➡ 13

253 13 0
                                    


Lalu berfirman Allah, "Hai api, hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim..."
-Surah al-Anbiya' ayat 69

-Tiada insan yang sempurna. Jika kita bencikan seorang kerana masa silamnya atau kerana dosanya, maka diri kita sendiri juga layak dibenci. Setiap orang berbuat dosa, sama ada dulu atau sekarang. Tak terkecuali diri kita.
-MJ

-Takdir memberinya pengalaman yang sangat berharga. Ilmu yang sangat didamba. Inilah dia...ilmu terdapat di mana-mana. Manusia berkongsi dunia ini dengan semua ciptaan Allah.
-Irvan

-Sudah takdir kita lahir dalam bangsa Melayu, bertanah airkan Malaysia. Itu yang harus kita cinta dan pertahankan. Lahir di mana, kita tetap serumpun dan seagama. Tetap memijak bumi-Nya dan menjunjung langit-Nya.
-Irvan

Negara ini terbina dengan darah dan air mata para pejuang negara yang tidak pernah dikenali.

Ketika kau sedang bergelak ketawa dengan makanan yang menambun, para pejuang negara ini sedang menahan lapar dan hanya minum air hujan.

Ketika kau sedang sedap melingkar di atas katil, para pejuang negara ini mengharung paya yang dipenuhi haiwan berbisa memburu musuh negara.

Ketika kau sedang bersorak dan riuh menari menonton konsert dengan ledakan bunga api, para pejuang negara ini dihujani peluru dan ledakan bom daripada penceroboh negara.

Ketika kau menyambut hari lahir anakmu dengan nyanyian dan tarian, jenazah para pejuang negara ini diusung dan disambut dengan ratapan anak isteri dan ibu bapa sehingga ada yang pengsan.

Ketika anakmu mengucup dahimu kerana berterima kasih dengan hadiah yang diberi olehmu, anak para pejuang negara ini mencium dahi ayahnya yang terbujur kaku dalam keranda. Bagi yang masih kecil, mereka bertanya kepada ibu mereka, kenapa ayah mereka tidak bangun-bangun?

Sudah lupakah kau kepada pertempuran Ops Daulat? Sudah lupakah kau wajah-wajah yang terkorban? Sudah lupakah kau kepada wajah balu dan anak yang ditinggalkan yatim?
Manusia memang mudah lupa!

-by Melur Jelita

-Dalam banyak-banyak pasukan keselamatan, VAT69 lah yang selayaknya digelar Tha Unsung Hero kerana mereka benar-benar tak dikenali dan tak diketahui ramai. Mereka menyimpan rahsia sehingga mati. Rahsia yang sebaiknya kekal rahsia. Dan lebih baik kebenaran itu tak diketahui demi kemaslahatan ramai.
-MJ

Maryam kagum. Irvan sangat tenang dan tabah. Air mukanya tidak membayangkan sedikitpun kesedihan. Lega hati mereka yang melihat walau mereka sedia maklum Irvan seperti air yang tenang tetapi di dasarnya, tiada siapa yang tahu keruhnya...kerana dia 69 Komando. Mereka 69 Komando yang bersemangat waja dan berhati tabah.

-Niat seorang abg One kalau mati, biarlah demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Mengangkat senjata berdepan dengan musuh negara tak sama dengan pekerjaan lain. Kami dilatih untuk mempertahankan tanah air dengan apa saja cara. Pejuang sebenar, mereka bukan membunuh untuk kepuasaan diri atau keseronokan, tapi mempertahankan orang tersayang di belakang dan negara yang dicintai. Sebab itulah kami terpaksa membunuh. Jika tidak, kami akan dibunuh dan negara akan terancam. Membunuh, terbunuh atau dibunuh. Itu saja pilihan yang ada. Kami berkhidmat untuk negara, melindungi rakyat dan menjunjung titah perintah diraja. Kami bertuan dan kami juga bertuhan. Jangan sembarangan jika tidak berada dalam force dan rakyat hanya perlu tahu apa yang perlu saja. Takkan ada siapa yang mampu menanggung apa yang kami lalui, hadapi dan akan tempuhi.
-Irvan


-Mengambil kesempatan atas ketidaksedaran dan ketidakupayaan seorang gadis adalah sikap lelaki dayus.
-Irvan

- Orang jahat tak semestinya muka jahat. Lagi hensem lagila kejam sebab hensemlah orang tak sangka sifatnya persis iblis.
-Irvan

Tangis ketawa seiring rasa,
Segala tersirat disurat sudah,
Tiada perwira mendabik dada,
Yang Maha Hebat hanyalah Allah.



The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now