➡5

600 14 0
                                    

CIW. Counter Insurgensi warfare.
        Peperangan dalam hutan.
   Dua minggu dalam hutan. 1 skuadron berpecah mengikut sektor. Bertemu pada 1 titik dan akan keluar, ronda, geledah dan counter. Musuh ditembak atau ditawan. Mission accomplished. Mereka menyusup keluar. Itu semasa mock-up. Realitinya mereka harus pantas dan tangkas. Walaupun latihan, tetapi gerakan tetap dengan gaya taktikal yang sebenar. Lagilah menggunakan peluru hidup dan bom sebenar. Bukan aksi wayangan. Apa yang menjadi kesukaan VAT69 bila masuk hutan dalam masa 3 hari,  bau tubuh akan bersebati dengan bau daun-daun dan keadaan persekitaran. Tubuh mereka berbau hutan. Pada masa inilah selamba derk sahaja segala haiwan catwalk dihadapan atau disebelah mereka. Memang mendapatlah napuh, rusa atau kancil. VAT 69 memang tidak lepas peluang. Tembak, sembelih, panggang. Makan macam itu saja. Kalau ada yang bawa kicap, cili, sos, bawang, syurgalah bagi mereka. Cukup nikmat.

Kerja VAT69 tak dak cuti sebenarnya. 24/7. Stand-by memanjang. Tapi atas ehsan kerajaan, diberi cuti jugak kerana jiwa kami tak boleh ketandusan kasih sayang. Kena freekan minda dan tubuh daripada kerja azali. Berjumpa dengan keluarga apalagi isteri tersayang adalah terapi terbaik.

Sering kali manusia di luar mencemuh mentaliti polis yang rata-ratanya berkelulusan SPM, maka tak hebat mana sangatlah IQ anggota dan pegawai PDRM ini. Sedangkan mereka tidak tahu PDRM mempunyai ramai pegawai yang berkelulusan tinggi, pakar dalam berbagai-bagai lapangan sehingga jika bekerjasama dengan polis negara luar,  mereka pun angkat topi kepada PDRM .

Biasanya, anak-anak polis yang lain takut dengan 69 sebab 69 biasa digembar-gemburkan dengan perwatakan sangat ganas, bengis dan kejam. Tetapi melihat kepada wajah dan perwatakan anggota dan pegawai VAT69 di hadapan matanya, langsung tidak mencerminkan kebuasan yang diperkatakan. Muka yang berhemah itulah hati paling kering. Tak tau takut dan gerun. Orang lari dari mati tapi kami menghadap mati. Jangan terpedaya dengan polis yang muka bengis bagai nak telan orang. Tubuh besar macam beruang. Bila disuruh menembak musuh, terketar-ketar. Tapi yang kurus melidi dan bertubuh kecil itu lagi berdarah sejuk, lebih-lebih lagi polis dari Sabah dan Sarawak. Tembak musuh macam makan kacang. Sempat lagi pergi korek peluru dalam kepala penjenayah. Bila ditanya nak buat apa?..."Buat tangkal, tuan."

Andy McNad ada tulis sebuah novel tapi ia lebih kepada propaganda taktikal. Andy McNad tulis mengenai buku perang. Salah satu bukunya yang terkenal ialah "Bravo Two Zero", the classic true story of the legendary SAS Patrol. Kebanyakkan VAT 69 menunggu-nunggu juga siapalah penulis Malaysia yang boleh menulis mengenai mereka seperti Andy McNab. Jawapannya ialah Melur Jelita(Nama pena). Beliau berjaya menulis 2 buah novel iaitu 'The Unsung Hero' dan 'The One Yang Terunggul.'

The Unsung Hero VAT69Where stories live. Discover now