Kakinya terhenti apabila dia mendengarkan perbualan antara Zarfina dan Areysa.

"Kau rasa Adra apa khabar eh?"

Areysa menggelengkan kepalanya. "Tahlah Fin, taktahu. Aku tanya abang kau, dia kata Adra okay je."

Zarfina menghela nafasnya. "Cuba kau pujuk abang aku tu Sa. Mana tahu dia cair dengan pujukan kau."

"Eh kau ni, kan aku kata Adra okey je dia beritahu."

Zarfina menggaru kepalanya dan tersenggih. "Ye eh? Maaf blur sekejap." Areysa menggelengkan kepalanya sahaja.

"Julian pula?"

Areysa mengangkat bahunya. Dia sendiri taktahu apa jadi dengan Julian.

"Maybe ok–"

"Sayang, abang dah belikan sup kambing jom makan." potong Zarith.

Areysa dan Zarfina terdiam dan menoleh kearah Zarith. Zarfina hanya diam manakala Areysa hanya menganggukkan kepalanya. "Fin jom makan."

Ajak Areysa. Zarfina menganggukkan kepalanya sahaja.

Areysa mengikuti langkah suaminya. Dia memeluk lengan Zarith. "Thanks abang! Lamanya abang beli."

"Abang usya awek sekali tadi."

Areysa melepaskan pelukan itu. Muncung sahaja mulutnya. Dia menyilangkan tangannya didada. "Jangan main-main boleh tak?"

"Mana ada main-main." jawabnya dengan selamba.

Areysa berjalan meninggalkan suaminya. Zarith sudah tertawa terkekeh-kekeh. "Alahai mak buyung ni."

Dia mengejar langkah Areysa. "Sayang, takdelah. Abang tak usya pun. Yang usyanya si Amer."

Amer yang mendengarkan itu sudah membulat matanya. Dia mengerling wajah isterinya. Sudah tajam pandangan Zarfina beri.

Dia menelan air liur dengan kesat. Baru je kahwin, dah buat hal. Adoi!

Laju sahaja Amer menggelengkan kepalanya. "YaAllah baby! Tak tak! Abang tak usya awek pon! Yang usya aweknya si Iriel." jujur Amer.

Laju sahaja dia memberikan jawapan yang jujur pada isterinya. "Betul?"

Laju sahaja dia menganggukan kepalanya.

"Okay."

Zarith sudah tertawa kecil melihat adik iparnya. Areysa memandang kearah adiknya yang mendiamkan dirinya daripada tadi.

"Iriel, okey tak?"

Airiel memandang kakaknya lalu tersenyum nipis. "Okey."

"Iriel cuba tipu Eysa ke?"

Airiel menggelengkan kepalanya. "Mana ada. Betul Iriel okey. Jangan risau."

Areysa hanya memandang adiknya itu.

Areysa hanya memandang adiknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS. ZARITH ADHAM | CWhere stories live. Discover now