menu. Tiba-tiba telinganya diganggu oleh dua suara yang terhasil tidak jauh dari kedudukan mejanya. Automatik wajah diangkat untuk memeriksa suara-suara tersebut.

Kelihatan sepasang kekasih sedang berkelahi tetapi masih memastikan pergaduhan mereka tidak didengari ramai orang. Berbisik-bisik antara satu sama lain.

Malas Haedar ambil tahu tentang hal orang. Ada baiknya dia ambil berat pasal perutnya yang sedang membuat rusuhan di dalam akibat terlalu lapar. Pelayan restoran dipanggil lalu Haedar mula memesan makanan dan minuman yang diingininya.

Confit de Canard antara makanan Perancis yang dipesan oleh Haedar. Confit de Canard adalah makanan khas Perancis yang sesuai untuk penggemar daging itik proses. Daging itik bukanlah makanan kegemaran Haedar tetapi apa salahnya jika hendak mencuba?

Harga untuk satu pinggan Confit de Canard di restoran ini adalah RM50. Tidak hairanlah harganya mahal kerana makanan ini diperasakan dengan pelbagai rempah ratus khas Perancis. Selain itu, daging itik akan diperap selama 24 jam dan dimasak sekurang-kurangnya 36 jam sebelum dibakar atau digoreng.

Usai memesan makanan, mata Haedar terhenti pada satu susuk tubuh yang dikenalinya. Rasanya matanya tidak salah meneka. Haedar nampak Fillea bersama dengan seorang lelaki yang agak kacak. Entah kenapa Haedar rasa ingin tahu Haedar membuak-buak.

Matanya bertembung jua dengan mata Fillea. Kelihatan riak wajah Fillea sangat terkejut apabila mendapati Haedar berada di dalam restoran yang sama. Haedar memandang Fillea dan lelaki itu silih berganti. Takkanlah dah ada pengganti baru? Tak serikkah perempuan ini?

Kemudian lelaki yang bersama Fillea itu menoleh kearahnya. Wajah dingin Haedar menjadi pilihan untuk ditunjukkan pada lelaki itu. Hanya dipandang sekilas terus lelaki itu kembali menoleh ke arah Fillea. Takut ke?

Wajah Fillea kelihatan agak pucat. Haedar hanya memerhatikan saja gerak-geri Fillea. Sekejap main telefon, sekejap betulkan rambutnya yang terurai dan sekejap betulkan bajunya. Mungkin dirinya tidak selesa diperhatikan terus Haedar melemparkan pandangannya ke arah lain.

Setelah beberapa minit, pesanan yang dipesannya telah tiba. Dalam masa yang sama, Fillea dan lelaki itu sudah habis menjamu selera mereka. Nampaknya selepas ini pasti mereka hendak beredar.

Sempat Haedar curi-curi tengok mereka berdua. Sebaik sahaja satu suapan daging itik mendarat ke dalam mulut, bahu Haedar disapa seseorang.

"Baby..." Tiba-tiba saja Qayla muncul di belakangnya. Kehadiran Qayla menarik perhatian Fillea untuk memandang mereka berdua.

Haedar tidak menghiraukan gadis itu. Dibiar saja Qayla berdiri di belakang. Tidak ingin dia hendak pelawa duduk. Haedar terus menyumbat daging itik ke mulut.

Bagai hanyut didunia sendiri, Haedar langsung tidak dengar namanya dipanggil Qayla sehingga tangan yang ingin menyuap daging itik ke mulut itu dipegang Qayla. Automatik mata bengis Haedar merenung tajam wajah gadis yang sudah menggangu selera makannya.

"Don't. Touch. Me." Perlahan suara Haedar kerana tidak mahu orang ramai perasan ketegangannya terhadap Qayla.

"Haedar please. I sayang you sangat-sangat. Please, forgive me." Kali ini pipi Haedar pula disentuhnya. Haedar mengetap kuat rahangnya. Bergetar kedua belah tangannya saat ini kerana terlalu marah.

"I said. Don't. Touch. Me!" Nada suara bertukar marah dihujung ayat. Terus Qayla menarik semula tangannya.

Fillea tidak berkelip mata menyaksikan dua manusia di hadapan matanya. Dia dapat rasakan suasana dingin antara Haedar dan Qayla. Apabila mata Haedar bertembung dengan matanya, terus Fillea mengalihkan pandangannya ke wajah Dr. Efsar yang berada di hadapannya. Kelihatan senyuman terukir cantik di wajah Dr. Efsar. Fillea membalas senyumannya.

"Are you done?" tanya Dr. Efsar.

"Yes." jawab Fillea.

Mereka berdua bangun dari kerusi dan sama-sama berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar dari restoran tersebut.

Sempat Fillea pandang wajah dingin Haedar semasa lalu disebelah mejanya. Memang betul tekaan Fillea. Suasana mereka sangat tegang. Mungkin mereka bergaduh. Fillea terus keluar dari restoran itu tanpa menoleh ke belakang.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now