➡ 23

26 5 0
                                    

Friday March 1, 2024

Dipetik dari post Melur Jelita beberapa tahun yang lepas di aplikasi Facebook.

HARI INI DALAM SEJARAH

1.3.13.  1 MAC DALAM KENANGAN

Satu kesyukuran yang amat sangat, dengan izin Allah saya berjaya menukilkan nama arwah dalam novel kelima saya. Itu niat saya ketika mula menulis THE UNSUNG HERO. Ikutkan hati nama arwah dan kehebatan VAT 69 sudah saya masukkan dalam novel I LOVE YOU, STUPID (2012)& MY PRECIOUS IRIS (2013) tetapi saya sabarkan hati.

Sesuatu yang TERULUNG wajib berada dalam naskhahnya tersendiri. Tiada bayangan lain. Maka lahirlah novel THE UNSUNG HERO (2014)& THE ONE(2015).

Alhamdulillah999x Allah permudahkan selepas 4 tahun kajian. Mengalami berbagai dugaan dan rintangan. Hanya Allah saja yang tahu derita hati saya dan mereka.

Kesayuan tidak terhingga anak yang dikandung lahir tanpa mengenal ayah. Betapa tabahnya Noor Aziah membesarkan ketiga2 putera arwah. Semangat seorang isteri VAT 69 dan anak2 yang seakan akan mengikut jejak langkah arwah ayah sebagai pejuang negara. Amin999x

Al fatihah untuk arwah ASP ZULKIFLI BIN MAMAT
             &
SARJAN SABARUDDIN BIN DAUD

INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU
Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah:

1. Allahyarham ASP Zulkifli Mamat
2. Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah:

1. Allahyarham ACP Ibrahim Lebar
2. Mendiang DSP Michael Padel
3. Allahyarham Sarjan Mejar Detektif Baharin Hamit
4. Allahyarham Sarjan Mejar Aziz Sarikun
5. Allahyarham Sarjan Sokongan Salam Togiran
6. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran

Damailah wahai perwira negara di negeri yang abadi. Terima kasih jua atas segala jasa, budi dan pengorbanan yang ditaburkan. Pastinya akan kami kenang dan perjuangkan buat selama-lamanya.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..  AlFatihah   

   . بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ops Daulat adalah pemula segala2nya. Mata terbuka mengenai kewujudan VAT 69 yang sangat dirahsiakan kewujudannya.

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now